Penyanyi, Lah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lah V.E mengakui meski sudah agak jarang muncul menyanyi di platform arus perdana, namun bintang ini masih aktif membuat persembahan atas undangan serta majlis peribadi.

Malah kongsinya kepada MH buat masa ini juga dia lebih senang memberi fokus terhadap keluarga.

“Alhamdulillah sekarang ni masih lagi menyanyi macam biasa, banyak menyanyi dekat job wedding dan event sebagainya.

“Cuma macam sekarang ni saya lebih banyak fokus kepada keluarga saya dan anak-anak,”kongsinya jujur.

Melihat kepada kerjayanya yang sukses dari awal penglibatan bersama kumpulan V.E dan masih kekal dikenali sebagai penyanyi yang bersuara lunak, penyanyi ini turut ditanya mengenai apakah tips yang perlu diambil penyanyi muda untuk terus kekal relevan dalam industri.

IKLAN

“Saya tak tahu lah saya ni masih kekal ke tak dalam industri, tapi bagi saya kita kena selalu innovate atau selalu buat benda yang baru.

“Cuma bagi saya, kita tak boleh untuk berada di zon selesa dalam tempoh yang terlalu lama,” jelas Lah yang turut menyebut nama rakan penyanyi, Faiza Tahir sebagai contoh.

IKLAN

“Contoh macam Faizal Tahir pun bagus, sebelum ni dia bawa lagu nasyid, lepas tu rock and kemudian R&B.

IKLAN

“Actually macam tu yang buatkan ramai teruja, sebab dia versatil, boleh nyanyikan apa sahaja genre lagu.

“Jadi bagi saya, kita sebagai penyanyi perlulah ada sisi versatil. Itulah kunci untuk terus kekal dalam industri muzik, insyaAllah,” jelas Lah optimis.

Foto: Instagram Lah Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI