Berita

“Terima Kasih Bertahan Dengan Perangai Papa,” – Genap 12 Tahun Perkahwinan, Fizz Fairuz Mahu Bawa Almy Nadia Tunai Haji

Share

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz merakamkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan dan hari lahir isteri tercinta yang juga aktres, Datin Almy Nadia.

Menurut Fizz, dia memanjatkan rasa syukur apabila rumah tangga yang dibina sejak 12 tahun yang lalu masih kekal bertahan sehingga hari ini.

“Selamat ulang tahun perkahwinan dan selamat ulang tahun, sayangku. Terima kasih kerana 12 tahun bertahan dengan perangai papa.

“Jaga, besarkan anak-anak dan jadi ibu yang terbaik di dalam keluarga kita. Walaupun, selalu ‘paw’ papa,” tulisnya.

Dedikasi penuh makna itu dikongsikan oleh pelakon filem Anak Halal itu menerusi satu hantaran di Instagram.

Impian Bawa Isteri Ke Tanah Suci

Dalam masa sama, Fizz turut memaklumkan dia bakal membawa Almy untuk menunaikan ibadah haji sebagai hadiah bersempena momen istimewa ini.

“Semoga berkekalan hingga ke jannah sayang. Sebagai hadiah, papa nak bawa mama pergi buat haji. Jadi, jangan minta tahu. Saya sayang awak,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Almy turut merakamkan ucapan penghargaan buat Fizz kerana sanggup mengharungi fasa susah dan senang bersama sepanjang mendirikan rumah tangga.

“Macam-macam kejadian kita tempuh bersama. Terima kasih banyak-banyak. Mama sentiasa doakan sayang, anak-anak dan diri mama sendiri agar Allah lindungi kita dari segala hal.

“Semoga Allah panjangkan usia dan murahkan rezeki kita,” kongsinya.

Sekadar informasi, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada April 2014 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizz Fairuz & Almy Nadia

Published by
Aizam Manaf