Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor mengakui mengalami masalah saraf iaitu Bell’s Palsy yang menyerang bahagian muka sebelah kirinya sejak tiga minggu lalu.

Lalu penyanyi Terlalu Istimewa ini giat menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi sebagai antara kaedah pemulihan.

Menerusi laporan Harian Metro, hal tersebut awalnya berlaku ketika bintang itu mahu berkumur untuk gosok gigi.

“Sebenarnya perkara ini sudah berlaku tiga minggu lalu. Ketika itu saya perasan ketika berkumur sewaktu gosok gigi. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor.

“Jadi saya pun pergi ‘shooting’ dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Ia macam senget sikit.

“Saya punya huruf T pun menjadi macam terlalu rapat dan huruf S pun bunyi lain. Memandangkan ia berlaku pada hujung minggu dan saya masih ‘shooting’, jadi saya tak dapat pergi hospital.

IKLAN

Pada keesokan harinya saya pergi jumpa doktor dan dia terus panggil doktor pakar. 

“Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan saya alami Bell’s Palsy. Ia keadaan yang menyerang saraf pada bahagian muka sebelah kiri.

“Jadi, sejak tiga mggu lalu, saya setiap hari pergi buat fisioterapi untuk cepat baik sebab saya nak kerja dengan normal. Sebab Alhamdulillah, ada lah juga orang panggil ‘shooting’. Saya tak nak lah muka senget,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Adibah pada masa sama menjelaskan, selepas menjalani 10 sesi rawatan terdapat banyak perubahan dan berharap keadaanya segera pulih seperti  biasa.

“Selepas tiga minggu ada perubahan ketara. Sebelum ini kalau senyum bibir tak naik langsung. Sekarang okay lah sikit. Cuma, macam hari ini saya dapati ketika bercakap bibir tak senormal sebelum ini. Walupun ada banyak perubahan. 

“Apa boleh dikatakan, saya hampir sembuh dan semakin pulih. Perkara ini tak perlu masuk wad pun. Saya cuma datang hospital setiap hari buat fisioterap di wajah. 

IKLAN

“Ikutkan ada dua sesi lagi. Sebab saya ambil 12 sesi. Kalau selepas ini saya rasa masih perlukan rawatan saya akan teruskan.

“Tapi, insya Allah mungkin selepas ini dalam lima ke enam kali lagi okay dah. Insya Allah,” katanya lagi.

Adibah sebelum ini ada berkongsi perkembangan terkini Bell’s Palsy yang dialaminya menerusi Instagram.

Sumber, Foto: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI