Pempengaruh yang juga anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Diva iaitu Cik B mengakui dia sudah lama menyimpan demi memiliki kereta yang diinginkan.

Pendedahan tersebut dikongsikan Cik B atau nama sebenarnya, Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, selepas video dia membuat kejutan kereta kepada ibunya tular di media sosial.

Kenderaan premium Brabus G63 yang dibeli Cik B dianggarkan berharga RM1.7 juta.

“Saya sudah lama kumpul duit untuk membeli kereta idaman. Sebenarnya, sebelum ini saya dan mama (Vida) sudah pergi tengok beberapa kereta lain seperti Audi dan Lamborghini.

“Malah, ada kereta yang sudah bayar deposit pun. Tetapi saya tukar fikiran sebab tak berkenan.

“Jadi, saya buat pilihan sendiri kereta Brabus ini tanpa pengetahuan mama. Saya beli bulan lalu selepas pulang dari bercuti di Itali. Alhamdulillah, minggu lepas baru keluar dari kedai dan saya dapat kereta ini.

IKLAN

“Bagi saya, kereta ini sangat sesuai dengan saya. Malah, ramai yang cakap ia kena dan sempurna dengan saya. Kalau kereta jenis ‘lowerd’ ini tak sesuai,” katanya.

@cikb_havoc Excited betul nak ambil kereta masani tapi cuba korang teka Cik B beli kereta apa hehe #tiktokmalaysia #cikb #bossb #onthisday #tiktokcreator #fyp #foryoupage #fypシ゚viral #tiktok #foryou #masukberanda #surprise #cars ♬ original sound – Nintendo

Bersyukur kerana mampu memiliki kereta model itu, Cik B juga mendedahkan dia sudah membawa ibunya menaiki kereta itu dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh.

IKLAN

“Sejujurnya, saya sudah lama kumpul duit untuk membeli kereta idaman. Tunggu masa sesuai saja untuk beli. Lagi pun setiap kali nak beli saya selalu sibuk, jadi hasrat itu tertangguh.

“Memandangkan saya sudah ada lesen memandu, jadi dapatlah saya pandu sendiri kereta dan bawa mama naik bersama. Setakat ini, paling jauh saya bawa dari KL ke Ipoh,” katanya lagi.

Sementara itu, Vida atau Hasmiza Othman hanya menuruti saja kemahuan anaknya untuk memiliki kereta idaman.

IKLAN

“Sebagai mak saya tahu apa kesukaannya. Jadi, apabila dia beli Brabus itu, bagi saya itu pilihan tepat buat dirinya. Malah, kereta itu kena dengan karakter dia. Saya okay saja asal saja dia suka.

“Lagi pula dia beli kereta itu dengan duit poket dan simpanan sendiri. Saya tak ada masalah dengan pilihannya, biarpun sebelum itu kami ada tengok beberapa jenis kereta lain.

“Saya juga tidak ada halangan untuk dia memandu sendiri sebab sudah ada lesen kan. Macam tempoh hari dia pandu sendiri bawa balik ke Ipoh. Cuma, saya ini jenis yang lebih suka dalam kereta yang besar dan luas,” katanya.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI