Semakin hari semakin bereri-seri aura ‘mak buyung’ Ayda Jebat ini sedang menantikan saat-saat bahagia melahirkan cahaya mata keduanya, hasil perkongsian hidup bersama cinta hatinya, pengacara yang juga model Nabii Mahir.

Tidak hanya itu, rezeki yang dikurniakan Allah kepada si kecil molek, Ayda juga dilihat semakin murah dan mencurah-curah, meskipun kini dia sudah berkeluarga.

Malah, Ayda masih lagi menjadi rebutan para usahawn diluar sana yang mahukan dia mewakili jenama-jenama gah mereka!

Rezeki Ayda Jebat! 9 Tahun Jadi Duta Produk, Terhibur Dengan ‘Speku Anak Emas’ Netizen

Salah satunya adalah, produk minuman berasaskan kolagen yang sememangnya menjadi pilihan wanita masa kini,  Aura White Global Sdn Bhd.

Menurut pengasas Aurawhite, Datin Furyna Azmeer, kerjasama antara Aurawhite dan Ayda Jebat sudah lama terjalin, Ayda Jebat merupakan selebriti yang mudah memberikan kerjasama.

IKLAN

Rezeki Ayda Jebat! 9 Tahun Jadi Duta Produk, Terhibur Dengan ‘Speku Anak Emas’ Netizen

“Kami  memilih untuk mengekalkan Ayda Jebat sebagai duta Aurawhite sejak 2014, bermakna sudah sembilan tahun Ayda bersama Aurawhite.

“Sangat senang berurusan dengan Ayda, malah sifatnya yang mengutamakan keluarga membuatkan saya cukup tersentuh dan masih mahu dia menjadi sebahagian daripada Aurawhite,” jelasnya lagi.

Manakala Ayda Jebat pula berterima kasih terhadap jenama tersebut kerana masih mengekalkan dirinya sebagai duta.

IKLAN

“Alhamdulillah, saya jatuh cinta dengan produk ini. Aurawhite bukanlah satu-satunya jenama yang saya pegang dalam tempoh yang lama.

“Kadang-kadang terfikir juga, bilakah kontrak akan berakhir kerana kadang-kadang terfikir pihak penaja tak mahu ke tukar dengan orang lain.

Rezeki Ayda Jebat! 9 Tahun Jadi Duta Produk, Terhibur Dengan ‘Speku Anak Emas’ Netizen

IKLAN

Mengulas mengenai komen pelbagai yang diterimanya di media sosial susulan bertahun-tahun bergelar duta untuk produk sama, penyanyi lagu Mata ini tidak melihat ia sebagai sindirian negatif.

“Saya ada juga terbaca komen sedemikian, terhibur sebab macam-macam ‘speku’ yang ditulis.

“Ada yang tanya saya ni ‘duta sepanjang hayat ke?’ sebab kalau cakap beberapa jenama, pasti nama saya yang disebut-sebut. Ada juga yang kata saya anak emas mereka dan sebagainya.

“Saya anggap ia sebagai rezeki. Alhamdulillah dari zaman bujang sampai dah nak masuk anak kedua,” ujar pelantun Pencuri Hati ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI