Sedang kita bertungkus lumus untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat anak-anak, pernahkah kita terfikir mengenai nasib para anak yatim terutamanya yang tinggal di pusat-pusat kebajikan?
Pernahkah kita bertanya adakah keperluan mereka mencukupi atau bila kali terakhir mereka merasai untuk memakai pakaian yang baru?
Sebagai golongan yang berkemampuan, tidak salah rasanya untuk kita berkongsi rezeki lebih-lebih lagi di zaman ekonomi yang serba mencabar ini.
Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon, Anzalna Nasir apabila dia ada berkongsi sebuah video memaparkan aktiviti-aktiviti kebajikannya sewaktu menyantuni para penghuni Rumah Asnaf dan Anak Yatim Nur Qasih baru-baru ini.
Ads
Menurut Anzalna, dia berasa sangat teruja apabila berpeluang untuk menyumbang barangan seperti pakaian baru dan juga permainan buat anak-anak yatim di pusat kebajikan tersebut.
Artis versatil, Elly Mazlein memuat naik video sedang melakukan ujian saringan Covid-19 di kediamanya bagi memenuhi syarat memulakan penggambaran bagi pekerja kreatif.
Menerusi video pendek yang sudah pun menerima lebih 20,000 tontonan itu, bintang yang bakal muncul menerusi single, Dusta Cinta itu seperti biasa mencuit hari netizen dengan gelagat spontannya.
“Siapppp sedia utk keroje, agitchu. Tq kakakku Dato’ @hasnizanordin. Tq juga adikku @wannsahmad_official,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun di hujung video yang menarik perhatian ramai ialah, Elly yang selesa disapa Kak Lina turut menghadiahkan sekotak limau serta biskut buat petugas kesihatan yang melakukan ujian tersebut terhadapnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan respon positif dan terhibur dengan perkongsian ibu kepada seorang cahaya mata ini selain ada yang memuji dekorasi kediamannya.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Intan Ladyana mengakui rasa berdebar untuk disatukan sebagai suami isteri bersama pasangannya, Harris Alif yang dijadualkan bakal berlangsung Jumaat ini.
Hampir setahun menjalinkan hubungan, majlis akad nikah bintang drama Bougainvillea itu bakal dijalankan di pejabat Agama Islam dengan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.
Perkara tersebut adalah sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan menerusi syarat pernikahan sepanjang musim Covid-19 ini.
“Jika tiada aral saya dan Harris akan bernikah minggu ini. Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cumanya dalam keadaan sekarang ini, contohnya dengan kes covid 19 makin meningkat setiap hari.
“Jadi agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.
“Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar. Insya-Allah, doakan kami berdua,” katanya bakal menyarungkan busana perkahwinan rekaan, Dato Ruiffai.
Meski sibuk dengan persiapan menjelang detik bergelar raja sehari, Intan masih berkesempatan melakukan satu usaha murni, iaitu menghulurkan sumbangan kepada komuniti ibu tunggal yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Inisiatif tersebut dilakukan Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, sebagai tanda menzahirkan rasa syukur di atas pelantikan beliau sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan, Seri Lady.
“Dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Siapa sangka dalam kesibukan kerja dan membuat persiapan perkahwinan, saya dilamar pula menjadi duta produk Seri Lady.
“Jadi saya terfikir apa salahnya jika saya infaqkan sedikit rezeki yang Allah SWT beri untuk dikongsi bersama golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan dan perkahwinan saya memperoleh keberkatan. Amin.
“Inilah yang membuatkan saya dan pihak Seri Lady terpanggil untuk memberi sumbangan berupa produk dan wang tunai untuk komuniti ibu tunggal yang terpilih. Mereka ini antara yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Saya sendiri dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Saya nampak macam mana ibu saya struggle untuk membesarkan kami tiga beradik. Bagaimana ibu bahagikan masa untuk keluarga dan pada masa sama bekerja demi kelangsungan hidup.
“Jadi saya faham masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu tunggal. Dikesempatan ini saya cuba untuk membantu mereka sedikit sebanyak yang saya mampu,” katanya.
Intan turut meluahkan rasa terharunya apabila pihak Seri Lady, bukan saja mempercayainya untuk menggalas tugas sebagai duta kepada jenama berkenaan, malah amat mendukung usahanya untuk sama-sama menjayakan majlis Kunjungan Silaturahim Seri Lady dan Duta Intan Ladyana Menyantuni Ibu Tunggal.
Menurut Pengasas Seri Lady, Puan Juzailah Shariff, jasa ibunya membesarkan dia dan adik-beradik sehingga mencapai ke tahap hari ini tanpa figura seorang ayah di sisi tidak mampu di balas dengan wang ringgit.
“Sama seperti Intan, saya nampak kepayahan Ummi saya membesarkan kami adik-beradik yang lain tanpa seorang suami di sisi. Kehidupan yang lebih baik kami miliki hari ini, segalanya adalah atas usaha dan pengorbanan ummi.
“Kalau bukan kerana virus Covid-19 pun, kehidupan ibu tunggal sememangnya sudah cukup mencabar dalam memegang peranan ibu dan ayah untuk membesarkan anak-anak. Apa lagi dalam keadaan sekarang ini, hilang punca pendapatan. Justeru itu kami amat berbesar hati dapat memberi sedikit sumbangan kepada mereka.
“Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Intan diatas perlantikan sebagai duta Seri Lady. Orangnya cantik, personaliti juga menyenangkan dan bebas gosip, membuatkan saya yakin Intan mampu menggalas tugas beliau dengan baik,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa kecewa apabila pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit didakwa boleh berhadapan hukuman penjara serta denda sekiranya masih meneruskan misi bantuan di Semporna, Sabah.
Di samping memuji sikap mulia Ebit yang gemar memberi bantuan kepada orang ramai, bintang drama bersiri Nur 2 ini berharap pendakwah terkenal ini dilindungi oleh Yang Maha Kuasa.
Perkara tersebut dikongsian aktor tersebut di dalam satu hantaran di Instagtam buat tatapan umum.
“Tak nak cakap banyak. Tak boleh tipu aku kecewa, marah dan geram dengan berita ni. Tak pernah dia gagal menginsafkan aku akan erti budi dan kemuliaannya.
“Tanpa gelar dan pangkat jasa baktinya tak pernah henti buat insan yang terpinggir kesan birokasi, nafsu politik, dan mabuk puji2 manusia. andai boleh ku gelar idola. Beliau adalah UEL (Uztaz Ebit Lew).
“Inilah negaraku. lindungilah insan mulia ini Ya Allah. #sumber : astro awani,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa selain turut berkongsi pendapat berhubung perkara tersebut.
Terdahulu, tular kenyataan daripada pendakwah bebas itu melalui laman sosial miliknya bahawa dia meminta maaf kepada penduduk di pulau-pulau di Semporna.
Dalam kenyataan tersebut, Ebit mendakwa tidak dibenarkan masuk ke pulau berkenaan dan diminta untuk menghentikan bantuan selain memaklumkan bahawa ia boleh dikenakan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun.
Terkini, menerusi Sinar Harian, tiada halangan untuk pendakwah terkenal itu meneruskan misi bantuan, tetapi perlu memaklumkan kepada pihak berkaitan sebagai tuan rumah di daerah berkenaan.
Pegawai Daerah Semporna, Suhaimi Ejip berkata, beliau memahami niat ikhlas Ebit Lew tetapi pihaknya tidak menerima kunjungan daripada pendakwah bebas itu sendiri dan hanya memaklumkan tujuannya untuk masuk ke pulau berkenaan selain mahu mendirikan struktur untuk pembinaan sekolah.
Suhaimi seperti yang dipetik menambah, perkara tersebut perlu mengikut protokol iaitu permohonan untuk mendirikan struktur melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu bagi tujuan pembinaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kawasan pulau.
Foto: Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui dirinya turut terhibur apabila foto-fotonya menjadi tular di media sosial yang disunting dalam pelbagai versi lucu oleh netizen.