Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam perniagaan kopi yang diusahakan bersama seorang rakan bisnes sejak Disember lalu kerana kecewa dengan proses perniagaan yang didakwa tidak dilaksanakan dengan jujur.

Susulan itu, Awal berkata, dia kini menuntut hak yang sepatutnya diterima sepanjang hampir lapan bulan terbabit dalam perniagaan kedai kopi yang beroperasi di Shah Alam, Selangor itu.

“Ia adalah satu usaha sama yang dibuat di atas persetujuan dua pihak, tapi ia tidak dilaksanakan dengan jujur sehingga membuatkan saya berkecil hati dan ambil keputusan untuk mengundur diri.

“Dengan keputusan ini, saya hanya ingin menuntut hak yang sepatutnya diberikan kepada saya.

“Selama ini saya mengambil sikap berdiam diri kerana ingin perkara ini diselesaikan secara baik, tapi tidak mendapat sambutan sehingga seperti biasalah saya terpaksa menggunakan peguam untuk menuntut hak.

Ads

“Sekarang ini semuanya masih dalam proses perbincangan antara peguam kedua belah pihak. Tapi saya baru dapat tahu daripada peminat yang kedai itu sudah tiada. Saya pun tak tahu situasi kedai itu sekarang kerana saya memang sudah lama tidak berhubung dengan individu itu,” katanya.

“Saya Hanya Ingin Menuntut Hak Yang Sepatutnya…,” – Awal Ashaari “Saya Hanya Ingin Menuntut Hak Yang Sepatutnya…,” – Awal Ashaari “Saya Hanya Ingin Menuntut Hak Yang Sepatutnya…,” – Awal Ashaari “Saya Hanya Ingin Menuntut Hak Yang Sepatutnya…,” – Awal Ashaari

Ads

Awal berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Usanita di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Awal pada masa sama menambah, dia terkilan apabila perniagaan yang dibuat kerana minatnya terhadap minuman kopi, namun diambil kesempatan di atas kenaifannya yang masih baru dalam dunia perniagaan.

Ads

“Saya berikan sepenuh hati untuk usaha sama ini dan sumbangan yang sewajarnya, tapi sebaliknya yang berlaku. Jadi saya pun enggan panjangkan isu ini dan ambil keputusan untuk tidak terbabit dan berdiam diri.

“Sebelum itu saya sudah bertemu dengannya untuk keluar dari perniagaan ini dan saya cuma tuntut hak saya. Tapi sampai hari ini saya belum terima sehingga terpaksa minta bantuan pihak guaman,” katanya lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI