Wah…sejam lalu, pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini ada memuat naik sekeping foto busana perkahwinan rona putih sarat perincian khusus buat pelanggan istimewanya.
Lalu, gambar yang dirakam dari paras dagu hingga dada itu menjadi teki-teki peminat yang rata-ratanya seperti sedia tahu si empunya badan Elfira Loy yang menggayakan busana perkahwinan itu.
“#bridesbyRR #rizmanruzaini coming soon,” tulisnya ringkas menerusi Instagram.
Lalu, ada peminat yang menyatakan dia sudah tahu siapa yang pakai persalinan tersebut apabila melihat bahagian dagu dan mulut wanita berkenaan.
Ads
Apapun, andai benar seperti diteka netizen, memang tak sabar nak tengok bintang itu mengenakan gaun paling lawa bersempena dengan majlis kahwinnya, tidak lama lagi!
Ads
Foto: Instagram Rizman Ruzaini / Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datin Seri Shahida Mohd Rashid muat naik foto dua anak angkatnya, Ameena dan Qayyum mengakui merindui mereka berdua.
Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri juga sempat menulis kapsyen panjang khas untuk Ameena dan Qayyum.
“Rindu Ameena+Qayyum. Minta maaf mama bukan ibu yg terbaik utk meena n Oyum tapi mama selalu cuba yg terbaik, cuba utk berlaku adil,cuba utk selalu memberi kasih sayang seadanya,” tulisnya.
Tambahnya lagi, dia juga melayan Ameena dan Qayyum sama rata seperti anak kandungnya yang lain.
“Dua2 ni dah jadi anak susuan saya, dah saya susukan mereka. Alhamdulillah dipermudahkan.
“Kadang2 saya marah juga mereka kalau nakal sama mcm saya marah anak2 yang lain, nak mendidik mereka mungkin cabaran buat saya.
“Nak didik anak sendiri pun susah yg kita dah tahu datang dari sifat kita nikan pula yg datang dari mak ayah nya berbeza, mudahan dipermudahkan,” tulisnya lagi.
Aliff dan keluarganya kini sedang bercuti di luar negara namun tidak dapat membawa kedua anak kecil itu atas faktor status sebagai anak angkat.
Sebelum ini, Aliff dan Shahida sudah banyak kali menjelaskan sebab mengapa tidak boleh membawa Ameena dan Qayyum bercuti apabila terlalu ramai yang bertanyakan hal tersebut.
Foto/Instagram: DS Nur Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
3. Asyik Tweet Pelik, Hafiz Hamidun Diganggu Wanita Berpurdah?
Penyanyi, Hafiz Hamidun telah berkongsi satu bebenang panjang di laman Twitter mengenai insiden dia diganggu seorang wanita.
Katanya, wanita itu turut datang ke pejabat untuk bertemu dengannya serta menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pengurusnya untuk bertemu dengannya.
4. Raff Yaakob Buka Mulut Fasal Isu Ketepikan Anak Hasil Daripada Perkahwinan Pertama
Ada netizen yang menganggap bahawa Raf sering mengetepikan dua orang anaknya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil dari perkahwinan terdahulu.
Bagaimanapun, Raf telah membuka mulut berkenaan isu tersebut menerusi akaun Instgramnya.
Cukup sinonim dengan imejnya yang berkaca mata hitam. Kian melakar jaya dalam dunia seni, anak muda kelahiran Selangor ini telah merangkul banyak anugerah sepanjang bergelar anak seni sejak kecil lagi.
Lagu Sumpah nyata memberi ruang serta rezeki buatnya dalam dunia seni lokal. Pencapaian terbesarnya setakat ini? Sudah tentu juara utama di Anugerah Juara Lagu ke-34 lalu!
Bintang muda asal Sarawak, Fieya Julia cukup popular menerusi single Perasaanku. Turut bersaing menerusi program Big Stage musim kedua. Fieya baru berusia 22 tahun.
Tahun lalu, bintang ini mendapat penghargaan sebagai Artis Baharu Paling Berpotensi pada acara Anugerah Muzik Asia di Shenzhen, China. Masya baru menginjak usia 21 tahun.
Mula dikenali menerusi lagu Senyum, As’ad mengakui menjadikan Michael Jackson dan Justin Bieber sebagai idolanya. Dia kini mengumpul lebih sejuta juta followers di Instagram.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.