Isteri kepada vokalis band Sekumpulan Orang Gila (SOG), Raja Nazrin Shah, Resya Ab Rahman akui reda selepas memaklumkan bayi di dalam kandungannya yang baru berusia lima bulan setengah kini sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh oleh Resya menerusi sebuah ciapan di Twitter.
We had a baby. But today was the day that we finally said goodbye to him.
Your mom and dad will see you soon, anak syurga ♥️ @rajanazrinshah pic.twitter.com/p9MfsUCu8n
— Resya Rahman (@nrresya) February 21, 2023
“Daripada momen paling gembira ke momen paling sedih. Daripada tangisan kegembiraan ke tangisan kepedihan. Daripada hari pertama, kini menjadi hari yang terakhir.
“Kami memang cukup bertuah kerana diberikan peluang merasai kebahagiaan saat kami melihat jari anak kecil menerusi foto ultrasound.
“Kami berdoa siang dan malam meminta kepada Allah agar menjadikan diri kami lebih baik supaya kami dapat menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak pertama kami. Apa yang kami tak tahu, rupa-rupanya, Allah punyai perancangan lain,” tulisnya.
Jelas Rasya, meski sudah berjumpa dengan beberapa orang doktor, kesemua mereka memberitahu, bayinya itu mengalami komplikasi yang tidak dapat dielakkan.
“Dua minggu lalu, kami diuji dengan ujian yang paling berat dan tak mungkin tertanggung orang lain. Kami pergi untuk menjalani pemeriksaan biasa.
“Kami sepatutnya bergembira untuk meraikan jantina anak kami bersama-sama tetapi kami diberitahu, bayi kami sedang mengalami komplikasi yang tidak dapat dielakkan.
“Selepas berjumpa dengan beberapa doktor, dengan harapan salah seorang daripada mereka dapat mengatakan yang sebaliknya, malangnya, kesemua mereka mengesahkan yang bayi kami tidak dapat meneruskan kehidupan,” kongsinya lagi.
Meskipun pedih untuk menerima kenyataan, namun, Resya dan Nazrin tetap percaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
“Tiada perkataan yang mampu kami gambarkan untuk menjelaskan rasa sakit yang masih dan sedang kami rasai hingga saat ini. Kekuatan diantara satu sama lain sahaja yang kami ada untuk berpaut.
“Bayi kami merupakan bayi terpilih. Kami beritahu diri kami sendiri bahawa kami ini cukup bertuah kerana berpeluang menjaga anak syurga selama lila bulan setengah ini.
“Allah bekerja dengan caranya yang tersendiri dan walaupun pedih, kami tetap terima dan percaya perancangannya adalah yang terbaik,” kongsinya lagi.
Kongsi Resya lagi, semalam merupakan terakhir bertemu dengan anak lelakinya itu yang telah pun diberi nama Raja Emir Khalid.
“Hari ini (Selesa), kami akhirnya dapat menyaksikan bayi kami untuk mengucapkan selamat tinggal.
“Meskipun diselubungi kesedihan, kami tetap bersyukur kerana berpeluang menjadi ibu bapa kepada anak lelaki kami, Raja Emir Khalid walaupun usianya baru lima bulan setengah dan masih dalam keadaan janin di dalam perut ibu,” akhirinya.
Sekadar informasi, Resya yang juga merupakan vokalis band Margosa telah mendirikan rumah tangga bersama Nazrin pada tanggal 14 May 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Resya Rahman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI