“Ketika momen ini sekarang, saya tidak berhubung dengan sesiapa.” Demikian kata pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz selepas ditanya sama ada dia masih lagi berhubung dengan rakan artis, Ruhanies atau sesiapa yang terkait di dalam kontroversi melibatkan dirinya, sebelum ini.
Menerusi sesi podcast The Common Folks SG, penyanyi lagu Sayang Sayang itu mengambil pendekatan sendiri di rumah, sambil berfikir apa yang terbaik.
“Ketika momen ini sekarang, saya tidak berhubung dengan sesiapa sebab saya rasa lebih baik untuk bersendiri di rumah. Atas apa yang berlaku yang mungkin berpunca daripada saya, adalah lebih baik untuk saya bersendiri beberapa minggu.
“Berfikir mengenai apa yang sepatutnya saya lakukan. Saya rasa ‘lost’. Bila tengok wajah orang tua saya, mereka jadi kuat untuk saya meski saya tahu apa yang berlaku beri kesan besar kepada mereka,” katanya.
Ads
Imbas kembali, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada 13 Mac lalu.
Keputusan tersebut ialah susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup selepas dipercayai berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya selain mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina.
Ads
Malah, isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa dia ialah kekasih Aliff sejak Januari lalu.
Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai ‘NRF’.
Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak, selain ia turut mengaitkan beberapa nama selebriti tempatan.
Ads
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Sufian, muzik video lagu Dimatamu kini telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book Of Records’ hari ini setelah meraih lebih 50 juta tontonan di YouTube.
Menurut sumber laman sesawang ‘Malaysia Book Of Records’, muzik video lagu Dimatamu itu merupakan sebuah muzik video yang meraih tontonan tertinggi di YouTube bagi kategori muzik video lagu Bahasa Malaysia.
Lantas, penyanyi yang berusia 27 tahun itu berasa terharu dengan sokongan daripada peminatnya yang tidak henti-henti menyokong kerjayanya sebagai anak seni.
“SUFIAN SUHAIMI DIIKTIRAF DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS”
“Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat @sirkhandanial dan @ibnu_rinkarnaen yang berhempas pulas mencipta lagu sedih #DiMatamu yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia.”
“Sesungguhnya Allah itu maha adil. Adil meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka. Buat keluarga, sahabat, peminat dan seluruh yang mengenali saya, semoga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan. InsyaAllah satu sidang media akan diadakan untuk berita baik ini.”
“Jemputan akan diedarkan kepada rakan media. Terima kasih semua. Terima kasih Allah. . @encikdanny: @firzhafizsabrand .#sufiansuhaimi #dimatamu#malaysiabookofrecords@ariesmusicpro @sirkhandanial@ibnu_rinkarnaen@malaysiabookofrecords”tulisnya.
Percaya dengan rezeki, pengacara dan ahli perniagaan, Nana Mahazan,39, mengakui dirinya sentiasa reda atas segala ketentuan Allah SWT.
Meski tidak terarah di dalam menyanyi atau berlakon sejurus menyertai Akademi Fantasia musim pertama yang memperkenalkan namanya, isteri kepada Mohammad Raqeem Brian ini tetap rancak meneruskan survivalnya dengan cara tersendiri.
Siapa sangka menerusi peluang menjadi penyampai radio, pemilik nama penuh Nurul Hana Che Mahazan ini seterusnya melangkah sukses di dunia pengacaraan selepas itu.
Laku kini bersama pengaruh yang dimilikinya di Instagram dengan 794,000 pengikut, hakikatnya ibu kepada dua cahaya mata ini masih kekal relevan dan kebal mengukuhkan jenamanya termasuk melebarkan empayar perniagaan kecantikan dan makanan.
“Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pinturezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.
“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa.
“Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018,” katanya.
Nana menambah, perniagaan yang diceburi atas dasar minat itu seterusnya mendorong dirinya untuk sama-sama membantu orang lain.
“Selepas memahami dunia niaga ini, ia sebenarnya menjadi perantara atau kenderaan untuk membantu ramai orang. Seterusnya, insya-Allah untuk mendapat reda dan keberkatan-Nya.
“Kini seiring penambahan usia dan penambahan ilmu niaga, hala tuju saya sebagai usahawan juga berubah dimensi. Dengan produk dikeluarkan, kita bermula dengan mahu menolong orang lain menjaga kecantikan dengan harga ‘best’ dan berpatutan.
“Seterusnya saya mula fikir bagaimana pula nak ajak pengguna produk menjadi sebahagian daripada syarikatdan menjana pendapatan sampingan sebagai ejen serta stokis. Tambah pula di era pandemik COVID-19, ramai antara kita yang bergelut,” katanya.
Terlebih dulu menjual alat solekan sebelum menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, Nana yang kini sopan berhijab pada masa sama mahu memperkasa golongan wanita khususnya.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
“Suami sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya dalam keadaan paling dahysat itu. Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.
“Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” katanya lagi.
Kata Nana lagi, setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri sejak dua tahun lalu.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.
“Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.
“Ia jugabagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’,” katanya.
Hos kelahiran Johor ini juga bagaimanapun sedar, perjuangan sebagai usahawan takkan pernah terhenti.
“Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan. Boleh ketahuinya lanjut dari media sosial saya.
“Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.
“Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimananak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri. Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu Nana Mahazan Beauty tembus pasaran Asia Tenggara,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazia berkongsi detik lucu apabila memaklumkan anaknya, Engku Aleesya dikatakan telah terlupa untuk memasukkan air sewaktu ingin menanak nasi.
Jelas Era, perkara tersebut hanya disedari olehnya ketika mereka sedang bersiap sedia untuk menikmati hidangan makan malam.
“Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasik. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk and dia ditugaskan masak nasik.
“Sekaliiiii bila time nak makan, buka-buka periuk..dia lupa masuk air daaa. Takkan nak makan beras kering! Nasib baik ada standby nasi lemak.
“Alahaiii anakkk..its ok sayang.. don’t give up!! Nanti cuba lagi okay,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Gerak Khas The Finale itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Erra tetap memberikan kata-kata semangat buat anaknya untuk tidak berhenti mencuba lagi selepas ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis ternyata terhibur melihat telatah dua beranak itu selain turut memuji usaha Aleesya yang telah pun mencuba sehabis baik.
“Don’t give up Aleesya. Anak dara yang dah 24 tahun dah tua bangka pun tak tahu masak nasik. Tahu makan je.
“Dia bukan tak reti cuma terlupa je.
“Hahaha takpe sekurang-kurangnya dia try juga masak nasi.
“Hahaha Aleesya sangat jujur orangnya. Haha cute.
“Takpe Aleesya. Aunty pun kadang-kadang lupa hidupkan suis banyak now pikir gitu ler,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mengakui dirinya kini lebih mementingkan kesihatan mental dan enggan terganggu dengan komen-komen negatif netizen.