“Kami Tiada Wedding Planner, Rancang Semua Sendiri,” – Persiapan Kini 80 Peratus, Adam Lee ‘Update’ Majlis Kahwin

Pelakon, Adam Lee akui teruja apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama cinta hatinya yang juga merupakan aktres jelita, Sweet Qismina dalam majlis yang akan diadakan kurang sebulan sahaja lagi.

Menurut Adam, dia dan Sweet kini sedang sibuk menguruskan persiapan memandangkan mereka tidak melantik mana-mana pihak perancang perkahwinan bagi hari bahagia mereka itu.

“Kami Tiada Wedding Planner, Rancang Semua Sendiri,” – Persiapan Kini 80 Peratus, Adam Lee ‘Update’ Majlis Kahwin

“Sudah tentu perasaan saya sememangnya teruja menuju hari bahagia kami yang kini berbaki kurang sebulan sahaja lagi. Saya memang menantikan saat-saat seperti ini.

“Bagaimanapun, sejujurnya boleh saya katakan kami berdua agak penat sebab kami masing-masing masih bekerja dan pada masa sama kami harus menguruskan segala hal melibat majlis perkahwinan kami.

“Kami memang uruskan sendiri daripada kosong sehinggalah ke saat ini. Kami sendiri yang turut padang untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Saya dan Sweet tidak melantik mana-mana perancang majlis perkahwinan dan semuanya kami rancang sendiri,” katanya kepada MH.

IKLAN

Adam berkata sedemikian ketika sidang media drama Adakah Kau Menungguku yang diadakan secara virtual pada Selasa.

“Kami Tiada Wedding Planner, Rancang Semua Sendiri,” – Persiapan Kini 80 Peratus, Adam Lee ‘Update’ Majlis Kahwin “Kami Tiada Wedding Planner, Rancang Semua Sendiri,” – Persiapan Kini 80 Peratus, Adam Lee ‘Update’ Majlis Kahwin

Katanya lagi, meskipun terpaksa membahagikan masa dengan komitmen kerja, namun dia tetap bersyukur kerana segalanya berjalan seperti apa yang dirancangkan.

“Dalam sibuk menguruskan mengenai majlis perkahwinan kami, saya dan Sweet masih lagi perlu bekerja. Jadual kerja kami juga tak sama seperti pekerjaan-pekerjaan lain. Orang lain mungkin keluar pagi balik petang tapi kami ada kalanya keluar pagi balik pun pagi.

“Walaupun ada kalanya kami berasa agak susah tapi kami tetap bersyukur kerana segalanya berjalan seperti apa yang dirancangkan. Kini persiapan dah pun siap dalam 75 hingga 80 peratus,” ujarnya lagi.

Ketika ditanya adakah dia dan Sweet ada berdepan dengan apa-apa cabaran menuju hari bahagia, Adam memberitahu, perkara tersebut adalah normal dan tidak perlu dikongsikan kepada umum.

“Bercakap mengenai cabaran menuju hari bahagia, saya percaya bukan saya dan Sweet sahaja tetapi pasangan lain juga akan berdepan dengan cabaran dan halangan. Itu adalah normal dan kami juga tak terlepas.

IKLAN

“Apa yang paling penting ketika ini adalah bagaimana caranya untuk kami mengatasi setiap masalah dan cabaran itu. Mengenai cabaran yang harus kami lalui, rasanya tak perlulah kami kongsikan. Biarlah kami uruskannya bersama,” akhirinya.

“Kami Tiada Wedding Planner, Rancang Semua Sendiri,” – Persiapan Kini 80 Peratus, Adam Lee ‘Update’ Majlis Kahwin “Kami Tiada Wedding Planner, Rancang Semua Sendiri,” – Persiapan Kini 80 Peratus, Adam Lee ‘Update’ Majlis Kahwin

Terdahulu, Adam bakal bergandingan bersama pelakon, Wanna Ali menerusi drama bergenre romantik komedi terbaru yang berjudul Adakah Kau Menungguku.

Drama ini akan ditayangkan di slot Lestari, TV3 bermula 20 September ini pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.