Pelakon senior, Juhara Ayob yang sudah lama tidak muncul di pentas lakonan kembali melepaskan rindu sebagai menerusi persembahan teater Main Makyung Raja Gondang.

Menyifatkan kekangan masa antara punca dia kini agak jarang aktif dalam bidang lakonan selain memikul tugas sebagai pensyarah sejak 2007 di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Juhara bagaimanupun peluang yang ada ketika ini tidak mampu untuk dilepaskan.

“Saya akui ada yang bertanya lama menghilang, saya ada tugas hakiki sebagai pensyarah jadi masa terhad. Kalau turun set penggambaran pasti makan masa.

“Tipu Kalau Tak Rindu,” – Setelah Sekian Lama, Juhara Ayob Buat ‘Comeback’ Dalam Main Makyung Raja Gondang

“Tipu kalau kata tidak rindu. Jadi bila ada peluang seperti ini saya ambil peluang kembali ke pentas lakonan,” katanya jujur.

Pada masa sama, Juhara juga kini tidak keberatan untuk melakukan kemunculan semula dalam produksi drama jika sesuai dengan masa dan naskhahnya.

“Syukur sebab ramai juga yang masih kenal dan tegur di luar sana. Bagi saya yang pasti mengajar juga memberikan kepuasan iaitu dapat berkongsi pengalaman dengan pelajar,” kongsi Juhara yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin menerusi drama Cinta Si Penggali Kubur ini.

IKLAN

“Tipu Kalau Tak Rindu,” – Setelah Sekian Lama, Juhara Ayob Buat ‘Comeback’ Dalam Main Makyung Raja Gondang “Tipu Kalau Tak Rindu,” – Setelah Sekian Lama, Juhara Ayob Buat ‘Comeback’ Dalam Main Makyung Raja Gondang

Berkongsi lanjut mengenai ‘comebacknya’ dalam Main Makyung Raja Gondang ini pula, persembahan tersebut dianjurkan oleh Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA).

Apa yang menariknya, ia turut membabitkan tenaga pengajar, warga kerja, graduan serta pelajar ASWARA sendiri sebagai pelakon, penari, pemuzik dan juga pengurusan produksi.

“Persembahan ini juga diangkat sebagai aktiviti di bawah sambutan ulang tahun ke-25 ASWARA.

IKLAN

“Saya juga bertindak sebagai penerbit teater ini yang diarahkan oleh Che Kem yang pensyarah di Aswara serta membabitkan pelakon termasuk Along Ezendy,” jelas Juhara lagi.

Sekadar informasi, Makyung Raja Gondang bakal dipentaskan di Panggung Eksperimen Aswara bermula pada 23 dan 24 Ogos depan jam 8.30 malam.

Sementara persembahan pada 25 Ogos pula ialah pada jam 3.00 petang dengan tiket berharga RM20 bagi dewasa serta RM 10 bagi pelajar.

IKLAN

Mereka yang berminat untuk menonton turut boleh mendapatkan pas tiket di pintu masuk panggung.

Terdahulu, Makyung Raja Gondang bertemakan dendam seorang anak raja iaitu Raja Gondang terhadap ayahnya, Raja Besar.

“Tipu Kalau Tak Rindu,” – Setelah Sekian Lama, Juhara Ayob Buat ‘Comeback’ Dalam Main Makyung Raja Gondang “Tipu Kalau Tak Rindu,” – Setelah Sekian Lama, Juhara Ayob Buat ‘Comeback’ Dalam Main Makyung Raja Gondang

Disebabkan permaisuri Raja Besar iaitu ibu Raja Gondang (Tuan Puteri Gak Jetera) melahirkan anak sebiji Gondang, maka Tuan Puteri Gak Jetera telah dipukul palu dan dihalau dari istana.

Lalu, bermulalah konflik melibatkan keluarga diRaja berkenaan.

“Tipu Kalau Tak Rindu,” – Setelah Sekian Lama, Juhara Ayob Buat ‘Comeback’ Dalam Main Makyung Raja Gondang

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI