Pelakon, Syatilla Melvin yang kini sedang mengandung anak ketiga mendedahkan dirinya ketika ini mengalami alahan yang agak pelik dan berbeza dengan kehamilannya sebelum ini.

Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, selain mengalami alahan seperti ‘mabuk’, dia juga dikhabarkan berasa mual dan loya saat melihat rumahnya sendiri.

“Kali ni mengandung Tilla mabuk dan melugai! Tilla melugai dengan benda yang Tilla terlalu suka buat!

“Nak tahu apa? Tilla tak boleh tengok rumah Tilla sendiri. Ya allah rasa nak muntah bangun pagi tengok rumah sendiri,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Shaheizy Sam itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, meskipun dia gemar melakukan aktiviti mendekorasi rumah, namun, kali ini dia langsung tidak boleh melihat perkakasan-perkakasan di dalam rumahnya itu.

Ads

“Barang-barang rumah yang Tilla deco semua tak boleh pandang. Matilah macam ni ya Allah. @shaheizy_sam takkan kena tidoq hotel sampai beranak?” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhiburkan membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan agar Syatilla dan kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Ada kawan saya masa mengandung asyik mengidam nak makan nasi dekat rumah orang. Dia kata sedap sangat. Kalau dekat rumah dia tak boleh makan.

Ads

“Samalah. Sekarang duduk rumah mak je ni. Balik rumah sendiri tengok pintu pagar pun loya nak muntah dah.

“Macam-macam kan time pregnant. Alahan nak bawa sampai sembilan bulan. Faham sangat bab alahan macam-macam peel.

“Haha kalau pregnant memang pelik-pelik. Nasib kita dulu sekadar tak lalu makan je.

“Ya Allah. Book hotel terus 3 bulan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Ads

Sekadar informasi, Jumaat lalu, Syatilla dan Sam berkongsi tentang berita kehamilan anak ketiganya kepada umum.

Menurut Syatilla yang juga seorang usahawan itu, kehamilan kali ini merupakan kandungan keenamnya selepas pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.

Untuk rekod, Syatilla dan Sam telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2.

Sumber: Instagram Syatilla Melvin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI