Viral sejak beberapa hari lalu apabila rata-rata pengguna media sosial mulai mencuba aplikasi ‘ubah wajah’ yang ditawarkan menerusi salah satu filter di dalam aplikasi sosial, Snapchat.
Malah, filter tersebut juga berupaya untuk ‘mengubah’ wajah seseorang dari seorang lelaki kepada wanita, begitu juga sebaliknya.
Malah, para selebriti juga tidak lepaskan peluang untuk mencuba aplikasi berkenaan lalu berkongsi foto atau video terbaru wajah masing-masing di Instagram bagi tujuan hiburan semata.
Jom, ikuti beberapa foto atau video yang dikongsikan mereka. Kelakar pun ada!
Siapa sangka Niena Baharun yang sentiasa tampil dengan wajah bersih dan cantik pernah menghadapi masalah jerawat yang teruk suatu ketika dulu.
Kongsinya, hal tersebut berlaku selepas dia menjalani penggambaran di Kelantan.
Lalu wajahnya tiba-tiba mengalami masalah jerawat yang kritikal akibat solekan tebal dan cuaca yang panas.
“Setelah berbulan lamanya selepas bersalin, baru ada kesempatan datang ke sini.
“1st pic with Dr. Jamil, yang banyak membantu dan merawat kulit muka Niena sampai elok. Selalunya Dr akan suggest treatment apa yang sesuai dengan masalah kulit kita, then maintain dengan skincare yang Dr bagi.
“Swipe left for 2nd pic
2years ago, masa ni kulit Niena tengah bermasalah. Start naik lepas abis shoot drama dekat KB, tiber tiber je naik jerawat yang mendadak.
“Tak pernah seumur hidup naik jerawat yang nauzubillah. Tapi pikir positif mungkin sebab faktor cuaca dekat KB terlalu panas dengan pakai mekap tebal masa shooting.
“Sejujurnya, first sekali Niena pergi jumpa dengan Dr. Ko dan dah buat treatment dekat situ 2,3 kali, tapi tak berkesan. Lepas tu baru jumpa dengan Dr. Jamil. Alhamdulillah. Settle semuaaaa! Anyway, thank you Dr Jamil & @pesonaclinic_aesthetic,” kongsinya.
Hanya beralas tikar di tepian masjid sambil disajikan pemandangan indah tasik Putrajaya, Imam Muda Asyraf berkongsi detik-detik indah berbuka bersama keluarga.
Ulasnya, isteri dan anak-anak terpaksa menempah tarikh sebelum Ramadan untuk berbuka bersama.
“Anak-anak dengan Ummi booking tarikh Abah depa dari sebelum Ramadhan lagi. Katanya teringin nak buka puasa dengan Abah berkelah atas rumput tepi sungai. Atas simen tepi tasik Putrajaya pun kira ok la nak oi,” kongsinya
Cukup tersentuh melihat kesederhaan keluarga ini meraikan waktu berbuka bersama, netizen turut tertarik dengan idea yang dikongsi penceramah bebas ini.
Tambah mereka lagi, isteri dan anak-anak tidak perlukan kemewahan, apa yang penting adalah waktu yang dihabiskan bersama.