Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi foto rumahnya di laman Instagram hari ini.

Kisahnya, setiap kali melihat rumahnya itu, dia teringat saat mula-mula berniaga dan bagaimana dia berusaha keras untuk menjadi seperti sekarang.

“Sy suka tngok umah saya..sbb saya menjadi semngat utk berusaha lagi walapun kekdang rasa dah letihhh.

“Setiap kali tengok rumah ni sy akan ingat betapa susahnya saya bermula berniaga di pasar dan susahnya mencari duit yg halal dlm bisnes.

IKLAN

“Hanya irg bisnes tahu onak duri berbisnes, bkn glamer dan terus senang.

“Syukur akhirnya rumah ni siap dan ada cf hasil kerja @ident_3 @ident_3 adalah atkitek saya yg setia walapun dah ramai kontrator lari dan menipu utk menyiakan rumah 3tingkt ni,” tulisnya.

IKLAN

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut terharu dan menjadi kisahnya itu menjadi inspirasi buat netizen lain.

IKLAN

“Tengok Rumah, Akan Ingat Betapa Susahnya Saya Bermula Berniaga Di Pasar,” – Mahligai Indah Jadi Inspirasi Aliff Syukri “Tengok Rumah, Akan Ingat Betapa Susahnya Saya Bermula Berniaga Di Pasar,” – Mahligai Indah Jadi Inspirasi Aliff Syukri “Tengok Rumah, Akan Ingat Betapa Susahnya Saya Bermula Berniaga Di Pasar,” – Mahligai Indah Jadi Inspirasi Aliff Syukri

Pada MH, nak berjaya ini memanglah memerlukan usaha keras dan sikap tidak putus asa dalam hidup. Apa-apapun, syabas buat Alif dan isteri. Mereka membuktikan bahawa semua orang boleh berjaya!

Foto/Instagram: Datuk Seri Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI