Penyanyi dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan dia pernah mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan depresi selepas melahirkan anak pertama, sekitar dua tahun yang lalu.
Sarimah berkata, dia tidak pernah menyedari bahawa dirinya sebagai salah seorang penghidap masalah berkenaan sehinggalah tampil untuk mendapatkan sesi khidmat nasihat daripada pakar, sebelum ini.
Setelah disahkan menghidap penyakit tersebut, bintang berusia 43 tahun ini mengakui, dia perlu menjalani rawatan kaunseling serta pengambilan ubat yang telah disarankan oleh pakar psikologi bagi proses pemulihan.
“Saya pernah mengalami kemurungan selepas bersalin pada 2 tahun yang lepas, tapi dengan rawatan yang saya terima baru dapat tahu rupanya selama ini saya juga adalah penghidap penyakit kemurungan dan depresi bertahun-tahun.
“Jadi, mungkin kita tidak tahu dan itulah masalahnya. Apabila kita tidak tahu lalu beranggapan itu adalah personaliti diri kita,” katanya.
Ads
Kini, Sarimah bersyukur kerana berjaya menangani masalah tersebut seterusnya menjalani gaya hidup yang lebih baik.
“Akan tetapi berdasarkan latar belakang psikologi saya, Alhamdulillah saya dapat menanganinya dengan mencari bantuan daripada pakar sewaktu melalui masalah depresi berkenaan.
“Jujurnya, sebelum ini ada ketikanya saya menggeletar sampai tidak boleh tidur, tiada selera makan, tak boleh pegang bayi. Malah, pada ketika itu saya rasa seolah-olah macam hilang harapan.
“Selepas itu saya terfikir mungkin saya sudah ‘hilang akal’ secara tiba-tiba.
Ads
“Kemudian, saya berjumpa dengan doktor dan mereka banyak membantu. Keadaan saya yang sebelum ini menggeletar, menangis dan sebagainya. Jadi doktor menyarankan untuk mendapatkan rawatan kaunseling serta mengambil ubat-ubatan.
“Pada masa sama, saya ada juga berjumpa dengan ustaz beberapa kali dan menyatakan ini merupakan salah satu ujian hidup berbentuk rohani daripada Tuhan untuk diri kita sebenarnya,” katanya lagi.
Ads
Sarimah berkongsi ceritanya bersempena dengan Kempen Kesedaran Hari Bunuh Diri 2021, dan dia bersama penyanyi, Damian Milhail turut tampil dengan sebuah lagu baharu bertajuk ‘Harapan’.
Ia sebagai pemangkin untuk mereka yang sedang bergelut dengan permasalahan emosi agar tidak berputus asa.
Sarimah sinonim sebagai antara selebriti yang tampil memperjuangan isu berkaitan kesihatan mental dan seboleh mungkin tidak pernah berhenti membantu memberi kefahaman kepada masyarakat serta menghapuskan stigma kesihatan mental.
Untuk rekod, Sarimah bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Pasangan ini dikurniakan puteri sulung, Tunku Sofia Najihah yang dilahirkan pada 19 Julai 2019.
Foto: Instagram Sarimah Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gambar yang dikongsikan pelakon filem Gol & Gincu itu telah menerima pelbagai jenis komen.
Terdahulu, Aedy pernah mendapat teguran dari netizen apabila dia melukis tatu tiruan pada bahagian belakang badannya semasa bercuti di Bali, Indonesia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim ada memaklumkan dirinya terpaksa mengambil rehat atas status kesihatan yang kurang mengizinkan.
Jelas ibu kepada empat cahaya mata ini, doktor mengesahkan kedudukan rahimnya turun dari kedudukan asal. Malah tahap homoglobinnya juga rendah.
Atas situasi yang berlaku, Sheila mengakui sukar untuk berdiri tegak dan kerana itu, ia menyebabkan rasa sakit sejak seminggu lalu.
“KISAH SEMALAM. Erm… Tak tau nk mula kat mana tapi semalam memang hari yang hectic. Suddenly lower abdomen KY (Sheila) cramps sampai tak boleh berdiri tegak.
“Sakit dah almost seminggu (even masa teman LS (Lan Solo) shooting pon mmg dah sakit – org terdekat dah tau).
“Tapi masih boleh jalan dan buat kerja walaupun terbatas jugak la. Tapi semalam, KY decide untuk terus pi jumpa pakar.
“Rupa-rupanya serviks sedikit turun dari kedudukan asal dan hemoglobin rendah. Tu pasal KY pitam terus.
“Terpaksa la KY cancel semua shoot / meeting / training dan lain-lain,” tulisnya dalam satu status di Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, Sheila turut meminta ramai agar mendoakan yang terbaik buat suaminya yang bakal bersaing dalam program Vokal Mania minggu ini.
“Sampai dah ready utk admit la. Tapi doktor bagi pelepasan rest kat rumah je, lega.
“So now, untuk seminggu dua ni. KY akan berehat sahaja, bukan kuarantin ya.
“U guys, doakan LS dapat buat yang terbaik untuk #VokalMania minggu ni tau sebab lagu tu agak mencabar ye. Ce teka lagu apa?,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Sheila dan Lan mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 dan diserikan dengan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara dan Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengulas kes tular seorang guru merotan pelajar gara-gara digelar ‘ah qua’ baru-baru, pelakon Azhan Rani menerusi Instagram memberikan reaksi.
Pelakon Nur 2 ini berkongsi sebuah video menunjukkan bagaimana seharusnya pelajar dididik oleh guru sekolah.
Video menunjukkan seorang guru seharusnya membiarkan pelajar melakukan apa sahaja yang disukai.
Malah, guru tidak perlu kreatif dalam pembelajaran dan tidak perlu menggunakan masa cuti untuk mengadakan kelas tambahan.
Katanya tibalah masa untuk para guru merajuk dan hanya mengikut sistem.
“cikgu merajuk. ada orang tag aku video ni.. pasal kes viral cikgu kena marah sebab rotan pelajar tu aku rasa video ni sangat bagus untuk guru2 dan bakal guru juga untuk mak bapak spesis benak level 8 ke atas.
“Rasanya video amatur ni mesej dia lagi sampai daripada cerita2 hero heroin bergaduh pastu sweet sampai kena kencing manis dalam drama yang aku sendiri pernah terlibat kat tv tu,” tulisnya.
Netizen turut bersetuju dengan video berbentuk sinis yang dikongsi dan menyarankan agar ibu bapa tidak meletakkan tanggungjawab mendidik di bahu guru semata-mata.
Foto : Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.