Jenama wangian terkenal SugarBomb baru-baru ini ke Surabaya, Indonesia sekaligus mencuri perhatian ramai termasuk warganet di sana.

Pengasasnya, Ahmad Azhari Rosli atau Boss A bersama lima orang lagi wakil rombongan bagai memberi isyarat jenama berkenaan berusaha melebarkan sayap ke negara jiran itu.

Menerusi sebuah video dimuat naik di Tik Tok dan Instagram yang kini tular, Boss A teruja dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat sebagai perintis jalan usaha dipanjangkan.

“Terima kasih team J99Corp dan Mas Juragan kerana menerima kunjungan kami ke kilang mereka. Doakan kerjasama dua negara antara Malaysia dan Indonesia ini terjalin dan berjaya. Amin,” jelasnya.

@ayieesb Terima kasih Mas Juragan kerana menerima kunjungan kami ke pabrik miliknya, doakan kerjasama dua negara ini terjalin dan berjaya, Amin #Sugarbomb #fyp #bossA #indonesia #malaysia #wangiankebanggaanmalaysia ♬ suara asli – Latif – Latif_019

Susulan itu juga, ada warganet yang mulai membuat pelbagai andaian berhubung kerjasama yang bakal dilakukan.

Ads

Malah, ada juga yang memintanya berkongsi berkenaan tips perniagaan memandangkan dia dikenali sebagai antara usahawan muda yang menjadi inspirasi kepada banyak pihak.

Diiring doa dan misi membawa jenama itu terus bangkit termasuk di negara republik berkenaan, tanda pagar #PastiBisa juga seolah-olah memberi isyarat bahawa jenama ini akan membuat lebih banyak kejutan di Surabaya tidak lama lagi.

Kini bukan sahaja produk minyak wangi, SugarBomb juga turut rancak mengeluarkan beberapa produk lain seperti sanitasi tangan serta penyegar udara.

Ads

Malah, Oktober ini pula SugarBomb nampaknya mula berani untuk mengeluarkan produk dengan konsep baru yang pastinya mempunyai nilai komersial dan eksklusiviti tersendiri.

Kejayaan demi kejayaan yang diperolehi oleh jenama ini sewajarnya dijadikan inspirasi kepada orang ramai khususnya para usahawan muda.

Ads

Ini kerana, perniagaan tersebut sebelum ini cukup menginspirasikan kerana ia asalnya hanya bermula dari ruangan pejabat kecil belakang rumah di Shah Alam, dan seterusnya mampu memiliki kilang dan gudang wangian berkeluasan 1.21 hektar atau 3.0 ekar di Meru, Klang.

Jenama di bawah SugarBomb Worldwide Sdn Bhd itu bertapak pada tahun 2017 dan mempunyai 200 pekerja.

Terkini, pihaknya juga baharu sahaja merasmikan produk terkini berkonsepkan ‘Pinktober’ beserta tanda pagar #SUGARBOMBCAREFORYOU.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI