Pelakon, Puteri Sarah Liyana telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram sebagai tanda solidariti terhadap kekejaman yang sedang berlaku di Palestin terutamanya di bumi Rafah.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang kritikan segelintir pihak yang mendakwa Puteri Sarah hanya berbuat sedemikian kerana bimbang dirinya tergolong dalam senarai artis yang akan diboikot kerana membisu soal Palestin sebelum ini.

Upload Fasal Palestin Sebab Takut Diboikot? Puteri Sarah Selar Individu – “Dah Lama Post. Buta Ke?”Dakwa seorang individu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memuat naik hantaran tersebut kerana takut kehilangan pengikut di media sosial.

“Baru sekarang nak post ke? Takut kena block dan unfollow la tu? Ops sorry,” komen seorang individu.

Malah seorang lagi individu mendakwa Puteri Sarah tidak memanfaatkan pengaruhnya di media sosialnya untuk berkongsi mengenai peperangan Palestin.

IKLAN

“Betul tu. Sekarang baru nampak post. Apa guna ramai followers tapi tak nak guna,” tulis seorang lagi individu.

Tidak berdiam diri, Puteri Sarah menyifatkan dakwaan tersebut tidak benar dan merasakan dua individu tersebut tidak pernah mengikuti perkembangannya sebelum ini.

“Dah lama post. Buta ke?,” balas Puteri Sarah.

Dalam pada itu, pelakon drama Hijrah Jannah ini juga turut mendedahkan salah seorang individu yang meninggalkan komen itu pernah memohon doa sewaktu dia menunaikan umrah sebelum ini.

IKLAN

Tindakan tersebut nyata mengundang rasa kecewa di hati Puteri Sarah.

“Masa saya pergi umrah, dia ada DM saya untuk doakan dia permudahkan urusan bersalin. Tak tahu malu ye? Melayu mudah lupa,” dedah Puteri Sarah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Puteri Sarah merupakan antara selebriti yang kerap berkongsi mengenai konflik di Palestin di platform media sosial.

IKLAN

Malah, mereka juga mengingatkan orang ramai agar tidak sesekali menghakimi usaha orang lain yang ternyata mempunyai motif yang sama.

“Puteri Sarah selalu kongsi fasal Palestin di Instagram Stories ya.

“Jangan suka-suka sindir orang lain. Dakwa baru nak kongsi. Kita sokong sesama muslim. Ini bukan fasal kita tapi saudara kita di sana.

“Selalu tengok video Tik Tok Puteri Sarah ni selalu je dia ingatkan untuk boikot barangan Israel. Buka sekali dua dia cakap. Jangan cari salah je. Tak memasal berdosa. Semoga Allah lindungi rakyat Palestin,” antara komen-komen netizen.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI