Ayu Damit menyifatkan penantiannya selama enam tahun untuk menyertai program Gegar Vaganza (GV) akhirnya berbaloi tahun ini.
Jelas bintang kelahiran Sabah ini, dia sebolehnya mahu menyertai pertandingan hiburan realiti itu sejak musim awal ia diterbitkan.
“Saya cuba untuk sertai pertandingan ini sejak musim pertama lagi. Saya tunggu dan tunggu.
“Jadi tahun ketujuh baru dapat peluang. Rasa gembira dapat peluang ini, apatah lagi apabila berjaya mara ke peringkat akhir. Alhamdulillah,” katanya.
Meski prestasinya tidak begitu konsisten, namun Ayu komited untuk cuba memberikan yang terbaik.
Ads
“Walau ada naik turun dalam kedudukan saban minggu sebelum ini, bila dapat tempat ketiga, jadi satu kepuasan buat diri-sendiri,” katanya syukur.
Sebelum ini, Ayu yang sinonim menerusi single Hanya Di Mercu, mengakui pernah tersilap langkah hingga menyebabkan kerjaya nyanyiannya kurang menyerlah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ads
Katanya kepada Media Hiburan, meski pelbagai naskhah diketengahkan, namun ia dilihat masih kurang berjaya mengembalikan sinaran populariti yang pernah dikecapi.
Lalu, Ayu mengambil peluang yang ada di GV7 untuk membuktikan kebolehan, seterusnya cuba memberikan yang terbaik buat yang tidak putus memberikan sokongan.
Ads
“Ini satu pentas yang besar. Malah suami turut cakap, penyertaan dalam GV7 ini mungkin satu platform terbaik untuk buktikan yang diri ini masih lagi aktif menyanyi.
“Dah lama tak keluar televisyen, jadi inilah peluang terbaik kembali perkenalkan diri semula. Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, konsert akhir GV7 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Astro Ria dan Ria HD malam tadi menyaksikan vokalis kumpulan Projek Pistol, Cliff Umar diumum sebagai juara, sementara Muss di tempat kedua.
Foto: Astro (Azrul Rafie)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Mira Filzah meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikecapinya dan bergelar seorang isteri pada tahun 2020.
Meski penuh dengan pancaroba, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah tetap menggangap tahun 2020 sebagai satu tahun yang indah bagi dirinya.
Di samping itu, bintang drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan ini turut mengimbau beberapa keping foto dan momen sepanjang tahun 2020 di akaun Instagram miliknya.
“Thank you Allah for blessing me much more than I deserve.
“Syukur Alhamdulillah for every day and for everything. I found my soulmate! Beautiful year, thank you 2020 #topnine2020,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan selamat tahun baru kepada aktres berusia 27 tahun itu.
Imbas kembali, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Wan Astar pada 3 Ogos lalu.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski belum ditayangkan, sebuah animasi terbitan lokal, Robozeta bagaimanapun telah berjaya mencuri perhatian negara luar apabila dilamar oleh sebuah stesen televisyen antarabangsa, baru-baru ini.
Diproduksikan oleh syarikat Red Circle Studio Sdn Bhd bersama barisan pasukan animasi yang berbakat besar, peluang keemasan tersebut berjaya diraih mereka meski seluruh dunia masih kebimbangan berdepan pandemik Covid-19.
Pengarah Robozeta, Muhammad Dzahiruddin Ahmad Zabidi, berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian itu kerana Robozeta adalah sebuah siri baharu yang belum pernah diuji kehebatannya sebagaimana siri animasi popular yang lain seperti Ejen Ali, Upin & Ipin mahupun BoBoiBoy.
“Sebuah syarikat penyiaran TV popular antarabangsa amat berminat untuk menjadikan Robozeta sebagai salah satu program siarannya.
“Bagaimanapun ketika ini kami masih terikat dengan kontrak bersama pihak Astro Ceria,” katanya.
Tambah Dzahiruddin lagi, pihaknya mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi syarikat penyiaran dan stesen TVantarabangsa untuk menguji sejauh mana Robozeta mampu mengembangkan pengaruhnya sebagai program kanak-kanak yang relevan untuk tontonan dunia.
“Oleh kerana dunia dilanda penularan pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini, Red Circle Studio tepanggil untuk mengintai peluang mendekati syarikat penyiaran dan pengedar program antarabangsa untuk melihat sejauh mana Robozeta ini mampu diterima negara luar.
“Dengan cara itu, secara tidak langsung mewujudkan hubungan dua hala yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Tambahan pula, ketika ini banyak kerja-kerja produksi tergendala akibat pandemik Covid-19 menyebabkan banyak stesen TV ketandusan bahan siaran kerana tiada program baharu.
“Syarikat penerbitan antarabangsa sememangnya mengalu-alukan kandungan progrom dari luar, bagi menampung kekosongan yang ada,” katanya lagi.
Bermula dari sebuah pertandingan, sekaligus muncul pemenang program IPCC 2016 MDEC, Red Circle Studio Sdn Bhd mengembangkan Robozeta daripada sebuah projek pilot sebelum mengorak langkah lebih berani menghasilkan siri animasi 13 episod.
Menerusi peruntukan dana hampir setengah juta diperoleh dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), yang boleh dianggap agak kecil berbanding dana diterima produksi lain, Red Circle Studio Sdn Bhd, membuktikan mereka mampu menghasilkan karya setanding antarabangsa.
Percaya bahawa membina jenama yang kukuh di negara sendiri sentiasa menjadi keutamaan, Robozeta mengisahkan tentang lima adiwira iaitu Riko, Jango, Rexx, Bepop dan Ely. Dimana kelima-lima Adiwira ini bersatu untuk mempertahankan Zenochip.
Kesemua 13 episod siri animasi ini sudahpun siap sepenuhnya dan episod pertamanya sudah ditayangkan semalam, di Astro Ceria, jam 4.30 petang setiap Sabtu dan Ahad.
“Untuk informasi, Robozeta adalah sekumpulan adiwira cilik yg melindungi bandar Zetania dari ancaman musuh iaitu geng Kalabera yang berhasrat merampas sebuah chip dikenali sebagai ZenoChip. Yaitu sumber kuasa yang mampu memenuhi segala impian mereka.
“Kelima-lima adiwira ini mempunyai perwatakan yang berbeza. Riko misalnya merupakan kapten dalam pasukan ini memiliki sikap kepimpinan yang tinggi. Janggo pula adalah orang kanan kepada Riko yang sangat terkenal dengan kegarangannya, paling handal namum pendiam dan baik hati.
“Sesuai dengan namanya Bepop pula adalah seorang yang periang dan kelam kabut. Bepop adalah pencetus komedi dalam siri animasi ini. Sementara Rexx berbadan sasa, malangnya sedikit lembap akan tetapi kekuatannya terletak pada saiznya yang besar.
“Terakhir sekali adalah Ely, satu-satunya perempuan yang sering menjadi penasihat dan penyejuk dalam pasukan ini setiap kali mereka berdepan masalah.
“Paling istimewa, apa yang membezakan Robozeta dengan adiwira yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sebelum ini, selain kuasa dan kenderaan istimewa dimiliki kelima-lima adiwira tadi, mereka juga boleh bergabung menjadi sebuah mecha robot. Dimana idea ini belum pernah diguna pakai dalam penerbitan siri animasi di Malaysia.
“Kalau di Jepun dan Eropah, Mecha robot ni adalah sesuatu yang biasa tapi di Malaysia, Robozeta adalah yang pertama,” katanya terinspirasi daripada konsep Super Sentai yang popular sekitar 90-an.
Tidak hanya menitik beratkan lakaran dan efek animasi yang hebat, Dzahiruddin turut menyifatkan terapan nilai murni dan mesej khidmat masyarakat menjadi tunjang utama kekuatan Robozeta.
Dalam mempamerkan kehebatan Robozeta, pemahaman mengenai amalan membuang sampah yang betul, kepentingan mengawal pemakanan, limitasi menonton TV atau bermain gajet supaya tidak berlebihan, antara nilai yang diterapkan supaya dapat mewujudkan kepekaan tentang tanggungjawab si kecil pada diri, ibu bapa, persekitaran dan manusia sejagat.
“Topik-topik yang dibawakan setiap minggu amat bersesuaian untuk tontonan setiap peringkat usia dan bangsa. Garapan cerita yang disesuaikan dengan adiwira cilik, kenderaan berkuasa tinggi serta mecha robot juga adalah sesuatu yg boleh dikaitkan dengan penonton dewasa seperti kegilaan kita menonton karya-karya transformers,” katanya.
Berdurasi selama 22 minit, Robozeta adalah siri animasi 3Dberbahasa Melayu dan bergenre aksi komedi.
Setelah berehat selepas kematian suaminya dari membuat persembahan di dalam acara besar, penyayi dan pelakon, Bunga Citra Lestari tampil membuat kemunculan di pentas berprestij bersama Ariel Noah pada malam Anugerah Muzik Indonesia 2020 (AMI) yang berlangsung minggu lalu.
Pada majlis anugerah tahunan itu, Bunga dan Ariel telah membawakan lagu popular, Menghapus Jejakmu secara duet.
Persembahan tersebut ternyata turut dinanti-nantikan selain barisan pemenang untuk setiap kategori muzik yang dipertandingkan.
Malah, persembahan tersebut turut menjadi tumpuan pencinta muzik.
Video persembahan mereka kemudiannya turut dimuat naik laman Youtube RCTI dan setakat ini telah meraih lebih 2 juta tontonan.
Melihat keserasian mereka sewaktu berada di atas pentas, ada wargamaya yang menyifatkan keduanya kelihatan cukup serasi.
Selain memuji persembahan yang dilakukan keduanya, rata-ratanya juga kagum dengan keakraban mereka berdua dan perkara tersebut ditinggalkan pada ruangan komen.
Terdahulu, menerusi ruangan Instagram, ibu kepada seorang anak itu juga ada memuat naik beberapa hantaran, berkongsi momen-momen bersama Ariel sewaktu menjalani sesi rehearsal anugerah tersebut.