
Personaliti TV, Iesya Toh ada memberi gambaran secara asas mengenai pembedahan yang dikenali sebagai bariatrik.
Ini kerana, kebelakangan ini ia semakin menjadi pilihan dalam kalangan pesakit obesiti khasnya yang dilihat sebagai salah satu kaedah penurunan berat badan terbaik yang berkesan.
Bagaimanapun, Iesya turut meminta jika ada individu yang melakukan prosedur tersebut supaya tidak menipu peminat dengan menjual ubat kurus selepas itu.
“Ramai tanya operation potong perut tu mcmne? Hah yang ni la.
“Ramai selebriti yang buat! Memang kurus! Tapi tolong laa jangan tipu orang dengan wujudkan produk kurus!!
“Kat Europe mmg dah lama buat bariatrik ni, untuk kesihatan. Yang ada diabetic & kolestrol tinggi, Alhamdulilah terus hilang.
“Yg penting consistent jaga pemakanan #GambarHiasan,” tulisnya pada satu hantaran menerusi Instagram.
Pembedahan tersebut juga sebenarnya bukan semata-mata untuk mengurangkan berat badan, sebaliknya dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan dalam jangka masa panjang.
Secara asasnya, pembedahan bariatrik terbahagi kepada tiga iaitu Sleeve Gastrectomy, Gastric Bypass dan Adjustable gastric band atau Band Gastrik boleh laras.
Foto: Instagram Iesya Toh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Minta Blogger Memadamkan Posting Tersebut & Membuat Permohonan Maaf Secara Terbuka Dalam Masa 3 Hari Atau…,” – Zara Zya

Pelakon, Zara Zya difahamkan bakal mengambil tindakan terhadap blogger yang didakwa telah membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya.
Makluman tersebut telah dibuat Zara menerusi Instagram beberapa jam lau dan dia turut memberi 10 perkara mengenai perkara berkaitan.
Berikut adalah apa yang ditulis bintang berkenaan;
Assalamualaikum…
1. Terdapat satu posting bertajuk “Hari kekasih kantoi leher zara zya penuh love bite?”melalui blog KAMI di facebook yg cuba menjatuhkan reputasi zara.
2. Kenyataan fitnah tersebut langsung tidak berkaitan dengan Isi kandungan artikel tersebut.
3. Zara percaya blogger tersebut cuba mendapatkan populariti murahan dengan tajuk-tajuk sensasi namun ianya jelas satu fitnah dan menjatuhkan nama baik zara.
4. Tajuk tersebut jelas memberikan gambaran negatif dan menimbulkan salah faham sekiranya pembaca hanya membaca tajuk tanpa membaca isi kandungan seluruhnya.
5. Zara telah dimaklumkan oleh beberapa peminat tentang fitnah tersebut dan terus merujuk kepada peguam peribadi.
6. Peguam zara iaitu Dato’ Hifdzi Hamzah telah menyatakan bahawa tajuk tersebut jelas satu bentuk fitnah yang boleh dikenakan tindakan undang2.
7. Zara meminta blogger tersebut memadamkan posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 3 hari atau zara akan mengambil tindakan undang2 bagi membersihkan nama baik dan reputasi zara.
8. Fitnah tersebut turut memberikan kesan buruk kepada imej keluarga dan perniagaan zara.
9. Zara berharap pihak2 di luar sana tidak mengambil kesempatan di atas populariti seseorang artis untuk kepentingan peribadi.
10. Gambar pelakon @zarinazainuddin_ juga dijadikan sebagai muka depan yg tiada kena mengena dgn tajuk blog tersebut.
View this post on InstagramA post shared by Zara Zya (@zarazya) on
Foto: Instagram Zara Zya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bayangkan Ia Berkumpulan & Ahli Yang Bukan Calang-Calang…,” – Mulanya Nak Gabung Pemuzik 3 Negara, Namun Osem Han Teruskan Supernova Secara Solo

Selepas kejayaan single lagu pertama, Pilihanku, penyanyi kelahiran Singapura, Osem Han tampil pula dengan single lagu kedua berjudul Supernova.
Supernova dicipta Osem sendiri bersama temannya yang juga seorang gitaris, Alif Putra yang mengisahkan tentang semangat perjuangan diri untuk tidak mudah berputus asa dalam kehidupan.
Menurut Osem, Supernova begitu istimewa buat dirinya kerana ia sebuah nasihat dan motivasi yang berguna buat semua lapisan masyarakat.
“Seperti makna Supernova iaitu api yang paling panas dan cahaya yang paling terang, api itu adalah semangat dan cahaya itu harapan. Dan ia sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat. Kerana itu juga terdapat kanak-kanak dalam babak muzik video Supernova.
“Selain motivasi pemberi semangat, sisi lain lagu ini juga ada unsur-unsur persahabatan dan realiti kehidupan masa kini,” katanya.
Sementara itu, muzik video single berkenaan diarahkan oleh Amylea Azizan.
Dalam pada itu, beritahu Osem, dia sepatutnya menjayakan Supernova secara berkumpulan membabitkan dua lagi ahli muzik popular dari negara Malaysia dan Indonesia.
Namun, kerana kegagalan memenuhi komitmen tertentu, Osem meneruskan Supernova secara solo.
“Ketika mencipta Supernova, saya membayangkan lagu ini dipersembahkan secara berkumpulan dan ahli kumpulan saya ketika itu juga bukan calang-calang orangnya
“Siap dah bikin muzik video bersama lagi, tetapi nak buat macam mana kan, kerana komitmen masing-masing sehingga sukar menguruskan jadual untuk disatukan bersama, kami mengambil langkah untuk tidak meneruskan hasrat tampil berkumpulan.
“Muzik Video yang sudahpun siap untuk ditayangkan juga terpaksa disunting semula agar ia bersesuaian dengan konsep persembahan solo,” tuturnya.
Tahun lalu, selepas 30 tahun terbabit dalam dunia seni muzik, Osem memberanikan diri tampil dengan single pertamanya berjudul Pilihanku.
Pilihanku berjaya menembusi carta Radio Ria Singapura menduduki tangga kesembilan. Malah Pilihanku masih lagi diputarkan di radio-radio Singapura sehingga kini.
“Sejujurnya saya sendiri tidak sangka single pertama saya mendapat sambutan yang sangat baik di Singapura tanpa sebarang promosi.
“Dan pada mulanya saya tidak yakin ia mampu menjadi hits dan sambutan yang menggalakkan itu buatkan saya lebih yakin untuk meneruskan ciptaan single lagu kedua pula iaitu Supernova,” ujarnya.
Sementara itu, Supernova sudah boleh dimuat turun di semua pelantar digital termasuklah di youtube Seventeen Eleven yang kini berjaya meraih lebih 60,000 tontonan sejak dilancarkan 19 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Pelik Kenapa Dia Berkelakuan Begitu, Tetapi Bila Jumpa…,” – Duo Kembar AishaHanim ‘Konfius’ Dengan Iqram Dinzly? Tak Pernah Taja Hidup Dia Pun!

Penyanyi duo, AishaHanim menafikan mereka menaja pelakon kehidupan pelakon kontroversi, Iqram Dinzly.
Sebaliknya, penyanyi yang juga pasangan kembar, Syazara Aisha dan Hanim Fariza Abu Bakar, 36, itu menyifatkan hubungan mereka tidak ubah seperti adik-beradik memadangkan mereka sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu.
Meski rasa ‘pelik’ dengan karektor Iqram, namun keduanya positif dan menganggap pelakon itu mempunyai alasan tersendiri, terutamanya mengenai tindak-tanduk Iqram di media sosial.
View this post on InstagramThanks guys! Yg undi kami di @era.je carta 40 ! Love ❤️ ❤️🥰
A post shared by Aishahanim 0192122116 (@aishahanimofficial) on
“Sejujurnya, tidak timbul pun istilah kami taja atau spedo Iqram sebagaimana yang disangka. Iqram telah kami anggap sebagai adik sendiri. Kami kenali dia lebih dua tahun lalu.
“Memandangkan kami sedang dengan dia, jadi kami menawarkan Iqram untuk menjadi model jubah jersi keluaran kami.
“Dia juga rajin mempromosikan pakaian tersebut dan kerjasama yang terjalin begitu positif,” ujar Aisha.
Sementara itu Hanim turut menambah, mereka juga sebolehnya mahu melihat rakan baiknya itu hidup dalam keadaan yang lebih baik dan tidak mahu melihat Iqram terus larut dibuai kontroversi sebagaimana sebelumnya.
“Kami bagi dorongan kepada Iqram. Ibunya juga ada menyuruh kami memberikan nasihat kepadanya. Sebenarnya, kami juga seperti orang lain.
“Pada awalnya, kami turut pelik kenapa Iqram berkelakuan sedemikian di platform media sosial? Tetapi, bila berjumpa dengannya, dia sama seperti orang lain.
“Apa pun, pasti Iqram mempunyai alasan tersendiri mengapa dia membawa perwatakan sebegitu di laman sosial. Apa yang penting, kami mengenali hati budinya.
“Kalau orang luar mahu bercakap itu dan ini, ia terpulang,” kata Hanim yang turut menjelaskan, mereka juga sebelum ini terlebih dulu mengenali arwah kakak Iqram.
Dalam perkembangan lain, AishaHanim pernah muncul dengan beberapa buah single dan terbaru, mereka muncul dengan single berjudul Angkara.
Dirakam sebelum Ramadan lalu, Angkara turut diangkat menjadi lagu tema drama bersiri Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat bersama Remy Ishak yang bersiaran di TV3.
Menerima maklum balas yang baik dari pencinta muzik, single berkenaan juga respon kini turut memasuki Carta ERA 40 dan muzik videonya juga sudah pun ditonton lebih 60,000 di YouTube.
Sementara itu, Iqram yang kini mahu dikenali dengan nama Iq Dinzly menganggap pasangan kembar itu mempunyai personaliti yang baik dan tidak pernah menghakimi sesiapa.
“Bagi saya, mereka seperti bidadari yang hadir dalam hidup. Mereka mempunyai hati yang baik.
“Misalnya bila orang lain pandang saya pelik, mereka pula hadir membantu,” katanya yang masih menyimpan minat untuk kembali berlakon andai ada tawaran sesuai.
Pada masa sama, Iqram turut berhasrat membuka saluran YouTube sendiri, tidak lama lagi.
View this post on InstagramUndi Carta Era 40 u alls..!! Thank you for Support! 🌹❤️
A post shared by Aishahanim 0192122116 (@aishahanimofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI