Pelakon Rita Rudaini akui teruja apabila berpeluang membawa anak-anaknya bertemu dengan negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad secara empat mata di pejabatnya pada Rabu.

Menurut Rita, pertemuan tersebut merupakan memori terindah buat dirinya dan anak-anak kerana berpeluang merasai sendiri aura yang dimiliki pemimpin tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Kenangan berharga yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu pada saya dan anak-anak. Aura Tun sangat kuat.

“Meremang bulu roma saat kami melangkah masuk bersua muka. Orang hebat, aura pun hebat.

“Rezeki kami harini berjumpa orang yang hebat. Tak puas betul sembang dengan orang hebat,” tulisnya.

Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Mami Jarum itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Pada masa sama, Rita turut memanjatkan doa semoga Tun Mahathir dan isteri sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah SWT.

“Kami doakan Tun M dan Tun Siti Hasmah sentiasa di beri kesihatan yang baik dan sentiasa di lindungi ALLAH SWT.

“Banyak lagi soalan nak tanya. Teruja sungguh Ryan dan Qaqa jumpa Negarawan.

“Kami sayang Tun. Tun terindah dan terulung,” ujarnya lagi.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Rita dan anak-anak sangat bertuah selain turut menganggap Tun Mahathir sebagai pemimpin yang banyak berjasa buat negara.

“Kami duduk UK ni, kalau pergi mana-mana dan orang sana tanya dari mana, kami jawab Malaysia pasti mereka petik nama Tun M. Bangga kami.

“Seronoknya jumpa Tun. Tuah anak-anak. Sejuk perut mak hang mengandung anak-anak bertuah.

“In sha Allah, anak-anak sis akan jadi orang tersohor satu hari nanti.

IKLAN

“Bertuahnya anak-anak. Dapat rasakan satu hari nanti dua beradik ni kerjanya hebat,” antara komen-komen netizen.

“Tun Terindah & Terulung,” – Rita Rudaini Teruja Bawa Anak Jumpa Tun M “Tun Terindah & Terulung,” – Rita Rudaini Teruja Bawa Anak Jumpa Tun M

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 500,000 tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI