Sebut sahaja De Fam pasti kenal dengan salah seorang anggotanya iaitu Nur Shazwani Shamsuddin atau lebih mesra disapa sebagai Cik Manggis yang dilihat semakin manis apabila berhijah mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu.

Sejak tampil dengan imej lebih muslimah dan sopan, stail dan penampilan Cik Manggis sentiasa menjadi sorotan para peminatnya kerana beliau sering kelihatan ‘On Point’ dalam setiap stail yang digayakannya.

Malah, sejak berhijab Cik Manggis tidak melihat ianya sebagai halangan untuk menjadi diri sendiri dan melakukan sebarang aktiviti lasak sebagai seorang hijabi. Justeru, imej dirinya yang optimis ini sering menerima pujian dari netizen.

Cik Manggis Bukti Wanita \Mampu Ikuti Trend Sukan Ekstrem, ‘Skateboarding’

@miss.em Look who’s back from her mcl injuries 🥹 #fyp #foryou #surfskate #flowers ♬ Flowers – Miley Cyrus

Cik Manggis sekali lagi menjadi perhatian dan sorotan ramai apabila penyanyi berbakat besar ini juga mempunyai kemahiran dan kebolehan bermain skateboard.

Rata-rata wargamaya akui terkedu melihat ‘performance’ Cik Manggis yang lincah meluncur diatas papas selaju (Skateboard)

IKLAN

Mana tidaknya, menerusi sebuah video yang tular di laman sosial memaparkan, Cik Manggis yang menaiki papan selaju seperti seorang proffesional, lantas membuatkan netizen membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan pelbagai maklum balas berserta puji-pujian.

Tak Hanya Hebat Di Pentas Nyanyian, Manggis De Fam Turut Lincah Di Arena Sukan Ekstrem ‘Skateboarding Tak Hanya Hebat Di Pentas Nyanyian, Manggis De Fam Turut Lincah Di Arena Sukan Ekstrem ‘Skateboarding Tak Hanya Hebat Di Pentas Nyanyian, Manggis De Fam Turut Lincah Di Arena Sukan Ekstrem ‘Skateboarding

“Aku rasa Cik Manggis ni kau bagi la apa pun.. Semua dia boleh.

IKLAN

“Salute.. Even muslimah sekarang but u in trend sis🥰..

“Akak ni tapau semua. Semua akak boleh. Love sangat energy akak. Stay safe kak. Jangan injured lagi tau 🥰

Malah, ada juga peminat yang menyatakan bahawa Cik Manggis adalah anak seni yang serba boleh, kerana jika berikan apa sahaja kepada selebriti ini tentu dia boleh melakukannya.

IKLAN

Hijabista mendapati video berdurasi pendek yang dikongsikan dilaman sosial, memaparkan Cik Manggis sedang bermain skateboard itu telah menerima ribuan tanda suka dan menimbulkan rasa kagum dikalangan netizen.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Cik Manggis & Tik Tok Miss.Em

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI