Lain daripada yang lain, Banyak Bagus Festival (BBF) berjaya menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina dalam sebuah festival muzik di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines bermula hari ini.

Menurut Pengarah Syarikat Banyak Bagus Entertainment David Chua Boon Ghee, dia berminat untuk mengadakan acara itu selepas berjaya membawa beberapa artis dari Malaysia menjayakan konsert di luar negara.

“Selepas menimba pengalaman di Los Angeles, Amerika Syarikat selama 10 tahun dalam bidang penganjuran konsert dan penerbitan muzik serta membawa artis Malaysia ke luar negara, saya nampak ada banyak potensi membabitkan artis dari Asia.

“Saya pernah menganjurkan konsert artis Thailand di sana. Kebanyakan pembeli tiket adalah penonton Muslim dan mereka hafal kesemua lagu mereka.

“Jadi saya nampak potensi yang besar untuk penyanyi dari Asia mengembangkan bakat mereka sekali gus memberi idea untuk saya menggabungkan artis dari empat negara di bawah satu pentas,” katanya.

David berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media BBF di Palm Garden Hotel Putrajaya, pada Sabtu.

IKLAN

Dianjurkan 2 Hari Berturut-Turut & Tiket Habis Terjual, BBF Gabungkan Artis 4 Buah Negara Asia Yang Popular!Dianjurkan 2 Hari Berturut-Turut & Tiket Habis Terjual, BBF Gabungkan Artis 4 Buah Negara Asia Yang Popular!Dianjurkan 2 Hari Berturut-Turut & Tiket Habis Terjual, BBF Gabungkan Artis 4 Buah Negara Asia Yang Popular!Dianjurkan 2 Hari Berturut-Turut & Tiket Habis Terjual, BBF Gabungkan Artis 4 Buah Negara Asia Yang Popular!

Dalam pada itu, penyanyi tanah air yang akan membuat persembahan untuk dua hari konsert terbabit berlangsung ialah Dolla, Jaclyn Victor, Aisha Retno dan Insomniacks.

Artis Thailand pula diwakili Tilly Birds, Nanon, Getsunova, LYKN, 4EVE, dan Atlas manakala artis Filipina diwakili Ben & Ben dan Zack Tabudlo.

IKLAN

Sementara itu, Lyodra dan Fabio Asher mewakili artis dari Indonesia.

David turut menambah, kesemua artis yang membuat persembahan di BBF adalah nama-nama yang besar dan popular di negara masing-masing.

“Artis yang kita senaraikan ini mempunyai ramai peminat, bukan sahaja di negara mereka sendiri tetapi juga merentas sempadan.

IKLAN

“Pemilihan mereka juga dibantu peminat yang memilih mereka menerusi kaji selidik yang kami buat di media sosial,” katanya lagi.

Menurutnya, tiket festival BBF 2024 habis terjual dan kira-kira 3,000 peminat bakal memeriahkan acara itu.

BBF 2024 yang bakal berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula hari ini dan esok.

Konsert ini dibawakan khas oleh Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment dengan kerjasama LR Asia.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI