Beberapa perkongsian daripada usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli mencuri perhatian apabila dia ada memuat naik tangkap layar yang merakamkan bekas majikannya itu menangis kegembiraan.

Sambil mengakui hubungan mereka cukup akrab, Iqbal antara lain turut mendedahkan Datuk Vida sendiri akan berkongsi punca dia menangis terharu.

Perkara tersebut dikongsikan lelaki berusia 27 tahun itu di Insta Stories, pada Khamis.

“Mereka Perlu Tahu Kami Benar-Benar Akrab,” – Jauh Sekali Nak ‘Kikis Harta’, Iqbal Zulkefli Tampil Kongsi Momen Bersama DSV “Mereka Perlu Tahu Kami Benar-Benar Akrab,” – Jauh Sekali Nak ‘Kikis Harta’, Iqbal Zulkefli Tampil Kongsi Momen Bersama DSV

“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat dari Dato Seri Vida, sebaliknya beginilah beliau apabila dengan saya. Voice pagi ini beliau hantar kepada saya. Menangis gembira,” tulisnya pada sedutan video tersebut.

“Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau hanya kerana ‘mengikis harta’ namun jauh sekali begitu. Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” tulis Iqbal pada status Insta Stories yang berbeza.

“Mereka Perlu Tahu Kami Benar-Benar Akrab,” – Jauh Sekali Nak ‘Kikis Harta’, Iqbal Zulkefli Tampil Kongsi Momen Bersama DSV

IKLAN

Sementara itu, Iqbal juga menambah, Datuk Vida pernah berkongsi dia pernah bercita-cita untuk bergelar ustazah selain sering kongsi ‘voice note’ dirinya yang mengalunkan ayat suci al-quran.

“Rutin Dato Seri Vida sejak bertahun dulu. Cuba lihat jam berapa (3:27 pagi). Beliau akan hantarkan suara mengaji, dengan hasrat mahu pandai baca Al Quran.

“Cita-citanya mahu jadi ustazah. Dulu saya berseloroh, “gelak tu cuba perlahan sedikit”. Jawab Dato Seri Vida, “tak boleh nak kontrol jadi sendiri”. Lama kelamaan saya jadi risau kalau lama tak berbunyi suara gelak beliau,” tulisnya.

“Ini jawapan ramai yang DM tanya kenapa Dato Seri Vida menangis gembira… 30/8/2021. Nanti beliau sendiri akan kongsikan,” kongsi Iqbal menerusi sekeping foto Datuk Vida yang ketika itu dipercayai sedang mengambil ujian kesuburan.

IKLAN

“Mereka Perlu Tahu Kami Benar-Benar Akrab,” – Jauh Sekali Nak ‘Kikis Harta’, Iqbal Zulkefli Tampil Kongsi Momen Bersama DSV

Pada masa sama, Iqbal ada memuat baik sekeping foto berbeza yang merakamkan aksi kandid penyanyi lagu I Am Me itu ketika berada di Tanah Suci Mekah.

“4/3/2018. Dato Seri Vida bawa diri ke Mekah untuk berdoa; saat perkahwinan kami tidak direstui oleh beberapa pihak. Itu kali pertama saya tidak mengikuti beliau ke luar negara.

IKLAN

“Setiap kali di hadapan Kaabah, beliau video call dengan saya dan menasihati saya agar bersabar,” tulisnya.

“Mereka Perlu Tahu Kami Benar-Benar Akrab,” – Jauh Sekali Nak ‘Kikis Harta’, Iqbal Zulkefli Tampil Kongsi Momen Bersama DSV

Terdahulu, nama Iqbal yang kini turut sukses dalam dunia bisnes menjadi sebutan apabila kisahnya yang dikatakan bakal berkahwin dengan usahawan terbabit kembali diperkatakan.

Dia bagaimanapun tampil memperincikan mengenai situasi sebenar mengenai hubungan di antara mereka dan turut berkongsi hal berkaitan di laman Instagram.

“Mereka Perlu Tahu Kami Benar-Benar Akrab,” – Jauh Sekali Nak ‘Kikis Harta’, Iqbal Zulkefli Tampil Kongsi Momen Bersama DSV “Mereka Perlu Tahu Kami Benar-Benar Akrab,” – Jauh Sekali Nak ‘Kikis Harta’, Iqbal Zulkefli Tampil Kongsi Momen Bersama DSV

Foto: Instagram Iqbal Zulkefli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI