Seronok melayan peminat yang datang menyapa, Caliph Busker tidak menyangka ‘peminat’ yang datang berborak dan menyanyi bersama adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Cukup tersentak hati apabila Raja Permaisuri Agung turut sama mencemar duli mendendangkan lagu Gurindam Jiwa. Malah, Permaisuri cukup berjiwa rakyat, hanya duduk bersandar di kerusi sambil menikmati alunan lagu.
Tidak cukup satu lagu, Permaisuri turut meminta lagu Roman Cinta dan Hanya Namamu.
Ads
“Sambil tunggu nak soundcheck, tiba-tiba ada yang menyapa salam dan bertanya khabar. Berborak lama kita.
“Akhirnya baru tahu itu adalah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Menjelang Ramadan, terimbau kembali gelagat berpuasa zaman kanak-kanak.
Yang pastinya, bayangan ibu terbayang di depan mata.
Itu yang diperkatakan pelakon, Noorkhiriah yang pada masa sama turut berpesan, ibu selalu berpesan, teman lelaki boleh dicari, namun ibu tiada ganti.
Kongsinya lagi, ia kata-kata yang dipegang sekiranya diri sedang berduka.
“Baru pas makan sambalitam mak wat,mcm nmpk mak je dlm bubur lambuk ni..hadeh ttiber rasa mcm nak balik kg..korg jgn sia2kan Mak kita yg sorg ni.
“Dulu time akk jatuh frust tergolek dog,Mak pesan 1 je..boipren2 ni leh cari ganti..tapi Mak xde ganti dah..itulah penguat akak bila down,zmn dululah..zmn skrg nak frust mende..gedik rrr kalu frust2 nih.
“Time bulan poser gini hok yg darjah 1 punya kisah pun boleh ingt balik..time sahur,time bbuka..penuh meja,ntah pape je atas meja time tu..mak masak air pun rasa sedap..airtangan Mak..kan..bila tanya Mak ok..xde yg tak ok..rindu anak2 pun Mak diam je..sedar2 wasap suh balik..
“Maka anak2 pun meluru cari date bagi smua berkumpul..kdg dpt kadang bterabur baliknya..tp tkpe janji balik..moga Allah sihatkan mak rahmati mak..
“Mak,saya rindu ngat ke Pak..semalam genap 5 tahun arwah Pak pegi..Allah ambik hak Dia #AlfatihahPak #tudungsarungbedah #jangansia2kanMakkkita #inilahsorangtakdeganti #gantipuntaksama #percayalah #hartapalingbernilai,” tulisnya.
Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi, sanak saudara berkumpul bersama meraikan hari kemenangan umat Islam.
Namun, ramai yang keliru dan kurang ilmu mengenai adab menjaga aurat dan bersalaman dengan bukan muhrim dalam keluarga besar.
Sedar akan hal itu, Heliza Helmi berkongsi sebuah carta memperlihatkan siapakah golongan mahram dan bukan mahram untuk menghulur salam raya.
“[JANGAN BACA KALAU TAK BALIK BERAYA DI KAMPUNG]
“Tak lama lagi syawal yang ditunggu bakal menjelma. Tak sabaaaaar rasanya nak balik kampung jumpa ibu ayah dan berkumpul sesama sanak saudara.
“Dalam pada kita bergembira, adakala kita terlupa — JAGA AURAT dan BERSALAMAN DENGAN BUKAN MAHRAM.
“APA YANG SELALU TERJADI ?
“Senario #1:
“Saudara mara lelaki perempuan bersalam-salaman walau bukan mahram
“Iya betul kita betul bersaudara/keluarga, tapi perlu tahu dengan siapa kita boleh bersalam-bersalaman, dan dengan siapa tak boleh.
“Jadi, jika ada bukan mahram dengan anda ingin bersalaman, tolak lah dengan cara yang baik, tanpa menyinggung perasaan mereka
“Senario #2
“Bila balik kampung berkumpul sesama saudara, ipar duai dan biras — ada kala kita terlupa jaga aurat dengan sempurna. Selamber pakai baju lengan pendek atau tidak bertudung depan bukan mahram.
“Selalu kaum wanita sibuk tolong di dapur dan juga menghidangkan juadah pada tetamu…, ye betul takkan la nak pakai baju raya sepanjang masa kan?
“Seeloknya, sentiasa pakai baju lengan panjang dan bertudung jika ada bukan mahram. Tapi kalau rasa nak mudah, pastikan ada #cardigan. Dalam bilik biasa pakai lengan pendek. Bila tiba-tiba nak keluar bilik dan ada bukan mahram, sarung je #FazzCardigan , aurat pun terjaga
“Bukannya apa, untuk saling ingat mengingati; especially untuk diri sendiri,” kongsinya.
Peringatan yang sangat berguna untuk diamalkan dalam kehidupan, lebih-lebih lagi di musim perayaan. Dalam seronok beraya, adab dan aurat jangan dilupa.
Foto : Instagram Heliza Helmi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Viral sejak beberapa hari lalu apabila rata-rata pengguna media sosial mulai mencuba aplikasi ‘ubah wajah’ yang ditawarkan menerusi salah satu filter di dalam aplikasi sosial, Snapchat.
Malah, filter tersebut juga berupaya untuk ‘mengubah’ wajah seseorang dari seorang lelaki kepada wanita, begitu juga sebaliknya.
Malah, para selebriti juga tidak lepaskan peluang untuk mencuba aplikasi berkenaan lalu berkongsi foto atau video terbaru wajah masing-masing di Instagram bagi tujuan hiburan semata.
Jom, ikuti beberapa foto atau video yang dikongsikan mereka. Kelakar pun ada!