Pelakon Ruhainies berharap agar wataknya sebagai Ellani menerusi drama rantaian, Cukup Derita Itu (CDI) mampu meninggalkan impak baik terhadap kerjaya lakonannya selepas ini.
Menerima reaksi positif penonton menerusi drama yang kini bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 itu, Ruhaninies, 29, sebolehnya tidak mahu dilabel sebagai pelakon yang kerap menerima watak hampir sama semata-mata.
“Alhamdulillah, banyak yang berikan reaksi yang baik-baik. Harap penampilan saya dalam drama CDI mampu tonjolkan skil lakonan saya sebaiknya.
“Sebab sebelum ini, mungkin ada yang kerap tonton saya pegang watak orang kaya, hidup di kota dan seumpamanya.
Ads
“Jadi kali ini, saya cuba alih pada sisi berbeza, dengan menerima tawaran gadis yang dilayan bak ‘Cinderella’ iaitu Ellani.
“Kalau boleh, saya tak mahu orang hanya fikir saya ni artis ‘stereotype’ atau asyik bawa karektor orang kaya saja. Malah saya juga gelapkan rambut biar sesuai dengan watak yang dibawa,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas juga mahu cabar diri dan berkeyakinan hasil tunjuk ajar semua pihak terlibat.
“Naskhahnya agak berat. Saya pernah bawa watak yang seolah sama sebelum ini, cuma ia bukanlah dalam sebuah drama yang banyak episod.
“Jadi sudah tentu ada ketika ia memenatkan kerana saya perlu bermain dengan emosi di dalam kebanyakan babak.
Ads
“Saya fikir, inilah masanya untuk buktikan sesuatu. Pada masa sama, nak cabar diri. Hampir empat bulan juga kami ‘shooting’ dan ia banyak berikan pengalaman berharga.
“Syukur dan bertuah bila pengarahnya, Along Kamaludin bersama pelakon lain turut sama saling membantu demi menghidupkan watak masing-masing.
“Saya sedia maklum, ramai yang menantikan bagaimanakah hasil CDI bila naskhah novel diadaptasi ke televisyen. Harapnya penonton tak kecewa dan puas hati, insya-Allah,” katanya lagi.
CDI karya Siti Rosmizah yang turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Hisyam Hamid, Jasmin Hamid, Didie Alias dan Chacha Maembong itu ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meluahkan rasa hati dari lubuk paling dalam, Aliff Aziz menerusi Insta Story menjelaskan dia sudah penat dan lelah dengan segala yang berlaku.
Namun bintang tinggi lampai ini akur dan percaya semua ujian yang diturunkan atasnya ada hikmah.
Tulis bekas suami Bella Astillah ini lagi, dia tahu bahawa Allah punya perancangan terbaik untuknya.
“Dear Allah, Me heart is tired, I feel exhausted. My life is falling apart and I feel nothing but sadness. I have full faith in you and your plan for me. I just want to take out a minute of my time to thank you for all that you have done. You have saved me from things I couldn’t save myself into.
“You have given me the ability to hold onto my den even on te days I feel like I’m drowning in sorrow.
“You are the most merciful and I put my trust in You. I know things will get better, I just need to have Sab’r and accept that the Qad’r of Allah is what will be best for me. – herblankcanves (Instagram),” kongsinya.
Selepas perceraian dengan Bella, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila didakwa pernah berkawan dengan model dan pelakon, Cristine Joanne pula.
Wanita itu mendakwa lelaki ini meninggalkannya apabila hubungan bersama Bella dilihat kian baik.
Foto : Instagram Aliff Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nabila Huda ada memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram miliknya.
Bintang Munafik ini berkongsi foto dirinya yang polos tanpa solekan, sejurus bangkit dari tidur.
Di samping itu, Abil turut berkongsi tips diet untuk mengurangkan berat badan.
Kongsi bintang versatil itu lagi, dia amat menjaga permakanan demi untuk mengekalkan kecantikan diri.
“Hello good morning! I just posted some videos on my YouTube ! Korang pergi la subscribe senang Nanti korang dapat notifications everytime I post anything kan.
“Tekan je kat link kt bio I atas tu. Tau tak bio tu apa? Kalau tak tau Nanti I buat tutorial video okay.
“Kenapa muka monyok? Sebab dari semalam saya kelaparan tak makan tengah tunggu 5pm later Baru boleh makan. Intermittent Fasting dah kembali lagi..20 hours fast 2 hours makan,” maklumnya.
Malah, Abil juga bakal berkongsi cara yang dipraktik bagi mengawal nafsu makan.
“Tapi abil chose makan 1 meal je. Other than that, Just water. Nanti abil share kat korang Macamana I handle hidup tanpa makan.
“Abil buat IF ni Utk kesihatan diri al maklum lah dah separuh umur kan..dan paling penting Untuk kerja Yang akan datang..I wanna look good on screen as a fighter!wish me luck #TeamNike,” tulisnya.
Jika Malaysia akan diwakili oleh filem Abang Adik, Singapura pula telah memilih filem La Luna sebagai wakil mereka bagi kategori filem cereka antarabangsa terbaik...