Meskipun memiliki reputasi besar sebagai penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan dirinya tiada masalah untuk turut serta membut persembahan di acara-acara festival muzik.
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
“Ada masanya, Siti Nurhaliza pun perlu juga sertai persembahan di muzik festival. Di festival seperti ini, kita digabungkan dengan ramai artis.
“Penglibatan saya ini lebih kepada meraikan dan bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap industri muzik tanah air.
“Lagipun, saya menerima pelawaan ini daripada sahabat baik dan suami saya juga sangat rapat dengan Air Asia. Kita pernah sama-sama berkolaborasi dalam bidang perniagaan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Cindai itu berkata sedemikian ketika ditemui di sesi latihan untuk acara Loop Festival yang akan berlangsung Sabtu ini.
Ads
Katanya lagi, dia juga terbuka dan bersedia berbincang dengan mana-mana pihak penganjur sekiranya mereka mempunyai perancangan untuk menjemputnya di acara festival muzik pada masa akan datang.
“Kalau kena dengan caranya, in sha Allah saya akan terima. Saya pun melihat juga pelbagai sudut. Kalau tawaran tersebut tidak bertembung dengan persembahan besar saya, saya akan terima.
“Kebetulan pula saya ada masa sebelum mengadakan konsert di Singapura. Jadi, saya terima juga kerana kedua-dua vanue pun jauh.
Ads
“Jadi, untuk satu malam sahaja tiada masalah. Lagipun ramai artis dan saya bukan menyanyi sorang-sorang. Jadi, saya pun nak sokong dan tolong pihak menganjur,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Siti memaklumkan dirinya kini hanya mahu memberikan fokus terhadap dua konsert besar yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highland.
“Ketika ini, momentum, energi dan adrenalin konsert itu ada lagi. Saya suka kalau kita boleh terus bawa dan kekalkan para konsert-konsert seterusnya.
Ads
“Selepas konsert ‘Epitome’, kita ada konsert di Singapura untuk dua malam. Kemudian, selang dua bulan, saya ada konsert di Genting Highland pula.
“Jadi, fokus saya ketika ini adalah pada konsert sahaja. Alhamdulillah, saya boleh katakan 2024 ini merupakan tahun konsert. Kalau ikutkan, saya ada lima persembahan besar,” kongsinga lagi.
Ditanya mengenai persiapan mental dan fizikal menjelang dua konsert penting itu, ini jawapan Siti.
“Ketika konsert Epitome lalu yang berlangsung tiga jam, saya buat persediaan selama sebulan dari segi stamina dan tarian.
“Selepas ini, saya akan ke Korea dahulu dan bila pulang nanti, saya akan buat persediaan untuk konsert di Singapura.
“Jadi, latihan mental dan fizikal saya ini memang berterusan. Saya pun dah mula latihan di gimnasium dan muay thai agar tahap kecergasan saya dapat dikekalkan sampai bulan Ogos nanti,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy mengakui kini dia lebih tertarik untuk untuk mengetahui apa sahaja mengenai ilmu agama, sejak mengambil keputusan untuk mengenakan hijab empat tahun lalu.
Berkongsi mengenai perbezaan dirinya dulu dan sekarang, dia yang mesra disapa Kila turut mendedahkan, dia semahunya cuba untuk menjaga ibadah sebaiknya.
Kini Lebih Berminat Dan Sentiasa Tertarik Dalami Ilmu Agama – Kila Fairy
“Cuba untuk jaga amal ibadah dengan sebaiknya. Minat saya untuk dalami ilmu agama itu orang kata lebih bersemangat dan lebih tertarik untuk ikuti.
“Sebelum ini, kalau tonton ceramah sikit je macam alihlah pada saluran lain, saya macam tak berapa berminat. Tapi sekarang bila saya ikuti sesi usrah anjuran rakan, Neelofa misalnya, buatkan saya lebih tertarik.
“Malah ada kawan lain yang umpamakan agama ini sama seperti telefon. Kalau kita tak cas, akan habis bateri. Jadi kita kena terusbelajar.
“Kalau tidak memang ia akan terbantut di situ,” katanya yang mendapat sokongan padu dari ahli keluarga untuk menjadi insan yang lebh baik.
Tak Pernah Sesali Perjalanan Hidup, Namun Titip Rasa Syukur!
Sementara itu, bintang berusia 32 tahun ini juga menambah, dia tidak pernah menyesal atas perjalanan hidup yang dilalui sebelum ini.
Malah, Kila menyifatkan sejarah lama mendorongnya untuk memperbaiki diri, seterusnya cuba menjadi individu yang lebih baik.
“Saya cuba untuk ‘tanamkan’ ia di masa lalu. Kalau nak kata sama ada saya menyesal atau tidak… sebenarnya kalaulah saya ada peluang untuk pakai tudung lebih awal, saya akan pakai. Akan tetapi jalan hidup saya seperti ini.
“Saya tidak pernah menyesal atas apa yang telah berlaku. Kalau saya tidak laluinya, saya tidak akan jadi seperti hari ini.
“Saya rasa, pengalaman itulah yang membentuk saya untuk ke sini hari ini. Saya bersyukur, dengan pengalaman yang lepas,” katanya yang sering menitipkan doa, meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista. Anak kepada penyanyi senior, Allayarhamah Rohana Jalil berkongsi pengalaman indahnya itu menerusi program YouTube, No Turning Back dari Hijabista.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon, Izreen Azminda berkongsi khabar menggembirakan selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di Hospital Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Menurut Izreen, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana segala proses sewaktu melahirkan bayinya itu telah pun dipermudahkan.
“Syukur Alhamdulillah. Lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby. 21/9/21, 9.06AM,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Pecah itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Izreen turut menitipkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun mendoakan mengenai kesejahteraan bayi dan juga dirinya selama ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga bayi tersebut membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
“Alhamdulillah, tahniah. Semoga mama dan baby diberikan oleh Allah kesihatan yang baik. Ameen.
“Alhamdulillah, syukur. Seksi bibir baby. Semoga menjadi anak yang soleh.
“Cantik tariknya. Tahniah. Selamat berpantang.
“Alhamdulillah, tengok mulut pun dah comel. Tahniah ampa,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.
Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza pada 2012 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan tersebut, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhamad Adrian Umar, 5.
Sumber: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.