Tahun ini, antara perkara yang berjaya mengemparkan industri hiburan tanah air adalah apabila pelakon jelita Mira Filzah kononya dikhabarkan telah membuat ‘turning back’ dengan membuka hijabnya!

Namun, perkara itu hanyalah kekeliruan dan salah faham apabila ramai dikalangan rakan artis dan juga warganet yang tersalah menafsir pendatang baharu, yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol ekoran mempunyai raut wajah mirip dengan selebriti terkenal Mira Filzah.

Tuah Wajah Seiras, Rezeki Disatukan Dalam Satu Jenama

Tracie Sinidol Akui, Enggan Tumpang Populariti Kembar ‘Seiras’ Mira Filzah! Mahu Berdiri Atas Bakat Sendiri  Tracie Sinidol Akui, Enggan Tumpang Populariti Kembar ‘Seiras’ Mira Filzah! Mahu Berdiri Atas Bakat Sendiri

Bagaimanapun, dek kerana persamaan wajah seperti ‘kembar’ seiras yang lahir dari rahim berbeza ini membuatkan rezeki keduanya semakin murah, hingga akhirnya keduanya disatukan menerusi sebuah kempen MF Collection.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Mira sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di lamn Instagram miliknya. Sekaligus memaparkan wajah mereka yang sememangnya seiras ibarat adik-beradik kembar! Lantas membuatkan ramai yang terpegun melihat kejelitaan seiras Mira Filzah dan Tracie Sinidol ini!

Tracie Sinidol Akui, Enggan Tumpang Populariti Kembar ‘Seiras’ Mira Filzah! Mahu Berdiri Atas Bakat Sendiri

IKLAN

 

“Orang kata dalam dunia ni ada 7 muka sama. Betul ke? 🙃 @traciesinidol_official 💕 Tracie is so vibrant! Bagi dia makan terus muka boleh senyum! 🤪 So happy she said yes for the shoot. Terima kasih bahhh. 😘” Tulis Mira ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Tidak menafikan hal tersebut, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, menyifatkan Tracie, 22, adalah kembarnya yang telah lama terpisah.

IKLAN

Tracie Enggan Tumpang ‘Populariti’ Mira Filzah! Mahu Berdiri Atas Bakat Sendiri

Tracie Sinidol Akui, Enggan Tumpang Populariti Kembar ‘Seiras’ Mira Filzah! Mahu Berdiri Atas Bakat Sendiri Tracie Sinidol Akui, Enggan Tumpang Populariti Kembar ‘Seiras’ Mira Filzah! Mahu Berdiri Atas Bakat Sendiri

Walaubagaimanapun menurut gadis peranakan Murut dan Dusun yang pernah dinobatkan Unduk Ngadau Tambunan 2021 itu, dia sebelum ini enggan dikaitkan dengan populariti Mira Filzah sebaliknya mahu berdiri atas bakat sendiri.

Tracie, anak kelima daripada sembilan beradik itu berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Tracie juga pernah berlakon dalam telemovie ‘Malaysiaku 16 September’ dan ‘Budak Pasar’ arahan pengarah Dato Jurey Rosli.

IKLAN

Menurut ibu yang juga pengurusnya, Veronica Tajin, Tracie banyak mendapat tawaran sejak dia viral di bangku sekolah, tetapi banyak yang terpaksa ditolak kerana masih bersekolah.

Tampil menggayakan koleksi skarf terbaharu MF Collection disamping Mira Filzah, penampilan Tracie Sinidol memberi variasi kepada koleksi skarf untuk wanita tidak berhijab.

Didatangkan dalam rona-rona terang, koleksi ini menyuntik jiwa moden untuk para hijabi yang gemarkan kelainan. Koleksi ini telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai 2023 yang lalu.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber Gambar: Mira Filzah & Tracie Sinidol
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI