Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh saat mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 tahun lalu.
Menurut Ziana, sebagai seorang yang kurang gemar menyambut hari lahir, momen tersebut nyata meruntun hatinya bila anak-anak mengingati tanggal hari lahirnya.
“Hari jadi saya tahun lepas, anak-anak buat kejutan. Mereka masuk ke bilik dan menyanyi lagu ‘Happy Birthday’ sambil bawa kek kesukaan saya iaitu ‘carrot cake’.
“Saya jadi kelu. Tak sangka anak-anak ingat hari lahir saya. Kata anak-anak, mereka semua ingat hari lahir mama.
“Saya jadi tersentuh. Selalunya, saya yang bawa mereka beli kek. Kali ini mereka pula belikan untuk saya. Itu memori yang saya ingat sampai sekarang.
“Saya jadi sedih sebab nak-anak ingat saya. Mereka kata ini sahaja yang mereka dapat beli. Saya syukur. Tahun ini mereka buat kad istimewa sebab mereka tahu saya kurang suka sambut hari lahir,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Sangkar Cinta itu berkata sedemikian ketika majlis sambutan hari lahir yang ke-56 yanv berlangsung di Zukkini, Ara Damansara pada Ahad.
Ditanya mengapa dia kurang gemar menyambut hari lahir, Ziana memaklumkan perkara tersebut merupakan bukan rutin keluarganya sejak dahulu.
“Saya bukan tak suka sambut hari lahir cuma ia mungkin bukan cara keluarga saya selama ini. Ada atau tidak, saya tak kisah.
Ads
“Namun, seiiring peredaran zaman, kita kena akur dengan keadaan semasa. Bila ada yang sambut, saya sangat bersyukur terutama dari pihak peminat.
“Untuk saya sambut sendiri, itu memang tidak. Bila ibu bapa kita polis, memang tiada buat sambutan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ziana turut berkongsi petua yang membuatkan dirinya sentiasa tampil awet muda meskipun sudah mencecah usia 56 tahun.
Ads
“Saya tiada rahsia. Macam selalu saya kongsikan, bila kita minum air kosong, berselawat dan berdoalah minta apa yang patut. Saya juga bersemam untuk kesihatan tubuh dan wajah.
“Namun, mak saya selalu pesan untuk sentiasa bersihkan hati walaupun bukan mudah. Sentiasa bercakap dan ingat hal yang baik-baik.
“Jadi, saya melihat ibu saya sendiri, pada usia 73 tahun, dia masih lagi cantik dan kuat.
“Saya juga suka bergaul dengan banyak peringkat umur. Bila duduk dengan mereka, saya tak rasa tua,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau anda peminat tegar rangkaian filem Die Hard pasti kenal benar dengan pelakon berusia 67 tahun ini. Selain terkenal menerusi karisma dan bakat dalam kerjaya lakonan, dia juga dikenali sebagai suami kepada pelakon terkenal, Demi Moore.
Biarpun sudah bercerai dan membawa haluan masing-masing, hubungan mereka tetap akrab apatah lagi mereka memiliki tiga orang anak bersama. Bruce kemudiannya berkahwin dengan Emma Heming pada 2009 dan dikurniakan dua lagi cahaya mata.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh keluarganya, pelakon tersebut dimaklumkan akan mengundur diri dari dunia seni buat selama-lamanya akibat penyakit yang dihidapi.
“Bruce menghidapi masalah kesihatan dan baru-baru ini dia telah didiagnosis dengan penyakit Aphasia. Penyakit itu memberi kesan kepada kebolehan kognitifnya. Mengambil kira faktor itu, Bruce terpaksa melangkah meninggalkan kerjaya yang dicintainya.
“Ini adalah masa yang sangat mencabar untuk keluarga kami dan kami amat menghargai kasih sayang, belas kasihan dan sokongan anda yang berterusan.
“Perkara ini diharungi sebagai sebuah keluarga yang kuat, dan kami mahu berkongsi perkara ini kepada peminat-peminat Bruce kerana kami tahu betapa dia sangat bermakna kepada anda, sebagai mana bermaknanya anda kepadanya,” ujar mereka sekeluarga dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Instagram masing-masing.
Kenyataan tersebut dikongsi oleh isterinya, Emma, bekas isteri, Demi Moore dan juga tiga anaknya yang sudah dewasa, Rumer, Tallullah dan Scout.
Bagaimana Aphasia memberi kesan kepada kualiti hidup? Penyakit ini menyebabkan individu yang menghidapinya mengalami masalah dalam pertuturan dan bahasa. Selalunya, ia terjadi disebabkan kerosakan pada bahagian kiri otak. Penghidap penyakit ini bukan sahaja menghadapi kesukaran untuk bertutur, bahkan mereka tidak mampu Menyusun ayat dengan teratur.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana akui kesal dengan tindakan seorang pengguna Facebook yang menuduhnya melakukan maksiat sehingga nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu.
Menurut Puteri Sarah, peguamnya bakal menghantar Letter Of Demand (LOD) kepada individu berkenaan meski dikatakan dia sudah menukar nama dan gambar profil akaun media sosial miliknya itu.
“Dua hari lalu keluar cerita fasal bekas suami dengan isterinya. Saya tak kisah pun mengenai artikel itu tapi kadangkala ada pengguna platform Facebook yang seolah-olah begitu tersakiti dan menyimpan dendam dengan saya.
“Malah masih ada yang nak kaitkan nama saya sedangkan sudah setahun saya bercerai dan ‘move on’. Jadi tak perlulah nak kaitkan saya dengan pihak sana lagi.
“Setakat komen biasa saya okey lagi tapi bila ada yang menuduh saya bermaksiat saya tidak boleh terima. Saya rasa tuduhan yang dibuat agak melampau.
“Akaun itu pun tak berani tunjuk wajah atau nama sebenar, jadi saya ambil langkah mengantar mesej peribadi dan individu itu terus menukar gambar profil Facebook serta nama,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini menambah, dia meminta peguamnya itu untuk menghantar LOD kepada individu tersebut bukan sekadar menuntut permohonan maaf sebaliknya menjadi pengajaran kepada orang luar supaya berhati-hati ketika meninggalkan komen di media sosial.
“Saya ingin kejadian ini menjadi pengajaran kepada individu itu termasuk golongan lelaki yang mempunyai akaun Facebook supaya jangan terlalu melampau atau berdendam atas kejadian yang sudah terjadi setahun lalu.
“Bukannya saya bercerai dengan anda pun? Urusan saya dan bekas suami sudah lama selesai tapi kenapa anda masih tak puas hati dengan saya?
“Jadi tak perlu nak sindir atau tak puas hati tak tentu fasal. Kalau nak komen itu biarlah berhemah, jangan tiba-tiba nak hentam saya. Kadang mereka ini lupa diri bila meninggalkan komen,” katanya lagi.
Terdahulu Puteri Sarah memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang menuduhnya melakukan maksiat atau bersekedudukan.
Puteri Sarah memaklumkan dia sudah mengesan individu berkenaan dan tindakan susulan peguamnya yang akan menghantar Letter Of Demand (LOD).
Sebelum ini, pelakon terbabit sudah mengheret beberapa individu ke mahkamah atas dakwaan fitnah termasuk seorang wanita membabitkan saman mencecah RM1 juta.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seksi dan menggoda. Itu antara watak yang sering dipegang pelakon Wilma Mummmad satu ketika dahulu.
Popular dengan filem Ghazal Untuk Rabiah (1997) dan Pasrah (2000), Wilma telah mengubah cara hidupnya untuk menjadi Muslimah sejati selepas berkahwin dengan suami, Mahir Effendi pada awal 2000
Terkini, menerusi program stesen radio Islamik, Zayan My dalam slot Kisah Inspirasi, Wilma telah berkongsi kisah penghijrahannya.
“Selepas berkahwin, saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup, mahu lebih fokus pada suami, anak-anak dan keluarga.
“Saya tak suka bertudung, walaupun saya nak pergi sekolah ayah saya cakap pakailah tudung. Tapi daripada sekolah masuk universiti memang saya cakap saya tidak akan pakai tudung dan bila saya dah ada kawan-kawan, artis juga dulu mereka tahu, tak mungkin Wilma akan pakai tudung.
“Bila saya pakai tudung, semua terkejut. Mana tidaknya, dari seksi yang teramat dan sekarang ni dah brerubah 360 darjah,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, Wilma, telah kehilangan suami tercinta pada awal tahun 2011 juga tidak memaksanya memakai tudung, sebaliknya mendidiknya untuk berbuat demikian.
“Arwah tak pernah paksa, tapi cara dia didik saya. Misalnya sewaktu melawat kubur pada raya pertama, hanya pakai selendang. Dari situ arwah suami ckp kalau pakai terus kan cantik.. dari situ terbuka hati nak pakai.
“Lagipun saya memang nak tukar cara hidup dari tersangat seksi dalam filem dan mahu dekat diri dgn Allah.
“Seminggu dua minggu selepas arwah pergi, masa tu saya tertekan.. menagis selama seminggu dalam bilik. Tapi sebab ada family, kawan-kawan, yang membantu dan ibu mertua pun banyak bagi nasihat, ingat anak-anak dan Allah.
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.