Ads

“Dulu Separuh Mati Jaga Pernafasan,”- Sarimah Ibrahim Tak Sangka Video ‘Kini Kau Tiada’ Versi Baru Tular, Kena Nyanyi Ikut Cara Gen-Z

Selebriti versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim tidak menyangka video yang memaparkan dirinya menyanyikan semula lagu hitsnya, Kini Kau Tiada bersama komposer, Brandon Lim (MFMF) mendapat perhatian banyak pihak.

Menurut Sarimah, dia sebenarnya hanya mahu memenuhi permintaan Brandon yang mempelawanya merakamkan semula lagu itu dalam versi yang baharu selama 30 saat.

“Dulu Separuh Mati Jaga Pernafasan,”- Sarimah Ibrahim Tak Sangka Video ‘Kini Kau Tiada’ Versi Baru Tular, Kena Nyanyi Ikut Cara Gen-Z

“Seperti kita tahu MFMF memang suka remake lagu. Jadi, dia ajak saya buat video baharu. Katanya, sudah lama dia tak dengar lagu ini dinyanyikan semula. Saya pun setuju

“Bila kami berjumpa, terus dia bagi versi baharu itu. Kami hanya buat rakaman untuk tempoh 30 saat sahaja. Mungkin selepas ini kita akan buat versi penuh pula,” katanya kepada MH.

Sarimah berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Pewaris Susuk, baru-baru ini.

Cabar Diri

Dalam usaha memberi nafas segar, Sarimah turut mencabar dirinya untuk menyanyikan lagu tersebut mengikut gaya generasi baharu.

Ads

“Dulu Separuh Mati Jaga Pernafasan,”- Sarimah Ibrahim Tak Sangka Video ‘Kini Kau Tiada’ Versi Baru Tular, Kena Nyanyi Ikut Cara Gen-Z

“Brandon minta saya menyanyi dengan cara gen-z. Jadi, saya pun cubalah. Saya juga tertanya-tanya, kenapa saya tak boleh guna ‘chest voice’? Katanya gen-z dan alfa ada style mereka yang tersendiri.

“Kali ini, saya menyanyi seperti berbisik. Ketika sesi rakaman di studio pada tahun 2001, separuh mati saya nak menjaga penafasan,” ujarnya berseloroh.

Sementara itu, Sarimah turut memaklumkan dirinya sentiasa terbuka jika diberikan peluang untuk merakamkan semula lagu Kini Kau Tiada dalam versi yang baharu secara penuh.

Ads

“Dulu Separuh Mati Jaga Pernafasan,”- Sarimah Ibrahim Tak Sangka Video ‘Kini Kau Tiada’ Versi Baru Tular, Kena Nyanyi Ikut Cara Gen-Z

“Kita sentiasa perlu mencipta sesuatu yang baharu. Sebagai pelakon, kita kena pilih watak yang berlainan. Sebagai penyanyi, kita menyanyi semula dengan cara yang baharu.

“Jadi, buat para anak seni yang sudah berusia, janganlah percaya bahasa usia itu adalah petanda kita kena bersara. Ramai peminat yang minta saya remake lagu ini.

“Kebiasaannya kita kena tunggu 10 tahun untuk mendapatkan keizinan hak cipta untuk kembali menyanyikan sesebuah lagu.

Ads

“Alhamdulillah lagu itu masih hidup walaupun ia satu-satunya lagu hits saya. Itu membukitkan betapa pentingnya kualiti daripada kuantiti. Ia akan meninggalkan legasi,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Dalam masa sama, Sarimah turut mendedahkan dia sebenarnya sudah pun mendapat tawaran nyanyian daripada komposer, namun dia kini hanya mahu memberikan fokus dahulu terhadap dunia lakonan.

“Dulu Separuh Mati Jaga Pernafasan,”- Sarimah Ibrahim Tak Sangka Video ‘Kini Kau Tiada’ Versi Baru Tular, Kena Nyanyi Ikut Cara Gen-Z

“Sebenarnya sudah ada komposer yang ingin memberikan lagu. Namun, saya belum buat sebarang keputusan lagi. Saya ingin fokus kepada filem dahulu.

“Tahun ini, saya ada dua buah filem bersama Prime Works. Saya bersyukur pada peringkat ini, masih ramai yang mempercayai bakat saya,” akhirinya.

Terdahulu, video nyanyian Sarimah bersama Brandon telah pun meraih hampir 300,000 jumlah tontonan di Instagram.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Bekas Isteri Andre Taulany Dilapor Polis, Didakwa Aniaya Pembantu Rumah

Bekas isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Indonesia, Andre Taulany, dilaporkan kepada pihak polis atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap pembantu rumah. Wanita berkenaan, Rien Wartia...
error: Hello. Cannot.