Pelakon, Betty Rahmad kini sudah 10 hari menjalani hari berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Ardy Wira 19 Januari lalu.
Dalam pada itu, isteri kepada Ardy Damis itu turut berkongsi sekeping foto di akaun Instagramnya yang melihatkan dia sedang posing sebelum menjalani check-up untuk Ardy.
“Big smile on my face because i got to push my boy for the first time today in our custom black & white #bugaboofox for doctor’s appointment this morning. Yes doctor’s appointment i swear! Tak tipu #ardywira#10daysold #bugaboo @happikiddo_#stillpantang,” tulisnya.
Nama pelakon, Syazwan Zulkifly kini hangat diperkatakan berikutan watak Pali yang dibawanya dalam drama Pujaan Hati Kanda.
Berikutan asyik trending di laman Twitter, Syazwan sempat memuat naik entri penghargaan di laman Instagramnya.
“Sebelum saya keluar dalam drama #pujaanhatikanda , saya dapat banyak pertanyaan antaranya adalah kenapa dah lama tak nampak kat tv?dah berhenti berlakon ke? atau dah lama tak nampak berlakon bro.
“Drama #pujaanhatikanda adalah drama bersiri pertama saya untuk tahun 2018 dan memulakan pengambaran pada bulan October 2018.
“Tahun 2018 adalah tahun yang agak struggle untuk saya, bayangkan bulan 10 baru ada satu projek drama rantaian untuk saya. Itulah alasan kenapa lama tak nampak saya kat TV.
“Terima kasih yang tak terhingga kerana masih lagi percaya dengan bakat yang tak seberapa ini.
“Sepanjang menjayakan drama ini, saya hanya ada satu benda yang saya pegang, ”saya akan bermain dengan character ini sebaik yang saya mampu dengan ikhlasnya’.
“Dengan bantuan dan kepercayaan pengarah drama ini yang saya anggap seperti abang saya iaitu @eoonshuhaini dan juga seluruh team #pujaanhatikanda, itulah character #pali yang termampu saya hasilkan.
Pada masa sama, pelakon ini turut berterima kasih kepada stesen televisyen yang selama ini percaya akan hasil kerjanya.
“Kepada yang selama ini perasan lama ketiadaan saya di kaca TV saya ucapkan terima kasih kerana masih ingin melihat saya beraksi di TV dan terima kasih atas tweet-tweet #kecampali untuk hari ini hingga trending.
“Teruskan support drama ini sehingga ke akhir episode. Saya anggap ini adalah hadiah dan permualaan yang baik untuk saya pada tahun 2019 ini. Alhamdulillah dan terima kasih semua,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia kesal apabila ada pihak yang salah faham dan beranggapan bahawa drama tersebut merupakan ‘job’ pertamanya untuk tahun lalu.
Susulan itu, dia meluahkan kekesalan itu di laman Twitternya.
“Jangan buat pemahaman sendiri. Cuba call saya and tanya. PHK adalah drama rantaian pertaama saya untuk 2018,bukan job pertama saya 2018.
“Silap faham nanti org akan kata saya nak raih simpati,” tulisnya.
Jangan buat pemahaman sendiri. Cuba call saya and tanya. PHK adalah drama rantaian pertaama saya untuk 2018,bukan job pertama saya 2018.silap faham nanti org akan kata saya nak raih simpati.. ? https://t.co/mLjJwVsmZy
Semalam, penyanyi Ernie Zakri telah menjadi tetamu undangan di program MeleTop bagi mempromosikan single terbarunya bertajuk Ku Bersuara.
Bagaimanapun, penampilan Ernie pada malam tersebut menerima kritikan daripada segelintir pihak yang menyifatkan wajahnya kelihatan agak sedikit pelik, terutamanya di bahagian bibir.
Kata mereka, ia mungkin gara-gara kesan gincu yang dikenakan penyanyi tersebut yang menyebabkan bibirnya kelihatan sedikit tebal.
Pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan, kini bergelar ibu mentua apabila anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Auni...