Pelakon dan usahawan, Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu adik Mohammad dan Lela Safiya yang tular di media sosial sebelum ini kerana mengalami sakit kulit yang teruk.

Menurut Eina, dia dan suami telah membawa keluarga tersebut berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Subang Jaya.

Perkhabaran tersebut telah dikongsikan oleh Eina menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya 

“Salam guys, alhamdullilah harini eina n husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yun88 . Di atas permintaan ramai yang minta eina share tentang keluarga kak nurul? sebentar tadi Eina bawa Kak Nurul dan suami and dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya.

IKLAN
View this post on Instagram

Salam guys… alhamdullilah harini eina n husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yurns88 … di atas permintaan ramai yang minta eina share tentang keluarga kak nurul? sebentar tadi eina bawa kak nurul dan suami n dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya. Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga. Insyallah di beri rezeki yang lebih eina n suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih insyallah?? eina terdetik nak tlg keluarga kak nurul sbb eina fikir eina pun ada anak kecil @aubreykarl . Kalau aubreykarl sakit sikit pun eina dah rasa down n sedih? apatah lagi kak nurul?? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ?? sedih sgt eina hubby tgk anak2 kak nurul tadi menangis sebab tahan sakit ??? Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun maybank 562085617913 Nurul Ain Abdullah…

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

“Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga,” tulisnya.

IKLAN

Tambah Eina lagi, dia sedia menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga Kak Nurul sehingga anaknya itu sembuh.

Pelakon itu turut berharap agar orang diluar sana dapat juga menghulurkan bantuan untuk meringankan beban keluarga tersebut.

IKLAN

“Insyallah di beri rezeki yang lebih eina n suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih insyallah?? Eina terdetik nak tolong keluarga kak nurul sbb eina fikir eina pun ada anak kecil @aubreykarl . Kalau aubreykarl sakit sikit pun eina dah rasa down n sedih? apatah lagi kak nurul?? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ??

“Sedih sgt eina hubby tgk anak2 kak nurul tadi menangis sebab tahan sakit ??? Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga kak nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah,” katanya lagi.

Terdahulu, Nurul sekeluarga telah tular di media sosial selepas kedua anaknya disahkan menghidap penyakit kulit yang kronik. Malah, tambah menyayat hati apabila suaminya itu hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM850 sebulan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI