Pelawak dan pengacara, Ali Puteh mengakui dirinya berasa sangat rindu disaat ahli keluarganya masih lengkap lebih-lebih lagi ketika Allahyarham abangnya, Abam Bocey masih lagi di sisi.

Tambah memilukan apabila ibunya juga kini masih lagi di hospital setelah diserang penyakit semput sejak minggu lalu.

Jelas Ali, ketika ini dia hanya mampu berdoa dan seluruh ahli sekeluarga masih belum dibenarkan untuk melawat walaupun sudah hampir lima hari ibunya itu berada di hospital.

 “Rindu saat ni. Mak masih di hospital sekarang ni dan masih belom sedar dari tido. Doakan semoga mak sembuh ye. Takde ape yang mampu selain doa untuk mak kembali pulih.

“5 hari dah mak di hospital dan kami msih belom dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dan abang pergi. Tengok gambar ni terasa macam baru semalam kami semua bersama,” katanya di Instagram.

IKLAN

Menerusi entri berkenaan, Ali turut dilihat berkongsi foto ahli keluarganya sewaktu arwah Abam masih lagi hidup.

Mengakui dirinya kini sedang diuji, Ali mendedahkan dia sekeluarga akan terus beristiqomah dan mengaggap segala yang berlaku ini ada hikmahnya.

IKLAN

“Kuat ujian Allah pada kami tapi saya percaya Allah uji tanda Allah sayang dan terus istiqomah kepadanya. Semoga ada sinar buat keluarga kecil kami ini. Doakan ye,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga ibunya itu dapat segera pulih.

IKLAN

“Terasa Macam Baru Semalam Kami Semua Bersama,” – Ibu Masih Lagi Di Hospital, Ali Puteh Akui Rindu Saat Seluruh Ahli Keluarga Ada Di Sisi “Terasa Macam Baru Semalam Kami Semua Bersama,” – Ibu Masih Lagi Di Hospital, Ali Puteh Akui Rindu Saat Seluruh Ahli Keluarga Ada Di Sisi “Terasa Macam Baru Semalam Kami Semua Bersama,” – Ibu Masih Lagi Di Hospital, Ali Puteh Akui Rindu Saat Seluruh Ahli Keluarga Ada Di Sisi

Terdahulu, Ali juga merupakan salah seorang peserta program Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 bersama kumpulan Viral yang turut dianggotai pelawak, Mamak dan pelakon senior, Roy Azman.

Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 akan bersiaran pada setiap Jumaat jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (107).

Sumber: Instagram Ali Puteh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI