Isteri kepada pelawak popular Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman mengucapkan tahniah buat rakan artis, Jihan Muse yang telah pun selamat melahirkan anak keduanya.
Ucapan tahniah tersebut dikongsikannya menerusi Insta Stories, pada Selasa.
“Tahniah kak @jihanmuse finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,” tulisnya yang berlatar belakang foto mereka berdua.
Ads
Sementara itu, Jihan menerusi platform sama turut ‘repost’ status Insta Stories daripada pihak Avisena yang turut menitipkan dedikasi.
Ads
Terdahulu, Jihan memuat naik beberapa keping foto kandidnya sekeluarga di Instagram beberapa hari lalu, sekaligus berkongsi perkembangan kehamilannya kepada peminat.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan dia dan suami yang juga merupakan penyanyi, Raja Syahiran telah sepakat untuk menamakan anak sulong mereka, Raja Ulhan.
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh Uyaina menerusi entri terkini di laman Instagram.
Jelas Uyaina, nama Urhan diambil bersempena nama tokoh Islam dan turut membawa maksud sebagai pemimpin yang hebat.
“Assalamualaikum everyone! Meet Raja Urhan bin Raja Syahiran. ‘Urhan’ bermaksud Pemimpin Yang Hebat, A Great Leader.
“Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta ‘Noor Alhan’, nama ‘Urhan’ juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi,” tulisnya.
Jelas pengacara program Wanita Hari Ini itu lagi, nama tersebut juga sangat dekat dengan nama ibunya Noor Alhan.
Bagaimanapun, menerusi entri tersebut, Uyaina dan Syahiran masih lagi belum berkongsi wajah putera mereka itu.
Pada masa sama, akaun Instagram Alhan juga sudah pun diwujudkan dan kini masih lagi diletakkan di dalam mod private.
Sementara itu, Uyaina turut berharap agar anaknya itu membesar menjadi insan yang berguna buat masyarakat
“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang Aamiinn.
“And so. Our parenthood journey begins. Bismillah,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemilihan nama tersebut selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat anaknya itu.
“Tahniah adinda berdua. Mudah-mudahan anakanda Urhan akan menjadi permata bersinar dan membanggakan kedua orang tuanya.
“Semoga berbahagia hingga ke jannah.
“Alhamdulillah, kurniaan terindah bagi seorang ibu dan ayah. Semoga cahaya mata membesar sihat dan menjadi insan berhati mulia.
“Alhamdulillah, nama yang baik, hebat dan simple,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Uyaina telah selamat melahirkan cahaya mata sulongnya itu pada tanggal 8 September lalu secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu di sebuah premis perkahwinan di ibu negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini kedengaran cerita kurang enak, bila mana penyanyi meningkat naik Bunga Isme dikatakan sudah mula ‘naik tocang’ kerana kesukarannya untuk menjawab panggilan atau membalas mesej daripada pihak media.
Menafikan dakwaan tersebut, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani, 22, berkata sekarang dia mempunyai sedikit kekangan masa berikutan status sebagai penuntut universiti.
“Saya bukan sombong atau besar kepala, sebaliknya sibuk menjalani rutin sebagai penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sambil meneruskan aktiviti seni termasuk memenuhi jadual persembahan.Mungkin saya terlepas pandang.
“Maaf kalau ada yang terasa malah seboleh-bolehnya saya cuba memenuhi permintaan semua pihak.Harapan saya perkara ini dapat kembali reda.
“Saya bersikap profesional.Jika ada apa-apa perkara yang ingin ditanya, harap dapat berurusan terus dengan pihak Warner Music sebagai menghormati mereka,” katanya kepada MH.
Bunga ditemui pada majlis sidang media pengumuman senarai pencalonan Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bercakap mengenai tersenarai sebagai calon akhir AIM23, Bunga yang bernaung di bawah syarikat rakaman, Warner Music melahirkan keterujaannya apabila dapat menempatkan diri dalam anugerah muzik berprestij itu.
“Berdebar dan teruja bersilih ganti memandangkan ini penyertaan pertama dalam AIM. Tak sangka berjaya melangkah sebagai Top 5, kerana saya fikir saya diundang hari ini bagi memeriahkan majlis.
“Berpeluang membolosi dua kategori dalam acara besar ini menyuntik semangat untuk menghasilkan lebih banyak karya bermutu.
“Saya ingin berterima kasih kepada penghibur senior, Noraniza Idris dan Siti Nordiana yang memberi kepercayaan kepada saya berpadu suara dengan mereka,” katanya.
Menerusi AIM23, Bunga tercalon menerusi dua kategori iaitu Lagu Pop Etnik Terbaik, Intan Payun nyanyian duetnya bersama Noraniza Idris.
Selain itu, dia turut memboloskan diri dalam kategori Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik menerusi lagu Amaran bersama Siti Nordiana.
AIM23 akan diadakan pada 11 September bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Majlis gilang-gemilang itu akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bunga Isme
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Shaheizy Sam merasakan bayaran yang diterima untuk berlakon di dalam filem aksi ketenteraan, Malbatt Misi Bakara adalah tidak keterlaluan dan bersesuaian dengan usaha kerasnya bagi menjayakan naskah tersebut.
Menurut Sam, bayaran berkenaan bukan hanya tertumpu kepada kualiti lakonannya semata-mata tetapi turut melibatkan persediaan daripada aspek fizikal dan mental.
“Saya tidak merasakan bayaran saya ini mahal cuma berdasarkan pengalaman berlakon sejak sekian lama dan usaha 110 peratus saya yang pihak produksi pun dah tahu, rasanya berbaloi dengan harga.
“Nak kata saya demand, tidaklah saya nak minta sampai RM500,000 untuk sebuah filem. Bagi saya, ia kena berbaloi dengan hasil kerja saya.
“Bila pihak produksi perlukan saya untuk membina badan yang segak, ada kosnya untuk saya dapatkan bentuk badan sebegitu. Badan segak ini bukan hanya sekadar latihan di gim sahaja tetapi pemakanan juga kena jaga.
“Banyak aspek yang harus diambil kira. Wang tersebut bukan hanya untuk kerja kreatif sahaja tetapi turut merangkumi persediaan saya secara keseluruhan,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini turut mendedahkan dirinya juga berdepan cabaran yang agak berat untuk menurunkan berat badannya kali ini.
“Bila dua tahun berehat, asyik duduk rumah dan makan pun tak ingat dunia, saya terpaksa latih diri secara ‘all out’ sebaik sahaja saya tanda tangani kontrak dan diberikan skrip.
“Sejujurnya, bila hampir menjangkau usia 40-an ini, saya rasa usaha untuk mendapatkan badan segak ini dan jadi dua kali ganda. Masa buat filem Polis Evo dulu, bagi saya masa 20 hari atau sebulan, semuanya akan selesai.
“Tapi kali ini agak sukar kerana mungkin metabolisme saya dah berubah. Kali ini nak turunkan berat badan tu, rasanya lambat sangat.
“Jadi, saya putuskan untuk kekalkan berat badan seperti ini kerana kalau naik lagi, saya tak tahu sama ada saya mampu turun lagi atau tidak,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Sam akui watak Kopral Ramlee sedikit sebanyak telah membarikan kesan yang mendalam buat dirinya lebih-lebih lagi bila mengenangkan perjuangan tentera Malaysia yang bertarung nyawa demi menjaga keamanan dunia.
“Sebelum ini, mungkin kita tak pernah tahu kisah sebenar yang terjadi kepada askar kita di Somalia pada tahun 1993. Kita hanya nampak kisahnya daripada filem Black Hawk Down. Orang Hollywood sudah tentu mahu menggambarkan mereka ini seperti hero sebenar.
“Bila saya letakkan diri saya dalam watak ini, saya sendiri tak dapat bayangkan macam mana kalau benar-benar saya berada disituasi itu.
“Watak Kopral Ramlee ini merupakan watak sebenar yang difiksyenkan. Apa yang dilalui oleh Kopral Ramlee ini amat mengerikan. Beliau adalah antara perjuang yang hebat dalam misi ini,” akhirinya.
Terdahulu, filem arahan Adrian Teh ini dijangka bakal ditayangkan pada Bulan Kemerdekaan tahun hadapan.
Selain Sam, filem aksi tersebut turut dibintangi Hairul Azreen, Adlin Aman Ramlie, Bront Palare, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Gambit Saifullah, Dafi Ismail Sabri, Safwan Nazri, Nafiez Zaidi, Taufiq Hanafi dan Theebaan G.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shaheizy Sam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.