Tahniah diucapkan buat penyanyi Adira Suhaimi yang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram menerusi kaedah pembedahan kira-kira jam 1.00 tengahari tadi.
Meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata keempatnya, Adira,31, berkata dia dan bayi berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah… pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.
Ads
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak. Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.
Perkhabaran gembira itu turut dikongsikan penyanyi lagu Ombak Rindu itu menerusi sebuah hantaran terkininya di Instagram.
Pempengaruh kontroversi, Nur Sajat akhirnya secara berseloroh mengakui individu yang terlihat di dalam muzik video versi karaoke menerusi lagu Kekasih Pujaan nyanyian biduanita Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini ialah dirinya.
Menerusi sesi live di Tik Tok yang kemudiannya dimuat naik kembali oleh seorang pengguna lain, Sajat juga mendedahkan wajahnya cantik sejak dahulu hingga kini.
“Kenapa dengan video klip tu? Memang I pun kenapa? Kenapa… cantik sangat I? Baru korang tahu yang betapa cantiknya Sajat daripada dulu. Sikit habuk pun tak ada buat muka. Muka daripada dulu sama je.
“Dulukan Laila Issabela, Nasha Aziz. Dah kenapa. Tak perlu nak kantoi. Memang popular daripada dulu. You all kena fikir, muka I dengan muka you… muka I daripada kecil orang nak ambil buat video klip.
“Muka you ada orang nak amil? Lambat lagi. Tak perlu nak malu, patut kita bangga,” katanya.
Terdahulu, menerusi muzik video tersebut yang turut menampilkan seorang ‘talent’ wanita, individu tersebut mengenakan persalinan Baju Melayu lengkap bersongkok.
Lalu, ramai bersetuju bahawa lelaki yang terlibat sebagai penari dan pelakon menerusi klip lagu ciptaan Sharifuddin Majid dan Wan Ahmad itu mirip wajah Sajat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nadiya Nisaa tumpang gembira apabila sahabat baiknya, aktres Sharifah Amani kini sudah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ahmed Faris Amir pada Sabtu lalu.
Mengakui sukar untuk ‘melepaskan’ kawan rapatnya itu, Nadiya, 37, berkata Amani merupakan antara rakan yang sentiasa mengambil berat tentang orang lain selain sentiasa membuatkan orang di sekelilingnya berada selesa dan gembira.
“Semoga kekal abadi, tumpang gembira buat sahabat tercinta, Sharifah Amani.
“Sejujurnya susah nak lepaskan Nani (Amani) sebenarnya sebab kami (kawan-kawan baik) dah biasa dia selalu ambil berat tentang orang, sentiasa pastikan semua orang gembira, selesa dan dia tahu apa yang kami perlukan.
“Sekarang dia dah ada orang yang akan jaga dia pula sampai bila-bila. Alhamdulillah.
Selain Nadiya, majlis resepsi yang diadakan di The Estate, Kuala Lumpur pada malam Sabtu itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan baik Amani yang lain seperti Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Sharmaine Othman.
Amani, 36, yang merupakan anak kepada guru seni lakon, Fatimah Abu Bakar selamat diijabkabulkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Ahmed Faris Amir, 34, pada pagi Sabtu lalu.
Pasangan itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nadiya Nisaa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski sudah menginjak usia separuh abad, pelakon Zamarul Hisham bersyukur kerana namanya masih lagi menjadi antara pilihan pengarah untuk membawakan watak utama.
Menurut Zamarul, sebagai pelakon, dia tidak pernah mengambil mudah dalam setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan.
“Sejujurnya saya akui memang agak mencabar untuk membawakan watak utama pada usia 51 tahun. Ada kalanya, saya terfikir yang diri ini dah berumur sangat.
“Bagaimanapun, bila diberikan peluang seperti ini, saya bersyukur kerana Allah masih memberi rezeki dan pihak stesen TV pun masih memberi peluang untuk mengembangkan lagi bakat saya.
“Jadi, saya tak rasa peluang ini seperti ‘makanan’ atau kerja mudah tapi saya anggap ia sebagai tanggungjawab yang besar.
“Umur hanyalah sekadar angka. Mungkin bakat saya masih lagi diperlukan. Selagi diberikan kepercayaan, saya akan sentiasa berikan yang terbaik. Segalanya dengan bantuan dan izin Allah,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, peluang seperti ini bukanlah tiket untuk membangga diri, sebaliknya ia merupakan cabaran untuk sentiasa memberikan yang terbaik.
“Dalam drama ini, saya akur dengan karakter yang dituntut pengarah. Saya bukan nak menunjukkan diri ini sebagai pelakon ‘otai’ cuma mungkin ketekunan dan kesungguhan saya dalam menghayati skrip serta watak membuatkan saya relavan.
“Daripada dulu lagi saya dah amalkan untuk sentiasa buat yang terbaik. Bila dapat skrip, saya bukan orang yang sambil lewa.
“Kalau skrip itu baik, saya akan improvised jadi lagi baik. Saya juga ikhlas ketika bekerja kerana saya berkerja untuk isteri dan anak-anak.
“Mungkin ini juga antara yang boleh dicontohi oleh para pelakon baru. Pelakon lama dan baru bagi saya sama sahaja. Yang membezakan hanyalah pengalaman,” kongsinya lagi.
Zamarul berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media drama Aku Tanpa Cintamu pada Selasa.
Pada masa sama, suami kepada pelakon dan penyanyi, Diana Rafar ini juga sempat menitipkan nasihat buat para pelakon baru.
“Kedatangan mereka ini amat dialu-alukan sebab mereka yang akan memeriahkan industri kita. Takkanlah kita nak tengok muka sama sahaja.
“Perbezaan diantara pelakon lama dan baru mungkin kami ini sudah dididik supaya menghargai tanggungjawab dan bidang yang kita pilih. Kita kena sayang pekerjaan ini dan buat kerana Allah.
“Ikhlas juga penting dan bukan hanya sekadar mengejar glamour dan nama. Nasihat saya, bila orang dah suka dengan lakonan kita, jangan sesekali lupa asal usul,” ujarnya lagi.
Menerusi drama Aku Tanpa Cintamu ini, Zamarul membawakan watak Adam yang juga merupakan pengarah terkenal yang terjatuh hati kepada Nuha yang dilakonkan oleh Bella Astillah.
Drama ini sudah mula ditayangkan sejak 15 September lalu di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.