Kumpulan Dolla tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan imej seksi yang ditampilkan ketika membuat persembahan di Good Vibes Weekender, minggu lalu.

Mewakili ahli kumpulan Dolla yang lain, Sabronzo mengakui apa yang berlaku adalah kesilapan kerana terlepas pandang soal penampilan.

“Bagi pihak kami, kita akan perbaiki dan buat yang lebih baik. Terus pandang ke depan. Selepas menerima maklum balas ramai, kami mencari altenatif untuk bagaimana nak move forward.

“Semestinya kami akan lebih perbaiki dalam soal penampilan diri kami,” katanya kepada MH.

Dolla ditemui pada Majlis Sidang Media Single Duet Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Kubuat di Auditorium Symphony Square, Petaling Jaya, pada Jumaat.

IKLAN

Ditanya sama ada apa yang berlaku menjadi isu, Dolla mendedahkan mereka lebih memberi tumpuan kepada persembahan pada acara berkenaan.

“Bagi kami lebih risaukan mengenai persembahan secara keseluruhan. Sebab itu peluang pertama kami membuat persembahan di festival itu.

IKLAN

“Jadi banyak perkara yang kami terlalu fokus sehingga terlepas pandang (soal pakaian). Sudah tentu selepas ini kami akan lebih berhati-hati dalam pemilihan persalinan yang akan dipakai.

“Kebanyakannya kami bekerja dengan penata gaya dan pihak pengurusan. Kami akan berbincang mengenai apa yang perlu dipakai dan sebaliknya,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu Dolla dikritik susulan tampil dengan penampilan mencolok mata pada festival muzik berkenaan sekaligus menerima reaksi pelbagai.

Rata-rata netizen berpendapat Dolla tidak mencerminkan identiti serta budaya di negara ini termasuk di dalam aspek penampilan dalam setiap persembahan pentas.

Selain Sabronzo, Dolla yang dianggotai oleh  Angel, Tabby dan Syasya juga dikatakan muncul lebih seksi berbanding penyanyi luar yang turut sama lakukan persembahan pada acara sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI