Pelakon Raysha Rizrose, 27, yang selamat bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, pada Rabu mengakui tolak ansur menjadi antara hubungan cinta mereka lebih 10 tahun terus mekar.

Raysha berkata mesti ada ketika hubungan mereka diuji, namun keduanya sepakat untuk mencari persefahaman dan kepercayaan.

“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah. Nabil ada ‘tweet’ kepada saya. 

“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur.

“Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai soal bulan madu dan cahaya mata, adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia ini mengakui mereka tidak merancang.

IKLAN

“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang.

“Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu.

IKLAN

“Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini. Soal anak pula, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan.

“Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya,” katanya yang akui perlu lebih selektif dalam pemilihan watak, seiring dengan batasnya sebagai isteri orang.

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan

IKLAN

secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.

Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.

Tanggal 26 Februari ini, pasangan sama cantik sama padan itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

@mediahiburanofficial

Pelakon Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, kira-kira jam 8.52 malam tadi. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI