Sering berlakon dalam naskhah bergenre gengster, Datuk Aaron Aziz, 47, berkata setiap ibu bapa perlu memantau kegiatan anak masing-masing dan tidak sepatutnya menghukum karya-karya seni yang dihasilkan produksi tempatan.

Ini kerana menurutnya, cerita-cerita bergenre sedemikian turut banyak dipaparkan menerusi filem serta drama terbitan luar negara yang banyak dimainkan menerusi aplikasi penstriman lain yang semakin popular kini.

“Hendak kata cerita gengster kita boleh beri pengaruh tidak baik pada anak-anak, ibu bapa kena mainkan peranan. Ini bukan soal cerita kita tidak baik, tetapi pemantauan ibu bapa terhadap bahan kandungan yang ditonton.

“Kadang-kadang pandangan masyarakat kita ini ada kalanya kelakar. Kalau drama atau filem gengster tempatan disiarkan di kaca televisyen, kononnya boleh menggalakkan budaya tidak sihat dan jenayah.

Aaron Aziz Minta Jangan Hukum Filem Gengster, Ibu Bapa Perlu Pantau; “Kena Periksa Apa Yang Ditonton Anak-Anak.”

“Tetapi bagaimana pula dengan karya luar yang mereka tonton di saluran lain? Sekarang ini, dengan adanya platform penstriman, semua orang boleh ada akses untuk tengok genre pilihan mereka.

“Anak-anak sekarang semua ada akses internet. Untuk tengok apa sahaja, mereka boleh google dan buat carian, sama ada yang baik atau tidak elok.

IKLAN

“Ibu bapa kena ambil tahu bab ini dan periksa apa yang ditonton anak-anak,” kata Aaron.

Bukan sekadar bercakap kosong, aktor kelahiran Singapura itu berkata, dia dan isteri, Datin Diyana Halik sentiasa memantau segala aktiviti tiga anak mereka menerusi telefon pintar masing-masing.

“Saya dan isteri buat perkara sama terhadap anak-anak. Tidak cuma di kaca televisyen, penggunaan media sosial juga boleh membawa unsur negatif, contohnya buli siber.

“Tidak cuma golongan remaja atau anak-anak, buli siber juga berlaku dalam kalangan orang dewasa. Jadi, didik anak-anak untuk elak melakukan hal begitu dari awal,” katanya lagi.

IKLAN

Aaron berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak mengatakan lambakan naskhah memaparkan aksi ganas dan gengster menjadi punca berlakunya perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu cukup dikenali menerusi watak gengster bernama Malek dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.

Terbaharu, Aaron sekali lagi terlibat dalam filem arahan Syamsul berjudul Original Gangster yang kini masih dalam proses penggambaran.

IKLAN

Selain itu, Aaron turut tidak menolak pelawaan rakan artis, Soffi Jikan bagi membantu memasarkan produk minyak enjin Desupe yang diusahakan pelakon itu.

Aaron Aziz Minta Jangan Hukum Filem Gengster, Ibu Bapa Perlu Pantau; “Kena Periksa Apa Yang Ditonton Anak-Anak.”

“Secara asasnya saya tolong bantu promosi produk kawan-kawan yang dah lama kenal. Masing-masing cari peluang membina bisnes.

“Tak kira apa-apa, kalau saya boleh tolong, saya tolong. Yang penting, kita buat kerja dengan ikhlas,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI