Pelakon, Sharifah Sakinah mendedahkan dirinya kini harus kerap berulang-alik dari Sweden ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anak perempuannya, Anais Adha.
Menurut Sakinah, situasi seperti ini mungkin akan berterusan sehingga anaknya itu memasuki fasa pengajian.
“Sekarang ini, memang saya akan balik ke Malaysia setiap dua bulan. Masa awal-awal dulu perancangannya setiap empat bulan. Kemudian makin kerap ulang-alik sebab anak dah pandai bercakap ‘Mommy bila nak balik?’.
“Saya pun tak pasti sampai bila keadaan kami harus begini. Mungkin bila anak-anak kami dah masuk universiti, baru kami akan putuskan untuk menetap di mana nanti.
“Buat masa sekarang, saya tak boleh membawa anak tinggal bersama saya di Sweden kerana dia sahaja anak perempuan kepada bekas suami saya dan satu-satunya cucu dalam keluarga mereka. Tak manis kalau saya bawa,” katanya kepada MH.
Sakinah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Cingu VS Hantu, pada Isnin.
Pada masa sama, adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah ini tidak menafikan ada kalanya dia berasa agak penat dengan situasi berkenaan.
“Sejujurnya memang sangat penat apabila harus berulang alik antara dua buah negara. Itu belum bercakap fasal kos lagi. ‘Jetlag’ pun ambil masa seminggu untuk kembali okay.
“Saya ini seorang yang sangat disiplin bila bab tidur. Pukul 9 malam memang saya dah masuk tidur.
“Saya juga akan sedih bila setiap kali mendapat perkhabaran mengenai orang meninggal dunia tapi saya tak boleh hadir. Inilah perkara yang paling saya tak suka bila berjauhan,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahata mata ini turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sengaja ingin berhijrah ke luar negara kerana mahu lari daripada kritikan netizen.
“Kalau nak cakap fasal tenang ni, dekat mana-mana pun kita boleh tenang. Kalau nak kata saya lari daripada orang Malaysia, sosial media saya tetap ada. Bila saya balik pun tiada siapa nak serang saya sebab kawan-kawan wartawan pun akan tanya perkara yang baik-baik sahaja.
“Kalau anda rasa netizen menjadi penghalang dalam kehidupan seharian, berhentilah bermain sosial media. Bagi saya, netizen bukan penghalang dalam hidup saya. Saya tak pernah anggap mereka sebegitu.
“Kadang-kala saya ada baca perkara yang melampau tetapi itu semua risiko yang harus kita tanggung. Kalau tak mahu, jangan kongsi apa-apa di media sosial.
“Sebagai selebriti, kita kena terima hakikat yang hidup kita ini sentiasa diperhatikan. Jangan sampai satu hari nanti orang dah tak nak ambil tahu fasal kita. Nanti kita meninggal pun tiada siapa nak ziarah,” akhirinya.
Terdahulu, Cikgu VS Hantu; sebuah filem komedi seram yang diarahkan oleh pelakon berpengalaman, Liyana Jasmay dan menampilkan Afdlin Shauki, Khir Rahman dan Juliana Evans selaku tunjang utama.
Filem ini boleh dilanggan di saluran Astro First (480) dengan harga serendah RM15 bermula 8 September ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak semalam, pelbagai spekulasi melibatkan hubungan hos dan usahawan popular, Neelofa dibuat waeganet apabila mendapati ibu dan adik-beradiknya yang lain dikatakan telah berhenti mengikuti PU Riz di Instagram.
Lebih membuatkan ramai mengeluarkan teka-teki sendiri, ada di kalangan ahli keluarga figura terkenal itu telah memuat naik status hampir sama di IG Stories masing-masing, seolah-olah sedang memberikan bayangan sesuatu yang berlaku.
Bagaimanapun menerusi tinjauan MH, Neelofa dan PU Riz masih lagi saling mengikuti antara satu sama lain di Instagram.
Terdahulu, hal tersebut mula menjadi perhatian netizen hingga rata-ratanya meneka sama ada pasangan tersebut kini sedang mempunyai masalah dalam hubungan mereka atau sebaliknya.
Malah, pelbagai dakwaan telah ditimbulkan pengguna media sosial hingga mencetuskan tular di media sosial.
Misalnya, ada yang memberi dakwaan keduanya sudah pun berkahwin dan mereka dinikahkan bapa kandung Neelofa di Kelantan, sebagaimana yang terpapar di dalam Whatsapp yang ditulis individu yang kini viral.
Bagaimanapun sehingga kini, masih tiada penjelasan rasmi mengenai hal tersebut.
Walau apa pun yang berlaku, semoga ia dapat diselesaikan dengan cara baik mereka, meski pelbagai spekulasi sudah bertebaran.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Merakamkan penghargaan apabila dipilih sebagai ikon dalam dunia permotoran, Achey menerusi ruang Instagram ada menjelaskan, dirinya tidak pernah terlintas untuk menerima pengiktirafan ini.
Jelasnya, lebih ramai insan lain yang layak diangkat berbanding dirinya.
“Alhamdulillah… sebenarnya tidak terlintas di fikiran untuk mendapat gelaran ikon di dalam industri.. apatah lagi di mata peminat permotoran malaysia ..yes aku obses dgn motosikal tapi tidak@ke tahap menjadikan diri ini somebody..kerana aku berfikiran ‘siapa aku’… ramai lagi yang layak.
“Ramai lagi yang jauh lebih baik dari aku…ada yang bagitau kau tak nampak tapi kami nampak sbb apa kau layak…kalau bersebab aku terima.. kalau mejoriti mmg tak pernah mimpi… dan komuniti permotoran di @hkmm_officialmalaysia membuatkan aku rasa berbaloi berada dalam keluarga permotoran malaysia.. tq @hkmm_officialmalaysia.
“Dan terima kasih keluarga @gengasapnaem yang menjadi wakil aku untuk anugerah ‘ikon permotoran viral malaysia’… dan dengan anugerah ini aku bertambah sayang dengan kominiti permotoran malaysia.
Awal hari ini, pelakon cantik Zahirah MacWilson ada memuat naik sekeping foto menerusi Instagram, memaklumkan mengenai keterujaannya dalam menjayakan filem sulung lakonannya.
Anak kepada pelakon senior, Zainol MacWilson itu turut membayangkan filem bercorak aksi komedi itu bakal ditayangkan tahun hadapan.
“Hari pertama, babak pertama dan filem aksi pertama, filem pertama saya. Terima kasih atas kepercayaan untuk saya memainkan watak idaman ini. Memperkenalkan, Bulan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, InsyaAllah.
“Tak sabar untuk nantikan adegan aksi. Harap semua akan menyukai filem aksi komedi ini nanti. Akan datang pada tahun 2019. Impian menjadi kenyataan,” tulisnya lagi.
Sehingga ini, posting yang sudah pun mendapat lebih 30,000 tanda suka itu sekali pandang memang saling tak tumpah dengan Angelina Jolie dalam filem Tomb Rider kan?
Malah ada peminat yang menyatakan Zahirah boleh dikatakan sebagai Lara Croft Malaysia. Fuh, tak sabar nak tonton Bulan tidak lama lagi!
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perbadanan Kemajuan FIlem Malaysia (FINAS) telah mengumumkan pemilihan filem Abang Adik sebagai wakil Malaysia untuk dipertandingkan di Anugerah Akademi (Oscar) kali ke-97.Menerusi kenyataan yang...