Penyanyi, Masha Milan enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk beraksi lagi di pentas Anugerah Juara Lagu meskipun kini sudah melancarkan dua buah lagu yang dikatakan menepati standard pertandingan tersebut iaitu Hening Rindu dan Dulu Kini Dan Selamanya.

Menurut Marsha, kesemua penyanyi mahu beraksi di pentas AJL namun, fokusnya kini hanyalah untuk memastikan karya-karya ini diterima ramai.

Harap 2 Lagu Baru Tembus Ke AJL, Marsha Nafi Anak Emas TV3

“Saya memang ada meletakkan harapan untuk ke AJL. Tipulah kalau saya kata tidak. Siapa yang tak mahu berada di pentas yang gah. Namun, saya tidaklah terlalu mengharap.

“Saya cuma mengharap agar lagu-lagu saya ini berjaya menambat hati peminat. Selebihnya saya menyerahkan sepenuhnya kepada aturan Allah SWT,” katanya kepada MH.

Penyanyi asal Kota Belud, Sabah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media lagu Hening Rindu, baru-baru ini.

IKLAN

Harap 2 Lagu Baru Tembus Ke AJL, Marsha Nafi Anak Emas TV3 Harap 2 Lagu Baru Tembus Ke AJL, Marsha Nafi Anak Emas TV3

Pada masa sama, Marsha akui sedikit tertekan untuk menghasilkan karya-karya baharu kerana ekspektasi yang diletakkan peminat dan diri sendiri sangat tinggi

“Semasa bertanding lagu Kembali Terang yang membuatkan orang nampak kewujudan saya dan mahu saya terus beraksi di pentas AJL.

“Sejujurnya saya ada rasa sedikit tertekan kerana saya meletakkan KPI yang terlalu tinggi untuk diri sendiri. Ia membuatkan saya terlalu banyak berfikir.

IKLAN

“Ketika ini, saya buat keputusan dengan sangat teliti. Saya mahu segalanya berjaya selepas saya pernah melalui fasa-fasa yang tidak menentu. Saya mahu momentum ini diteruskan,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Marsha menafikan tanggapan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai anak emas kepada stesen tv, TV3 hanya kerana mereka banyak mengadakan projek bersama.

Harap 2 Lagu Baru Tembus Ke AJL, Marsha Nafi Anak Emas TV3

“Tidaklah, saya merasakan diri saya biasa-biasa sahaja. Mungkin saya dan pihak label kerap berbincang mengenai hala tuju saya di dalam industri ini dan TV3 ingin membantu.

IKLAN

“Kalaulah saya ini anak emas, mungkin wajah saya ini sudah banyak terpampang di TV3. Namun, mereka merupakan orang-orang yang baik,” akhirinya.

Terdahulu, Hening Rindu juga merupakan lagu yang diangkat sebagai OST bagi drama terbaharu yang berjudul Aku Bukam Ustazah.

Hening Rindu mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Ikhwan Fattana dan Wan Salleh manakala liriknya ditulis oleh Wan Salleh sendiri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI