Drama bersiri berjudul Takdir Yang Tertulis kini telahpun melabuhkan tirai selepas episod akhir bersiaran pada Selasa.

Pengarah kepada drama tersebut, Shahrulezad Mohameddin atau lebih mesra dengan sapaan Budak Ijat ada menitipkan ucapan terima kasih kepada penonton yang telah memberikan sokongan kepada drama Takdir Yang Tertulis.

Dalam pada itu, Budak Ijat turut memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kelemahan sepanjang drama itu bersiaran di kaca televisyen.

“Guys.This my TYT family. Abam mewakili family havoc abam ni nak mengucapkan terima kasih pada semua penonton drama Takdir Yang Tertulis ni.

“Segala kelemahan dalam persembahan drama TYT ini abam pohon maaf seikhlas hati. Sebagai manusia biasa sudah tentu kami tak lari dari membuat kesilapan. Skrip yg kurang mantap. Lakonan yg kurang memberi. Arahan yg lemah. Gambar yg blur. Audio yg kadang kala tenggelam. Conty baju yg salah.

IKLAN

“Scene scene yg melanggar adab dan kesusilaan budaya mahupun agama. Bersentuhan tangan antara bukan muhrim dan macam macam kesalahan, kesilapan dan kekurangan lagi kdg2 berlaku di luar kawalan kita. Abam selaku ketua project TYT ini mengambil tanggungjawab ini.

“Maafkan kami okie. InsyaAllah jika diberi peluang kami akan perbaiki lagi usaha kerja kami. Dan abam harap yg baik dijadikan tauladan dan yg buruk dijadikan sempadan.

“Semoga episod terakhir yg akan keudara sebentar lagi mampu memenuhi selera hiburan senggang kalian. Ingat. Ini cuma drama yer. So jangan sampai terbawa bawa ke dunia realiti kalian.

IKLAN

“Salam sayang dari abam dan team TYT. Sampai kita berjumpa lagi di lain peluang. InsyaAllah.

“Abam sayang korang ketat ketat dan terima kasih menjadikan drama TYT ini fenomena dan kenangan manis bagi kita semua. Assalamualaikum

“*InsyaAllah abam ngan @ucheefukada akan berusaha utk bersiaran di IG live selepas tamat tayangan eps akhir sebentar nanti. Tu pun kalau abam tak tertido,” tulisnya panjang lebar.

IKLAN

“Terima Kasih Kepada Yang Menonton,”- Tamat Drama Takdir Yang Tertulis, Budak Ijat Mohon Maaf Kalau Ada Kekurangan

Takdir Yang Tertulis dibintangi barisan pelakon hebat Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Didie Alias dan ramai lagi.

Drama ini telah disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Foto: Instagram Budak Ijat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI