Datin Hajah Fouziah Gous dan suaminya Datuk  Haji Md Zhafran Md Yusof telah mendapat panggilan Allah untuk menunaikan haji pertengahan tahun ini.

Merakam kembali detik pemergiaanya ke tanah suci lalu mendapat status sebagai Hajah, Fouziah seperti yang dipetik Mingguan Wanita memberitahu, status hajah yang diperoleh itu bukan sesuatu yang mudah.

Sebaliknya, dia dan suami, Zhaf perlu melalui satu saat mencabar, atas beberapa insiden peribadi yang melanda diri.

“Seperti mana yang umum tahu, saya tinggalkan anak saya yang dimasukkan ke dalam ICU dan sebagainya demi mengejar status hajah sebagai hamba Allah.

“Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan status itu dan kita pula perlu menunaikan apa kehendak Allah. Jadi bila saya bawa status itu saya rasa bangga. sebab Allah memberi peluang kepada saya.

IKLAN

“Walaupun saya ini serba kekurangan tetapi sekurang-kurangnya saya dapat tip. Maksudnya Allah terima perjalanan saya. Seburuk-buruk kita, hanya Allah yang mampu menghakimi kita. Allah sahaja yang mampu hukum saya dan sebagainya.

“Jadi bila Allah melepaskan saya walaupun dengan dugaan untuk bergelar hajah itu, saya rasa sangat bersyukur, amat berterima kasih. Antara ramai manusia di dunia ini, akhirnya saya antara manusia yang dapat menunaikan haji. Saya juga rasa lebih bersemangat bila sudah bergelar hajah,” katanya.

IKLAN

Pada masa sama, pelakon dan pengacara ini juga tidak menafikan, hikmah yang diterimanya membuatkan diri lebih semangat untuk bekerja keras.

“Bergelar hajah ini semangatnya rasa lain macam sikit. Semangat hendak bekerja pun lain. Semangat untuk setiap benda yang saya lakukan itu adalah kerana Allah dan saya rasa apabila sudah hajah ini saya kena ubah banyak perkara,” terangnya jujur. 

IKLAN

Dalam perkembangan lain, pasangan suami isteri ini juga baru saja pulang dari mengerjakan umrah beberapa minggu lalu.

Ikuti temu bual penuhnya menerusi majalah Mingguan Wanita.

Foto: Instagram Fouziah Gous/ Mingguan Wanita

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI