Setelah bercerai dengan bekas suaminya, Simon Konecki, pada tahun 2019, Adele telah tampil dengan perubahan yang cukup mengejutkan industri hiburan antarabangsa dengan penampilannya yang baharu.

Dia yang sebelum itu cukup sinonim dengan penampilan plus size membuat transformasi dengan mengurangkan 45-kilogram berat badan. And she looks so gorgeous!

Makin Cantik Dengan Tubuh Yang Ramping. Adele Akhirnya Muat Naik Wajah Kekasih Baharu Di Instagram
Persis seorang supermodel

Semakin hari semakin berseri, itulah yang sesuai diperkatakan mengenai penyanyi bersuara emas ini. Baru-baru ini dia memuatnaik gambar penampilan terbarunya dalam persalinan busana mewah jenama Schiaparelli yang menunjukkan bentuk tubuhnya yang semakin langsing dan wajahnya yang semakin meruncing. Memang jauh berbeza dengan penampilannya yang terdahulu.

Makin Cantik Dengan Tubuh Yang Ramping. Adele Akhirnya Muat Naik Wajah Kekasih Baharu Di Instagram

Paling menarik perhatian dia juga turut memuatnaik gambar pertama bersama teman lelaki baharunya, Rich Paul. Dalam hantaran tersebut penyanyi berusia 33 tahun ini hanya meletakkan simbol ‘love’ sebagai deskripsi bagi hantarannya itu.

IKLAN

Perkara ini cukup untuk memberi kata putus kepada umum mengenai status hubungannya dengan agen sukan tersebut, yang mana sebelum ini dia dilihat menonton perlawanan bola keranjang NBA bersama-sama.

Makin Cantik Dengan Tubuh Yang Ramping. Adele Akhirnya Muat Naik Wajah Kekasih Baharu Di Instagram
Diawal kemunculan dengan penampilan baharu

Makin Cantik Dengan Tubuh Yang Ramping. Adele Akhirnya Muat Naik Wajah Kekasih Baharu Di Instagram

Pasangan ini mula dilihat meluangkan masa bersama pada Julai tahun ini. Sedikit informasi mengenai kekasih baru pelantun lagu ‘Hello’ ini, Rich merupakan seorang agen sukan terkenal yang mewakili ramai atlet termasuklah LeBron James menerusi syarikatnya, Klutch Sports Group.

IKLAN
Makin Cantik Dengan Tubuh Yang Ramping. Adele Akhirnya Muat Naik Wajah Kekasih Baharu Di Instagram
Adele pada tahun 2013 di Anugerah Grammy

Hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya yang terdahulu, Adele memiliki seorang anak lelaki yang kini berusia  lapan tahun. Dia dan bekas suaminya telah bersetuju untuk bersama-sama membesarkan anak mereka biarpun mereka sudah bercerai. Ini bermakna mereka berkongsi hak penjagaan dan juga hak legal terhadap cahaya mata mereka itu.

Sumber: today.com, scmp.com

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI