Penyanyi, Noraniza Idris menyifatkan segala kecaman dan hinaan yang diterimanya selama ini tidak pernah mematahkan semangatnya untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukannya terutamanya sewaktu bersaing di pentas Gegar Vaganza musim ke-7.

Menurut Noraniza, dia percaya dengan segala ketentuan yang maha esa yang telah pun mempermudahkan perjalanannya selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris)

 “Lagi banyak hentaman & kecaman, lebih luas rezeki itu terbuka. Lagi tersebar hinaan & kutukan, lebih mudah jalan itu dihidangkan.

“Percaya dengan rezeki dan ketentuan adalah rahsia untuk terus bertahan. Alhamdulillah syukur atas semua ini untuk Kak Ani,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tinting ini turut meluahkan ucapan penghargaan buat semua juri serta tenaga produksi yang percaya dengan kebolehannya ketika beraksi di GV7.

IKLAN

“Terima kasih buat penyokong dan pejuang seni yang tak pernah menghakimi jauh sekali mencerca. Terima kasih barisan juri profesional & pihak produksi yang cukup arif menilai. Kak Ani sangat hargai setiap satunya.

“Istimewa, terima kasih buat keluarga pengurusan @mindorder yang sentiasa positif dan terus bersama hingga ke akhir garisannya. Kalian adalah kekuatan untuk Kak Ani. Jumpa Kak Ani di pentas akhir #GV7 nanti ok!,” kongsinya lagi.

IKLAN

Menerusi sebuah lagi posting berasingan, Noraniza mendedahkan sepanjang sembilan minggu beraksi di pentas GV7, dia telah pun memberikan yang terbaik walaupun ada kalanya persembahannya dilihat tampak kurang sempurna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris)

 “Kak Ani bersyukur akhirnya tiba ke penghujung. 9 minggu bertarung, siapa sangka sampai ke pentas akhir #GV7.

IKLAN

Semua genre Kak Ani dh cuba, walaupun ada yg tak sempurna, tapi Kak Ani puas sebab penuhi segala cabaran yg diberikan,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Noraniza telah berjaya melangkah ke pentas akhir bersama enam lagi peserta lain iaitu Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ayu Damit dan Cliff Omar.

Pada malam semi final tersebut, Noraniza telah dikritik hebat oleh warga maya kerana telah membawakan lagu Bollywood berjudul Chaiyya Chaiyya dengan versinya yang tersendiri.

Sumber: Instagram Noraniza Idris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI