Penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah mengakui rasa bangga apabila menjadi satu-satunya penyanyi dalam kategori usia warga emas yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Bintang hebat berusia 62 tahun itu bakal bersama-sama rakan duet, Wany Hasrita menerusi lagu Belenggu Rindu bersaing di malam anugerah muzik ifu yang bakal berlangsung Februari depan.
Bagaimanapun, Jamal menyifatkan situasi itu agak kelakar dan di luar jangkaan.
“Saya pernah menyertai AJL yang pertama pada 1986 menerusi lagu Perjalananku dan Cinta Yang Terbiar yang kedua-duanya dinyanyikan penyanyi lain.
“Selepas itu menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir dan Ghazal Untuk Rabiah duet brsama Datuk M Nasir.
“”Kali ini saya berduet dengan Wany Hasrita pula. Saya sebenarnya memang sengaja nak tumpang populariti artis yang sedang meningkat naik,” katanya.
Menerusi laporan Harian Metro, Jamal berkata, dia mempunyai formula untuk terus kekal dalam industri muzik dan pertaruhan itu dilihat menjadi.
“Strategi saya nampaknya menjadi hingga berjaya ke AJL35. Saya terbabit dalam lagu ini kerana ditawarkan oleh Hael Husaini dan Ezra Kong serta pemilik syarikat rakaman FMC.
“Saya nampak ini satu formula berkesan dan akan terus mengekalkannya. Untuk AJL nanti, saya kena motivasi diri bertanding dengan artis muda yang boleh dipanggil anak. Saya tak boleh mengalah dan merendah diri.
“Dah masuk dalam itu saya kena teruskan. Yang bertanding pun hebat dan sekarang zaman mereka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Jamal turut berduet dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu Neraca dan sebuah lagu lain.
“Penggambaran muzik video Neraca dibuat hari ini. Judul asalnya ialah Wuduk tapi akhirnya ditukar kepada Neraca.
“Banyak lagi projek begini yang akan saya buat nanti. Ada tiga, empat lagu lagi. Jika ada rezeki, saya akan mengumpulkan semua lagu-lagu ini bagi diterbitkan dalam sebuah album istimewa,” katanya.
Sementara itu, Jamal juga tidak kisah jika dikatakan menumpang populariti artis lain untuk kekal dalam industri muzik.
“Selama ini pun hidup saya menumpang atas bumi Tuhan. Apa sahaja yang sesuai, saya akan buat. Saya pun ada lagu solo berjudul Yang Memiliki ciptaan Raja Sham. Proses rakaman sudah selesai dan hanya tunggu masa untuk buat muzik video.
“Lagu Neraca dan Yang Memiliki diterbitkan di bawah syarikat rakaman Universal Music. Boleh dikatakan ini adalah cabang rezeki buat anak-anak saya terutama Azura dan Zack,” katanya yang turut bersyukur atas rezeki yang dikurniakanNya.
Terdahulu, 12 lagu diumumkan layak ke AJL35 iaitu Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta), Hati (Hael Husaini), Semalam (Aina Abdul), Peluang Kedua (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Gundah (Ernie Zakri).
Empat buah lagi lagu yang turut mara ialah Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Eh (Zizi Kirana).
AJL35 akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 7 Februari tahun depan.
Hantaran yang dimuat naik Lan menerima reaksi pelbagai wargaet yang rata-ratanya meminta Lan untuk terus membuat laporan polis dan tidak kurang yang menyifatkan ia dugaan di dalam mencari rezeki.
Sekadar infomarsi, kedai serbaneka milik Lan, Solo Borneo Mart menyediakan pelbagai barang jualan daripada Sabah dan Sarawak untuk dijual pasaran Semenanjung Malaysia.
Foto: Instagram Lan Solo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil tekad untuk tidak menyertai Gegar Vaganza (GV) meski mengakui ada menerima jemputan untuk turut sama bersaing menerusi program hiburan realiti itu sebelum ini.
Rohana, 65, berkata, atas faktor usia, dia lebih selesa untuk hadir ke konsert mingguan pertandingan tersebut bagi memberi sokongan kepada rakan artis yang bertanding.
“Memang ada jemputan untuk terlibat dalam GV tapi saya tak akan masuk. Saya sudah 65, tahun depan 66 tahun. Setakat menyanyi atas pentas membuat persembahan itu tiada masalah, tetapi bukan untuk bertanding.
“Rakan artis lain yang sebelum ini pun ada yang masuk dan secara langsung kita sudah tahu macam mana perjalanan dan komitmen yang diperlukan. Saya bimbang kalau tidak boleh nak ikut,” katanya.
Rohana turut mendedahkan, dia ada menerima pelawaan untuk terlibat dalam GV8, tetapi memilih untuk tidak menyertainya.
“Mereka ada juga panggil untuk tahun depan, tetapi saya pilih untuk tidak ambil. Tak naklah, dah tua. Saya suka berikan sokongan pada artis bertanding.
“Kadang-kadang sampai segan juga sebab asyik hadir menonton. Bagaimanapun saya hormati mereka yang berada di pentas GV. Mereka berani sahut cabaran.
“Komen netizen pun macam-macam. Saya bukan tidak boleh terima kritikan, tetapi mungkin sebab saya sudah berusia. Kilafairy dan anak-anak lain pun memang tidak setuju kalau saya masuk.
“Kalaulah ketika itu umur saya 50 tahun, mungkin saya boleh pertimbangkan tawaran tersebut,” katanya yang bersyukur kerana tawaran nyanyian masih lagi ada.
Dalam perkembangan lain, Rohana kini terlibat dalam perniagaan import dan eksport daging frozen dan mentah, Rohana Jalil Resources Sdn Bhd dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.
Bisnes yang baru sahaja diusahakannya itu turut mendapat sokongan suami serta ahli keluarganya lain.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.