Pelakon Meerqeen tampil bersuara mengenai situasi getir yang menimpa penduduk Palestin meskipun namanya antara yang tersenarai di dalam Gerakan #Blockout2024, susulan didakwa terbabit dengan jenama pro-Israel.

Turut terkesan atas apa yang berlaku terhadap saudara seagama, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menegaskan dia tetap menyokong sekaligus menyumbang kepada Palestin.

Bagaimanapun, tiada keperluan baginya untuk menghebatkan mengenai perkara tersebut kepada umum.

“Mungkin siapa yang tidak mengikuti saya di media soaial, tidak tahu apa saya buat selama ini. Saya tetap menyokong Palestin dan beri sumbangan kepada penduduk di sana. Buat apa saya hendak menunjuk perkara itu kepada umum.

“Apa pun, saya rasa pengikut saya tahu apa pegangan saya berkenaan dengan isu ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi & Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur, pada Khamis.

IKLAN

Meerqeen menambah, sebagai rakyat Malaysia, dia percaya kita semua menyatakan sokongan terhadap Palestin dan memohon maaf sekiranya apa yang dilakukan sebelum ini mengguris perasaan sesetengah pihak.

“Kita orang Malaysia dan bersatu hati menyokong Palestin. Saya percaya tiada Melayu Islam yang menyokong apa yang dilakukan Israel ketika ini.

“Kita rakyat Malaysia perlu sokong Palestin dan pada saya, tiada Melayu Islam yang menyokong (gerakan) Israel di dunia ini.

“Saya juga minta maaf jika sebelum ini ada membuatkan orang tertanya-tanya kenapa saya tidak menyatakan sokongan (terhadap Palestin). Sebenarnya kalau ada yang perasan, saya mula bersuara berkenaan Palestin di Twitter (kini X) sejak tahun 2022.

IKLAN

“Di sebalik saya berkongsi mengenai hal kerjaya, saya memang ada berkongsi, beri kesedaran tentang perkara tersebut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Meerqeen menjelaskan dia hanya mahu fokus terhadap karier dan tidak mahu perkara lain memberi kesan kepada prestasinya.

“Nasihat saya kepada sesiapa yang ada rezeki lebih, ada baiknya jika kalian menyumbang kepada Palestin. Kerana untuk saya sendiri, kalau ada duit lebih, saya memang akan asingkan untuk mereka.

“Saya tak mahu cakap mengenai perkara itu kerana ia antara saya dan keluarga,” katanya.

IKLAN

Mengulas mengenai kontrak bersama jenama pro-Israel, Meerqeen berkata, perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak pengurusan untuk diteliti.

“Kontrak masih dalam perbincangan dengan pihak pengurusan kerana ada beberapa kontrak yang saya masih tengok (teliti) lagi,” katanya.

Terdahulu, wujud gerakan yang melaungkan Blockout 2024 di media sosial khusus bagi memboikot barisan selebriti yang didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Selain Meerqeen, antara selebriti Malaysia lain yang turut tersenarai ialah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Daiyan Trisha, Mira Filzah, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI