Peserta dari Sabah, Tracie, 21, dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022, sekaligus menepati ramalan ramai yang melihat potensi besar yang ada pada dirinya.
Menerusi kemenangan itu, Tracie atau nama sebenar, Tracie Sinidol berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Hadiah serta mahkota Dewi Remaja disampaikan Juara Dewi Remaja Edisi 2019, Shaza Bae.
Tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly. Diikuti Alyssa di tempat keempat.
Sementara itu, Alyssa dipilih sebagai Dewi Aktif manakala Tracie memenangi kategori Dewi Favourite menerusi hasil undian peminat di laman web Remaja.
Dewi Inspirasi pula menjadi milik Keeran.
Ads
Pada malam kemuncak, kesemua sepuluh finalis diuji menerusi segmen pertama yang mana mereka perlu menghuraikan perkataan yang diberi secara rawak.
Cabaran pusingan pertama kemudiannya melayakkan Tracie, Bee, Kimberly dan Alyssa sebagai calon Top 4 Dewi Remaja 2022.
Pusingan itu turut menyaksikan enam finalis lain tersungkur iaitu Rasyiqah, Janani, Auni, Dina, Hyeley dan Zafira.
Ads
Pada pusingan kedua, keempat finalis diberi soalan kritis secara spontan daripada barisan juri.
Kesemua finalis diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi, Izara Aishah dan Didie Alias.
Pencarian Dewi Remaja Edisi 2022 bermula pada Mac lalu, membabitkan 16 peserta akhir.
Ads
Rangkaian cabaran diberikan untuk mengasah kemampuan para finalis daripada pelbagai aspek berbeza sepanjang lapan minggu.
Peserta lain yang turut terpilih dalam Top16 dalam edisi kali ini ialah Fifi, Malle, Melissa, Iman, Reezlyn dan Keeran yang terlebih dahulu tersingkir pada minggu-minggu sebelum ini.
Malam kemuncak Dewi Remaja 2022 anjuran Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro ini dihoskan oleh Fikry Ibrahim.
Pertandingan akhir ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Noraniza Idris, Wani Kayrie, Amsyar Lee dan Isaac Voo.
Acara ini bersiaran langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada malam Sabtu.
Pelakon, Nadzmi Adhwa mengakui berasa amat teruja kerana berjaya membuat kejutan bersempena hari lahir isterinya, Ardell Aryana yang ke-30 tahun meskipun disambut 10 hari lebih awal.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi dilihat telah menghadiahkan isterinya itu sebuah kereta baru jenis Toyota Alphard berwarna hitam.
Jelas Nadzmi, hadiah tersebut diberikan bagi menggantikan Toyota Alphard kepunyaan mereka sebelum ini yang telah pun digunakan sebagai pengangkutan bagi misi bantuan dan urusan perniagaan.
“Dia tak pernah sekalipun mintak apa apa dari saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada dengan saya.
“TERIMA KASIH kerana menjadi ibu pada anak saya dan TERIMA KASIH sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya, dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya. Forever Loving You,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, pelakon filem, Busut Bonang ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Ardell kerana telah menjadi isteri serta ibu yang baik kepada anaknya.
Katanya lagi, dia sengaja mengadakan kejutan tersebut lebih awal supaya perancangannya itu tidak dapat dihidu oleh Ardell.
“Sorry celebrate birthday awak awal gila sebab selalunya mesti kantoi kalau saya buat waktu birthday awak 13 April ini.
“Kali pertama saya tak kantoi so kira saya dah setapak kedepan lebih matang
Kisah semalam jam 10:47 malam,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga keluarga ini akan terus sukses dansentiasa dimurahkan rezeki.
Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 September 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa.
Foto: Instagram Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Min Yasmin memaklumkan dia kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya, kompser Julfekar selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Kini usia kehamilannya memasuki minggu ke-17, Min Yasmin berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran terkini di Instagram.
“Semalam Min ingat nak buat kejutan pada Bro Jul tentang berita kehamilan Min. Tapi pagi ni, bila pergi scan, kami berdua terkejut sesangat bila dapat tau rupanya kandungan dah 4 BULAN (17 minggu +).
“Terkebil-kebil dibuatnya bila doktor kata ‘Waaa besar dah baby u & now the bones is growing’ Masya-Allah. Apapun syukur yang teramat sangat atas rezeki yang tak ternilai ini.
“Terima Kasih semua atas doa dan sokongan tanpa henti selama ini,” tulisnya menerusi video pendek yang merakamkan foto ultrasound bayi yang dikandung.
Imbas kembali, Min yang turut aktif menyanyi di Filipina mendirikan rumah tangga dengan dengan Julfekar pada 5 April 2014 di Masjid Kota Damansara.
Hasil perkahwinan terdahulu, Julfekar mempunyai empat orang cahaya mata dan tujuh cucu hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada penyanyi Elyana, Khairul Anuar Husin,48, menjawab pertanyaan media mengenai kesetiaannya dalam menjaga isteri yang berjuang melawan kanser selama 10 tahun.
Menurut Khairul Anuar, dia sebagai ketua keluarga cuba sebaik mungkin untuk berada di samping isteri tercinta selepas selamat diijab kabulkan sebagai pasangan yang sah walau apa yang terjadi.
“Ia satu situasi yang memang saya kena hadapi. Kita kena fikir bahawa kita sudah berjanji ketika akad nikah untuk menjaganya. Selagi kita mampu, kita jaga.
“Sebab kita bukan sahaja berjanji kepada manusia, tetapi juga pada Allah SWT. Jadi saya cuba tunaikan,” katanya.
Tambahnya lagi, perasaan sayang yang kuat terhadap penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut mendorongnya untuk terus harmoni bersama isteri dan anak-anak.
“Mungkin juga kerana saya terlalu menyayanginya. Iyalah sebagaimana orang lain mungkin ada ibu bapa lagi. Saya pula sebaliknya. Hanya tinggal dia dah anak. Hanya mereka yang saya ada untuk jaga. Jadi cubalah untuk menjaga mereka dengan baik,” katanya lagi.
Terdahulu, Elyana,34, memaklumkan berita gembira apabila apabila penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya telah hilang.
Menerusi laman sosial Instagram, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, memuat naik sekeping foto dan video hasil imbasan badannya bersama doktor untuk tatapan umum pada 8 Disember lalu.
Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada tahun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12, dan seorang anak angkat iaitu Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...