Penyanyi Tajul Arif atau nama sebenarnya, Tajul Arif Nood Md Shari,22, menyifatkan perkahwinannya bersama isteri, Nurul Shamieza,24, sejak tiga tahun lalu menjadikan hidupnya lebih teratur.

Malah kehadiran puteri sulung mereka, Adriana Carisa yang kini mencecah usia setahun dua bulan turut menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk terus membina nama dalam kerjaya seni.

“Alhamdulillah hidup saya kini lebih teratur dan bahagia, sejak ada anak ni saya rasa lebih bersemangat untuk tingkatkan kerjaya saya, saya nak isteri dan anak saya rasa hidup senang dan selesa,” katanya.

Mula bergelar sebagai anak seni di tahun 2016 hingga kini, Tajul telah menghasilkan hampir 10 buah lagu termasuk lagu solo, duet dan lagu raya.

Terkini, Tajul telah pun muncul dengan single Izinkan Aku dan buat pertama kalinya Tajul menyanyikan lagu ciptaan pendatang baru, Tuah Adzami.

Lagu yang berkisarkan tentang cinta berentak balada ini turut mendapat sentuhan lirik dari tajul sendiri.

Namun ada sesuatu kejadian yang berlaku di sebalik tabir sewaktu rakaman vokal sedang di jalankan.

 

“Sebenarnya saya taknak sebut tentang hal ni, sebab saya tak suka besar besarkan perkara yang remeh.

“Tapi kalau dia masih nak bermasam muka itu hak dia. Sebab saya lebih suka bersikap profesional,” jelas Tajul.

Khabarnya, telah berlaku selisih faham antara Tajul dan Tuah Adzmi sewaktu sesi rakaman berlangsung.

Malah, keduanya dikatakan saling bertikam lidah dan hampir tumbuk menumbuk.

“Ya saya mengaku ada silap saya, tetapi bila dia taknak faham keadaan saya waktu itu dan menuduh saya membuat rakaman sambil lewa, saya tak boleh terima.

“Kebetulan saya kurang sihat dan tak cukup tidur kerana malam sebelum tu anak saya meragam.

“Sebab itu tumpuan dan suara saya agak kurang baik sewaktu rakaman tu berlangsung,” katanya lagi.

Atas hal yang berlaku, Tajul hampir meninggalkan studio kerana terlalu berang dengan sikap Tuah Adzmi.

“Saya cuma minta dia faham keadaan saya dan minta tangguhkan sessi rakaman tetapi beliau tetap memaksa saya selesaikan rakaman vokal dan mengeluarkan kata-kata yang tak sedap saya dengar.

“Ia mencabar tahap kesabaran saya, apa pun setelah dileraikan dan wakil FMC ada menghubungi, pergaduhan kami tamat di situ.

“Malah saya juga sudah pun minta maaf pada Tuah. Saya amat menyesali atas apa yang berlaku, dan mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi” katanya.

Walaubagaiman pun, proses rakaman dapat diselesaikan setelah beberapa jam berikutnya.

“Sudah nak masuk tahun baru, tambahan pula saya kini suami orang dan bergelar ayah, jadi saya tidak mahu perkara negetif mengganggu hidup dan perjalanan kerjaya saya.

“Apa yang saya lakukan kini hanyalah untuk isteri dan anak saya. Saya nak cari nafkah yang halal sebanyak mungkin demi mereka berdua,” akui Tajul yang turut mengharapkan agar single terbarunya itu diterima baik peninat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI