Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz cerita bagaimana dia mendapat tahu bahawa isterinya, Bella Astillah dipercayai ada berhubung dengan lelaki lain tanpa pengetahuannya.

Menerusi sesi podcast TheCommonFolks SG, Aliff menjelaskan hal itu berlaku pada hujung tahun lalu iaitu ketika dia sedang bertanding di dalam Gegar Vaganza All Stars.

“Saya masih ingat pada 13 haribulan tu, (November 2023). Saya tidak dapat tidur pada tengah malam. Mungkin sebab saya isteri sudah lain dengan saya. Tiba-tiba rasa macam saya periksa telefon bimbitnya ketika dia senang tidur.

“Ketika meneliti telefon semuanya dalam turutan, sehinggalah saya pergi kepada chat yang telah diarchivedkan. Dari situlah saya terus rasa seperti tidak boleh kawal diri. Ketika itu awal pagi.

“Ketika itu rasa macam… ini betul ke tidak? Saya tidak boleh nak gambarkan kepada kalian perasaan pada ketika itu.

“Tak tahu nak reaksi macam mana dan kemudian, pagi itu ketika dia masih tidur, saya telefon ibu bapa saya. Ibu bapa dan adik sepatutnya berangkat tunai umrah, namun kerana bimbangkan keadaan saya, mereka datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu saya.

“Ayah sempat pesan supaya sabar, jangan buat apa-apa, jadi rasional dan berlagak seperti tiada apa berlaku,” katanya.

Aliff Aziz Terdetik Periksa Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Confront Bila Dapat Tahu… Aliff Aziz Terdetik Periksa Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Confront Bila Dapat Tahu… Aliff Aziz Terdetik Periksa Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Confront Bila Dapat Tahu…Susulan perkara tersebut, Aliff konfrontasi dengan isterinya yang turut disaksikan ibu bapa masing-masing.

IKLAN

“Apa pun, saya cuba buat yang terbaik buat persembahan (GV All Stars). Agak sukarlah, namun saya pun tidak pasti kenapa saya menang (tempat pertama) pada minggu itu. Selepas itu, saya bakal confront dengan isteri.

“Saya confront dia bersama keluarga saya dan juga keluarga mertua di hotel. Saya tanya dia, ada apa-apa nak cakap, dia kata tiada. Saya tanya lagi sama ada dia mahu cakap apa-apa mengenai lelaki itu, saya sebut nama dialah. Dia cakap ‘no’.

“Selepas itu, saya beritahu dia yang saya maafkan dia. Saya anggap ini kifarah… Emosi ketika itu bercampur-baur tapi saya cuba bertenang. Selepas sesi itu, saya cuba berubah. Cuba layani isteri seperti puteri.

“Saya belikan dia bunga, coklat, travel, bawa pergi staycation. Dengan harapan untuk memberitahu kepadanya bahawa dia sudah miliki suami idaman yang sepatutnya dia dapat dulu.

“Namun, dia cakap dengan saya dia sudah tawar hati dan saya masih lagi mencuba. Ketika itu saya belum lagi mula penggambaran, masih terlibat dengan GV All Stars,” katanya lagi.

IKLAN

Imbas kembali, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada 13 Mac lalu.

Keputusan tersebut ialah susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup selepas dipercayai berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya selain mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina.

Malah, isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa dia ialah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai ‘NRF’.

IKLAN

Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak, selain ia turut mengaitkan beberapa nama selebriti tempatan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

 

Sumber: YouTube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI