Susulan pembedahan pada bahagian lutut (ACL) kiri pelakon Hairul Azreen, rakan artis Fazreen Rafi turut berkongsikan cerita dia pernah melalui pengalaman serupa seperti suami kepada Hanis Zalikha itu.
Menurut Fazreen, dia sebelum ini pernah menjalani pembedahan sama menggunakan tendon mayat dan adalah mustahil untuk terus boleh berjalan dengan baik sebaik sahaja selepas prosedur itu berlangsung.
“Saya pernah ACL pakai tendon mayat, lepas pembedahan memang kaki rasa nak mati masa fisioterapi first day memang nak maki hamun budak fisio tu bila suruh angkat kaki dan jalan pakai tongkat slow-slow.
“Memang rasa sangat-sangat mustahil boleh terus nak berjalan tapi terbukti ada orang boleh buat @hairulazreen,” tulisnya dalam IG Story di laman Instagram miliknya.
Dalam pada memuji kesungguhan Hairul yang perlahan-perlahan cuba berjalan sebaik selesai menjadi pembedahan, Fazreen turut menasihatkan rakan artisnya itu untuk berehat dengan secukupnya sepanjang tempoh pemulihan.
“Saya syak deria sait budak ni (Hairul) dah mati atau memang dia punya semangat tinggi jadi sakit tu dia tolak tepi je.
Ads
“Apa-apa pun semoga cepat sembuh bro. The best pun kena rest,” tulis Fazreen lagi.
Hairul kemudiannya mengulang siar IG Story Fazreen dengan memberi respon, “Haha, best pun kena rest, okay saya pakai.”
Hairul yang juga merupakan pelakon aksi lagak ngeri itu cukup terkenal dengan ‘tagline’ ‘the best never rest’ yang sering dikongsikan menerusi platform media sosial miliknya.
Terdahulu, Hairul memaklumkan dia sudah selamat menjalani pembedahan ACL lutut kiri pada Khamis lalu selepas tercedera ketika menjayakan penggambaran dalam salah satu babak filem The Original Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Roslan Shah ada memberikan peringatan buat seluruh masyarakat muslim agar sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam walaupun diri sering kali dihimpit dengan pelbagai dugaan dan masalah.
Jelas Roslan, individu yang sanggup meninggalkan Islam semata-mata kerana manusia lain ini boleh disifatkan sebagai satu tindakan yang sangat kurang bijak.
“Walau jahat bagaimanapun kita tetap ISLAM. Kerana manusia kita nak buang ISLAM. Itulah manusia yang paling Bodoh dan di hina lagi dari Allah. Karma tak cepat atau lambat Allah kasi,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Roslan menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram pada Rabu.
Katanya lagi, segala tindak tanduk kita di atas muka bumi ini pasti akan mendapat pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada cepat mahupun lambat.
Malah, Roslan turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mendoakan yang terbaik buat orang-orang di sekeliling kita agar mereka sentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh apa sahaja cabaran yang mendatang.
“Jangan fikirkan paling orang lain. Dari atas Allah boleh jatuhkan kita sampai ke bawah kita tidak tahu nanti. Please jangan buang ISLAM. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka dan Diri kita sendiri ya.
Dalam pada itu, Roslan turut berharap agar kita semua tidak mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang sememangnya mempunyai niat untuk memecah belahkan masyarakat Islam.
“Jauhkanlah syaitan iblis menghasut kita suruh tinggalkan ISLAM ya. Amin..Kita kena ada pendirian kita sebagai orang Islam bukan kerana orang atau pun sesiapa Saja.
“Takut nanti diri kita boleh memakan diri sendiri dan Allah kasi karma kepada kita …Auzubillahminzalik….,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa yang sama selain turut menyifatkan Islam sebagai agama yang sangat indah.
Sumber: Instagram Roslan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai ibu, penyanyi dan usahawan Lufya Omar sentiasa mahu melihat anak tunggalnya, Laana Haura tersenyum gembira dan ceria selalu.
Meski penat mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, Lufya tetap berasa gembira kerana dapat mengembirakan permata hatinya itu.
“Fundayyy!!!! Tengok anak happy kita pun happy. Penat buat keje rumah, penat berniaga, penat jaga anak hilang bila tengok anak senyum & happy,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini berharap pandemik Covid-19 ini segera berakhir agar orang ramai dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Malah, Lufya juga menasihati kepada orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Bilalah kita nak kembali pada kehidupan yang normal? Sama-sama kita jaga sop dengan ketat dan duduk rumah #throwback #throwback🔙 #lockdown2021
#sop #jagadiri #stayhome #covid_19 #goaway,” tulisnya sambil memuat naik foto mereka berdua.
Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laan Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut bercerai pada 17 Jun tahun lalu.
Foto: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli merasmikan Precious Of Malaysia musim ketiga sekaligus melancarkan buku Pesona Kebaya-Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) pada Malam Gala di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Ahad lalu.
Turut berkenan berangkat pada acara itu ialah Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin.
Tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato Agil Natt, Pengarah Urusan MyCar, Datuk Noor Sheena serta Pengerusi Precious Of Malaysia yang juga pereka feysen, Jonathan dan Farel Mikhail.
Menurut Jonathan Kok dan Farel Mikhail yang juga penganjur acara FM Group, mereka menyifatkan kesudian Sultanah Nur Zahirah yang berkenan merasmikan program anjurannya sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan.
“Sehingga ke saat ini, kami berasakan kesudian Sultanah Nur Zahirah mencemar duli ke acara kami bagai sebuah mimpi yang menjadi realiti. Tidak pernah terbayangkan.
“Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada tim protokol Istana Terengganu kerana sudi mendengar hajat yang kami doakan selama ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
“Semoga dengan perasmian Precious Of Malaysia dan pelancaran buku Pesona Kebaya ini menjadi satu momen indah buat kami. Tak mungkin dapat kami lupakan sampai bila-bila,” katanya.
Menurut Farel, segala sindiran dan kata-kata sinis yang cuba melemahkan semangatnya selama ini akhirnya dapat ditepis apabila terbukti Precious Of Malaysia kini menjadi sebutan ramai terutamanya dalam kalangan anak muda.
“Apa yang berlaku hari ini sebenarnya menguatkan lagi semangat kami untuk terus memartabatkan budaya Malaysia.
“Sebenarnya bukan mudah apa yang kami lalui. Dipandang rendah, disindir, dilabel syok sendiri, ‘muka tebal’ dan bermacam-macam lagi.
“Kami ini bukan robot tapi manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Kalau hati itu adalah kaca, dah lama dah berkecai tak dapat dicantum lagi.
“Namun, tuhan kuatkan semangat kami kerana arah tujuan kami jelas mahu mengangkat martabat budaya Malaysia yang menjadi identiti kita semua.
“Ditambah pula dengan kesudian Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli ke acara kami. Sungguh, gembira dan rasa syukur itu berganda-ganda,” ujarnya.
Sempena Precious Of Malaysia, FM Group telah menganjurkan International Cultural Fashion Week (ICFW) yang memberi peluang kepada para pelajar yang berlangsung pada 2dan 3 Ogos lalu di lokasi sama.
Dalam pertandingan ini, sebanyak 23 jenama berentap dan menampilkan keunikan masing-masing. Pereka muda Afiq Syazani dinobatkan sebagai juara, Rashid Moshi naib juara dan UiTM (tempat ketiga).
Selain hadiah utama, ICFW turut mengumumkan barisan pemenang bagi 10 kategori lain iaitu Best Collection, ASIAN Emerging Fashion Designer, Most Talented Fashion Designer, Up Coming Fashion Designer dan Promising Fashion Designer.
Turut diumumkan ialah pemenang bagi kategori Best Showcase, Best Cultural Inspiration, Up Lifting Traditional Design, Excellent Fashion Designer dan Best Model Catwalk.
FM Group menganjurkan pertandingan ini sebagai platform kepada pereka fesyen baharu atau sedangmencipta nama dan tahun ini, mekanismenya sedikit berbeza.
“Dua tahun berturut-turut kami libatkan pereka fesyen tempatan sahaja. Kelainan untuk tahun ini kami turut menerima penyertaan dari negara-negara serantau iaitu Indonesia dan Filipina
“Menerusi pertandingan ini, kita dapat lihat pelbagai budaya yang dibawakan menerusi fesyen dari Malaysia dan negara luar.
“Untuk Malaysia, kami ketengahkan elemen Malaysia seperti batik, songket tenun atau pun apa-apa tradisi. Dalam masa yang sama, rekaan kontemporari atau gabungan tradisional dan moden pun dibenarkan.
“Pertandingan yang berkonsepkan tradisional kali ini agak mencabar kerana melibatkan pereka fesyen dalam dan luar negara,” tambahnya.
Selain ICFW, Precious Of Malaysia juga bakal menganjurkan Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Bagi memastikan kelancaran Konsert Triad, lagenda rock Datuk Awie mendedahkan dirinya memperuntukkan sembilan jam sehari untuk menjalani sesi latihan bersama Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.